Bahagian isteri tidak sama suami
From: muhammadabdullah84
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Monday, November 24, 2008 10:38:18 AM
Subject: Permasalahan tentang pembahagian harta pusaka.Salam,
Saya sebenarnya telah lama mengenali laman ini. Ternyata laman ini telah banyak menyelesaikan maslah pembaca. Ternyata laman ini lain daripada yang lain. Namun begitu saya bimbang kalau-kalau laman ini juga akan disekat oleh kerajaan kerana dianggap sesat. Tambah-tambah lagi sekarang ni heboh pasal Ayahpin telah kembali. Moga Allah akan menolong hambanya yang benar.
Di sini saya ada sedikit kemusyikilan, kawan sepejabat saya(pompuan) telah bertanya kepada saya pasal pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh isteri atau suami. Kenapa tak sama pembahagianya antara lelaki dan perempuan? Dia memang mengakui bahawa Allah itu adil tetapi daripada apa dia diajar telah nampakkan bahawa Allah tidak adil kerana mengutamakan kaum lelaki.Ayat 4:12 lelaki akan dapat 1/2 daripada harta peninggalan isteri manakala isteri cuma dapat 1/4 daripada harta peninggalan suami. Banyak lagi yang dipertikai oleh kawan saya tadi tentang pembahagian harta ni.
Saya harap Tuan dapat menyelesaikan masalah kami ni. Sekian, semoga sihat selalu.
Salam.
Salamun alaikum,
Terima kasih, dan Selamat Bertemu! Terima kasih juga atas kebimbangan sahabat terhadap masa depan laman web ini.
Pertanyaan wanita itu munasabah, seperti ramai wanita lain. Lelaki pun turut bertanya.
Pihak yang bertanya mungkin terlupa bahawa isteri telah dapat perolehan dari segi harta semasa suaminya masih hidup. Kerana harta atau harta-harta sudah jadi miliknya maka mereka tidak termasuk dalam senarai harta yang ditinggalkan suami. Justeru, sebenarnya isteri menerima lebih daripada suku yang dinyatakan.
Nilai yang diperoleh itu pula mungkin lebih tinggi daripada yang diperoleh oleh suami, walaupun bahagian baginya berangka lebih besar daripada isteri, apabila dia (isteri) meninggal dunia. Nilai suku daripada harta suami boleh jadi lebih tinggi daripada nilai setengah harta isteri, dalam situasi normal.
Turut tidak dimasukkan ke dalam senarai harta peninggalan suami ialah simpanannya di KWSP atau EPF, insurans, dan lain. Lazimnya suami akan namakan isterinya sebagai pewaris.
Tambahan pula, dia menerima peruntukan untuk setahun (perbelanjaan) daripada suami setelah suami meninggal dunia. Arahan untuk sediakan peruntukan tersebut diwahyu melalui ayat berbunyi,
"Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka buat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidak salah ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana." (2:240)
Peruntukan itu ditulis di dalam wasiat. Dan wasiat adalah wajib disediakan sebelum seseorang meninggal dunia.
Jika wasiat dibuat, dan semua harta suami disenaraikan di dalamnya, maka pembahagian harta seperti tertulis di 4:12 atau 4:11 tidak dapat dilaksanakan.
Andaikata ada orang bertanya, bagaimana pula jika isteri tidak dapat sebarang perolehan pun daripada suami semasa dia hidup, atau tidak dinamakan sebagai pewaris bagi mana-mana simpanannya, atau tidak diwasiatkan perbelanjaan setahun - pendek kata, satu apah pun tak ada - maka dia harus bersyukur bahawa Allah mengingati jasanya dengan menetapkan seperti ditetapkan-Nya - "wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun" (4:12).
Selain daripada pendapat kami di atas, tiada hujah lain dapat difikirkan lagi. Maaf. Mengapa isteri dapat kurang daripada suami adalah hikmah Allah. Mungkin ada orang lain yang telah diberi-Nya pengetahuan berkaitan hikmah tersebut lalu dapat menyakinkan para pembaca dengan hujah-hujahnya.
Serupa wanita berkenaan, kami juga tertanya-tanya tentang perkara yang dibincang, bukan kerana tidak percaya akan keadilan Allah tetapi untuk meneguhkan lagi hati yang sentiasa bertanya. Nabi Ibrahim pun sama, lalu jadi teladan bagi kita semua.
26.11.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman