Skeptikal terhadap laman e-bacaan
From: abumuslim
To: Tuan Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, November 28, 2008 10:40:26 PM
Subject: Terima Kasih.
Salamun alaikum sahabat :)Semoga sihat sejahtera dan gembira selalu disamping keluarga tercinta.
Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat kerana sudi siarkan email-email dan pendapat saya. Saya bersyukur kepada Allah yang menemukan saya dengan laman web sahabat. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah Yang Pengasih dan Penyayang. Sesungguhnya jika kita benar-benar mahu mencari kebenaran, berharap kepada-Nya, memohon kepada-Nya, saya yakin Dia akan tunjukkan kita jalan.
Bukan mudah untuk mencari rakan-rakan yang mahu berbicara tentang Al-Qur'an; pernah saya ceritakan pada rakan-rakan saya tentang laman web sahabat, tapi respon yang diterima selalunya negatif. Kenapalah agaknya, saya juga kurang mengerti. Ada yang mengatakan sahabat berfahaman Syiah, ada yang kata ''Kalau orang terjun longkang takkan aku nak ikut sama!'' Ada yang suruh saya jangan jengah lagi e-bacaan, takut nanti terpesong akidah, ada yang kata sahabat golongan anti hadis. Telah diwartakan oleh kerajaan bahawa ajaran anti hadis sebagai sesat! Kata mereka.
Ajaran anti hadis? Meng 'anti' hadis supaya mempelajari Al-Qur'an, dimanakah salahnya? Pada mulanya saya juga bersikap skeptikal terhadap laman e-bacaan. Saya tak setuju! Biar betul! Ishh sesat ke diorang ni!...Itu diantara kata-kata yang terbit dari hati saya apabila membaca artikel-artikel e-bacaan satu ketika dahulu. :)
Lama kelamaan setelah membaca artikel-artikel tersebut dan membandingkannya dengan isi Al-Qur'an, maka tiada alasan lagi untuk saya membantah. :)
Syukur kepada Allah, laman e-bacaan telah mengubah persepsi saya dan keluarga saya terhadap Al-Qur'an dan Islam. Saya amat bersyukur. Terima kasih. Teruskanlah usaha dalam beri penerangan betapa pentingnya mempelajari Al-Qur'an sebagai sumber petunjuk yang sebenarnya. Teruskanlah usaha. Usaha sahabat amat murni dan amat dihargai. Semoga Allah mempermudahkan usaha sahabat dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan e-bacaan.
Teruskanlah usaha dan kuatkanlah semangat. Ikhlas daripada saya.
Terima kasih.
Salamun alaikum. :)
Salamun
alaikum,
Terima kasih atas pengakuan sahabat. Ia menceriakan kami kerana terasa bahawa matlamat laman web ini sudah tercapai terhadap sahabat, iaitu al-Qur'an dibaca, difahami, dan dipercayai.
Diharap dengan pengakuan di atas orang-orang yang bersikap skeptikal terhadap laman e-bacaan akan menilai semula pendirian mereka.
Salam.
29.11.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman