Salam di akhbar

 

From: abumuslim
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Saturday, November 15, 2008 10:09:56 AM
Subject: Salam.

Salamun 'alaikum saudara,

Apa khabar, semoga sihat hendaknya. Lama saya tak menulis, agak sibuk dengan kehidupan, tapi tak pernah lepas dari melawat laman web e-bacaan :) .

Sebuah suratkhabar perdana yang mempunyai ruang bicara agama baru-baru ini ada ditanyakan tentang menjawab salam. Di bawah ini adalah teks penuh pertanyaan dan jawapan yang diberi:-

 

Persoalan Agama: Ucapan salam secara seloroh wajib dijawab

Bersama Jakim

Apakah hukum jika seseorang ucapkan Assalamualaikum tetapi dengan nada main-main atau mahu berseloroh. Perlukah saya menjawab salam itu?

Mokhsin Abdul Manaf,
Bagan Serai, Perak.

beri salam adalah sunnah kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud "Wahai sekalian manusia, sampaikan ucapan salam (kepada siapa saja kaum Muslimin) dan hendaklah engkau suka memberi makan dan hendaknya engkau suka menghubungkan kekeluargaan dan solatlah pada waktu malam ketika orang sedang tidur nyenyak, nescaya engkau akan masuk syurga dengan selamat. (at- Tirmizi).

Merujuk situasi pemberi salam yang memperolok dan sampaikannya dalam nada main-main adalah sesuatu perkara yang tidak patut berlaku dan bercanggah dengan ajaran Islam kerana salam ialah satu daripada ungkapan untuk saling mendoakan sesama Islam.

Hukum beri salam adalah sunat tetapi hukum menjawab salam adalah wajib. Justeru, jika seseorang beri salam dengan niat yang kurang baik, perkara itu terpulang antara dia dengan Allah SWT. Kita sebagai penerima salam wajib menjawab berdasarkan zahir ucapan berkenaan.

(Tamat)


Penulis soalan menggunakan ' Assalammualaikum '; ada banyak manusia mengaku muslim di Malaysia yang mengungkap salam seperti; semekom, askum dll. Wajibkah dijawab ungkapan salam seperti ini ?. Apakah ada erti dalam ungkapan salam seperti ' semekom ' itu ?

Sudah tentu mereka tidak mengkaji Al-Qur'an yang menjelaskan bahawa;

58:8. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dilarang daripada bicara rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari Rasul ?. Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka beri salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata di dalam diri-diri mereka," Mengapa Allah tidak azab kita kerana apa yang kita kata ? " Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk !

Ucapan salam bukanlah sesuatu yang diperolok-olokkan. Ianya bagi pendapat saya bukan sunat untuk diucapkan malah WAJIB diucapkan dengan betul dan tepat dan WAJIB dikembalikan ucapan itu dengan yang serupa atau yang lebih baik.

4:86. Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu.

Lihat; salam juga dihitung diakhirat kelak. Masih berani lagikah kita beri salam yang tidak mengikut seperti yang telah diajar, malah kita berani mengucap salam dengan bermain-main ??!!?.

beri salam adalah perintah agama; dan agama bukan untuk diperolok-olokkan.

Terima kasih.

Salamun alaikum,

Terima kasih. Memang terasa lama sahabat tidak menulis. Kekadang tertunggu-tunggu juga e-mel daripada sahabat-sahabat.

Teguran yang dibuat amat wajar. Harap dapat beri yang lain pada masa depan sebagai suatu tanda kesyukuran kepada Allah.
 

16.11.08

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman