Makanan Satu Pendapat II - Buah-buahan
From: sky5ire
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, December 22, 2008 10:19:02 PM
Subject: Respon - Makanan Satu Pendapat
Salamun Alaikum kepada Tuan, sahabat-sahabat dan pembaca semuanya
ini bukanlah respon saya kepada tajuk yang telah diketengahkan tetapi sekadar masukkan sesuatu yang tidak diketengahkan
respon terhadap Makanan Satu Pendapat telah dibincangkan sebegitu hebat dan saya yakin ramai pembaca dapat manfaat darinya dan tidak lagi keliru akan ape yg halal dan baik / baik dan halal.
saya sekadar menambahkan ape yang tidak disebut tentang makanan iaitu buah-buahan.
Satu lagi sumber makanan bagi manusia yang paling baik ialah buah-buahan. banyak ayat-ayat didalam Al-Quran menyebut tentang buah-buahan tetapi ramai juga diantara manusia yang lebih mementingkan makanan lain selain buah-buahan.
2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkan ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa yang tidak percaya aku akan berikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan paksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"
14:37. Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
Begitu tinggi kebaikkan yang terdapat pade tiap buah-buahan sehinggakan Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar rezekikan penduduk negeri itu dengan buah-buahan dan supaya kita berterima kasih kepade Allah diatas kebaikkan yang Dia berikan kepade manusia dengan buah-buahan.
14:32. Allah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan dari langit, air; dengannya Dia keluarkan buah-buahan untuk menjadi rezeki kamu....
Allah mengerluarkan buah-buahan sebagai rezeki kepade manusia kerana Allah Yang Mengetahui ape yang terbaik untuk tubuh badan manusia, iaitu segala macam zat & vitamin yang diperuntukkan oleh tubuh badan munusia terdapat pade buah-buahan.
Buah-buahan adelah sumber makanan utama didalam taman dan terdapat banyak ayat-2 mengenainya.
36:55. Sesungguhnya penghuni-penghuni Taman pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka.
36:56. Mereka dan pasangan-pasangan mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh.
36:57. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka seru.
37:41. Bagi mereka, rezeki yang diketahui,
37:42. Buah-buahan; dan mereka adalah orang-orang yang amat dimuliakan,
37:43. Di dalam Taman-Taman Kebahagiaan
43:72. Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa kamu buat.
43:73. Di dalamnya kamu dapati buah-buahan yang banyak, dan daripadanya kamu makan."
47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?
(sebak hati ini apabila membaca ayat ini, semoga Allah dengan pengasihanNya mengampun kita semua)
55:54. Bersandar di atas sofa yang dilapik dengan broked, buah-buahan dari taman-taman yang dekat untuk dipetik.
55:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?
Selain dari buah-buahan makanan seperti daging ade juga disebut tetapi didahului dengan buah-buahan
52:22. Dan Kami bantu mereka dengan buah-buahan, dan daging, seperti yang mereka inginkan,
52:23. Sedang mereka mengedarkan sebuah piala kepada satu sama lain, di dalamnya tidak ada percakapan sia-sia, tidak menimbulkan dosa
56:20. Dan buah-buahan, seperti apa yang mereka pilih,
56:21. Dan daging burung, seperti yang mereka inginkan,
Boleh dikatakan didalam taman makanan yang diseru dan yang diingini ialah buah-buahan
38:51. Di dalamnya mereka bersandar, dan di dalamnya mereka seru banyak buah-buahan, dan minuman,
44:55. Di dalamnya mereka seru segala buah-buahan, dengan aman
77:42. Dan buah-buahan seperti yang mereka inginkan.
77:43. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup, kerana apa kamu buat.”
56:20. Dan buah-buahan, seperti apa yang mereka pilih.
Semoga kita semua dapat manfaat dari ape yang telah dibentangkan dan semoga Allah beri petunjukNya kepade kita semua sehingga ke tarikkan nafas yang terakhir
Salam
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi, dan kali ini, mengingatkan kita tentang satu lagi jenis makanan penting yang banyak disebut di dalam al-Qur'an.
Izinkan kami menambah sedikit tentang rezeki dan pemberian daripada Allah di atas, dengan menyebut beberapa jenis atau nama buah-buahan yang disebut di dalam al-Qur'an, seperti terdapat di dalam ayat-ayat berikut,
"Dia yang turunkan dari langit, air; dan dengannya Kami keluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami keluarkan daun-daun hijau, dan keluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai." (6:99)
"Dan dengannya Dia tumbuhkan untuk kamu tanaman, dan zaitun, dan palma, dan anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan." (16:11)
Turut disebut adalah buah-buahan dimakan mentah, dibuat minuman yang tidak baik (memabukkan) dan yang baik, dan lain yang tidak disebut secara khusus, seperti sedia maklum dewasa ini:
"Dan daripada buah-buahan palma dan anggur, kamu ambil daripadanya minuman yang memabukkan, dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang faham." (16:67)
"Dan Kami buatkan di dalamnya kebun-kebun palma dan anggur, dan padanya Kami pancarkan mata air,
Supaya mereka memakan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah mereka berterima kasih?" (36:34-35)
Salam.
24 Dis 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman