Respon 3 - Makanan Satu Pendapat
From: abumuslim
To: Tuan Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, December 11, 2008 1:37:26 AM
Subject: :)
Salamun 'alaikum,
Terima kasih, penjelasan sahabat saya terima dengan baik. Perdebatan tidak semestinya berakhir dengan bermasam muka, malah, tidak boleh dikatakan berdebat tapi boleh dikatakan ber'tadarus' al-Qur'an, berbincang tentang isi kandungannya. :)
Sahabat lebih berpengalaman dan lebih baik pengamatan tentang isi kandungan al-Qur'an; saya akan belajar dari kesilapan.
Terima kasih. :)
Salamun
alaikum,
Terima kasih atas perkara yang sahabat bangkitkan. Ia tidak pernah dibincang sebegitu hebat di laman web kami sebelum ini. Sumbangan sahabat di sini amat dihargai.
Perihal makanan memang penting, sehingga terdapat golongan manusia dipakaikan Allah pakaian ketakutan dan kelaparan kerana menolak rezeki daripada makanan yang dihalalkan sebagai rahmat daripada-Nya (16:112). Ada pula yang diumpamakan-Nya makan seperti haiwan ternak makan (47:12), mungkin kerana asyik makan, atau makan hanya jenis terhad saja. Atau ada sebab lain. Kami tidak pasti.
Apapun, pemberian daripada Allah usah dinafikan. Ditegaskan-Nya sebanyak 31 kali di sebuah surah pendek mengandungi 78 ayat amaran berbunyi seperti berikut:
"Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu dustakan?" (55:13)
Sehubungan itu, ingin menyentuh sedikit mengenai hal orang Melayu makan. Mereka sangat mementingkan hal kesucian pada makanan sampai terdapat antara mereka enggan makan di rumah rakan-rakan bukan Melayu kerana dipercayai pinggan mangkuk sudah disentuh daging babi! Justeru, senarai haram mereka dipanjangkan lagi oleh orang agama dengan menambah pinggan mangkuk pulak.
Mungkinkah Allah terlepas pandang perbuatan mereka yang melampaui batas? Tidakkah perbuatan itu mengundang tambahan kemurkaan Allah? Sampai di sini sahaja.
Sempat dimuatkan sepucuk e-surat daripada, juga seorang sahabat, yang berkaitan dengan perkara dibincang. Ia berbunyi seperti berikut:
From: goontor
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, December 11, 2008 10:13:51 PM
Subject:
salamun alaikum,
halloo pak, semoga dalam keadaan sehat.
pak saya membaca tentang 'Respon 2 - Makanan Satu Pendapat', dijawaban bapak, bapak menulis "- halal itu baik dan baik itu halal". saya setuju dengan pendapat bapak, tapi saya tidak membaca apakah yang dimaksud "baik" dalam hal ini menyangkut juga cara memperoleh hewan atau makanan tersebut (bukan dengan cara dicuri, menipu dan sebagainya).
terima kasih
salamun alaikum
Salamun
alaikum. Terima kasih kerana sudi menulis lagi setelah agak sekian
lama tidak menulis. Perkara yang ditanya turut menarik.
Baik pada halal dan baik bermaksud baik dimakan kerana zat, misalannya.
Zat protein (sebagai satu contoh) pada haiwan ternakan atau dagingnya, yang dicuri atau ditipu dan sebagainya, tidak hilang daripadanya walaupun setelah diperoleh dengan cara jahat. Justeru, ia tiada kaitan dengan kes halal dan baik itu. Proteinnya tetap jadi protein.
Jika hendak difikirkan sampai ke situ maka fikirkanlah wang yang berada di dalam saku, dan apa yang telah berlaku padanya sebelum ia sampai di sana. Mungkin ia kemudian diberi pula kepada ustaz yang mengajar tentang pengharaman barang curian, sebagai upah ajar. Lucu tak pengajaran seperti itu?
Apabila dikenali pencuri atau penipu atas haiwan, daging dan wang tersebut, dia harus dilaporkan kepada pihak polis. Polis akan menangkapnya dan benda-benda yang diperolehinya dirampas untuk menjadi bahan bukti di mahkamah. Jika dia dihukum penjara maka haiwan, daging dan wang tersebut tidak ikut bersama masuk penjara. Begitulah pengadilannya.
Sekian, terima kasih.
Salam untuk semua.
12 Dis 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman