Kiblat dan Solat II

 

 

 

From: husmali
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, December 10, 2008 4:52:08 PM
Subject: Mengapa Hadap Masjidil Haram

 

 

Kepada Tuan Pengurus Laman,

Salaamun Alaikum,

 

Semoga Tuan Pengurus berada di dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya sempena Aidail Adha ini dan semoga diberkati Allah seterusnya.

 

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan rasa terimakasih kepada tuan di atas kesudian tuan beri perhatian dan pandangan tuan yang ikhlas di dalam perkara ini.

 

Dengan berlandaskan dalil-dalil yang tuan tampilkan, terutama dengan ayat 10:87,

 

"Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, 'Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat, dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin.'"

 

yang menunjukkan suatu pertalian yang amat rapat di antara kiblat dan solat, maka yakinlah saya dengan mesej yang ingin tuan sampaikan.  Lebih-lebih lagi memandangkan keahlian tuan pengurus di dalam menyelidik dan pengetahuan mendalam pada AlQuran, maka saya akur dan mengikut akan pegangan tuan di dalam perkara ini. 

 

Izinkanlah saya menambah sedikit mengenai fahaman saya sebelum ini.  Diwaktu dahulu saya lebih suka berpegang dengan keterbukaan kedudukan kiblat dengan berdasarkan ayat 2:177:

 

"Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan..."

 

Tetapi dengan tumpuan masa dan panduan yang telah tuan berikan, saya telah pun yakin dan bersolat dengan menghadap ke Masjidil Haram.

 

Walau bagaimanan pun, masih ada satu lagi persoalan kecil yang belum dapat saya huraikan dan meminta penjelasan tuan pula, iaitu pada ayat 2:144:

 

"Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan."

 

Frasa "Maka palingkanlah muka kamu" adakah ertinya muka kita harus tegak ke arah Masjidil Haram sehingga pandangan mata selari dengan bumi ataupun muka kita boleh tunduk memandang ke tempat sujud. 

 

Sehingga bertemu lagi, terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terimakasih dan Salaamun Alaikum.

 


Mohd Hussein Ali

 

Salamun alaikum,

 

Terima kasih. Selamat bertemu kembali. Dan harap jangan ikut kami atas sebarang sebab kecuali ayat-ayat al-Qur'an yang dihadapakan, kemudian disemak dan didapati betul.

 

Kami juga guna ayat ketaatan tersebut (2:177) apabila tidak dapat hadap muka ke arah Masjidil Haram. Seterusnya, difahamkan terdapat sesetengah pihak memilih ayat itu sebagai satu-satunya petunjuk bagi kiblat mereka. Atas itu kami tidak ada sebarang komen. Siapakah kami untuk menjatuhkan hukum betul atau salah terhadap pilihan mereka?

 

Soalan sama ada muka harus tegak atau tunduk ke arah Masjidil Haram, yang berbau ajaran ulama, tidak seharusnya timbul. Sebab dalam kekhusyukan (jika boleh guna perkataan ini) kedudukan muka, tegak atau tunduk, tidak disedar. Apabila persoalan kedudukan tersebut dimasukkan ke dalam pengajaran kiblat, minda akan mengingatinya, lalu mengganggu konsentrasi. Gangguannya serupa gangguan syaitan, bersifat membazir, berbanding gangguan sentuhan emosi yang mengalir dalam kekhusyukan lakukan solat. Gangguan emosi seperti perasaan sebak mampu kakukan sebentar sebutan dalam solat.

 

"Palingkanlah muka kamu," kata Allah. Lantas tanpa banyak soal lagi orang mukmin menurutinya dengan taat.

 

Terima kasih. Salam.

 

11 Dis 2008

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman