Nabi dan Maksum

 


From: Ashraf Sani
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Friday, November 14, 2008 8:55:21 AM
Subject: Nabi bersifat maksum?

Saudara,

 

Saya ada kemusykilan tentang maksum. Apa yang diertikan dengan maksum itu sebenarnya? Yang pernah diberitahu oleh habr, maksum ialah tidak berdosa. Saya ada juga mencari perkataan maksum dalam Al Quran tetapi tak diketemui. Apatah lagi perkataan Nabi maksum. Mohon kalau saudara ada terjumpa bolehlah beritahu.

 

Tapi saya ada berpendapat sebegini. Bagi saya mudah saja, Nabi Muhammad (manusia biasa 18:110) itu maksum (tidak berdosa) hanya kerana sampaikan wahyu yang benar dan tidak diubah-ubah oleh baginda. Makanya, kalau seseorang itu yang juga manusia biasa seperti Nabi Muhammad, sampaikan wahyu yang benar dan tidak diubah-ubah atau dalam erti kata yang lain lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang, seseorang itu juga dikira maksum. Cumanya, manusia zaman sekarang ni mampu ke buat seperti Nabi Muhammad buat (biasanya prasangka yang sebeginilah diterapkan oleh habr-habr zaman sekarang). Tepuk dada tanya selera. Tapi saya pasti ada.

 

Mohon perbetulkan jika ada kesilapan.


Salamun alaikum,

Terima kasih saudara AS. Pendapat yang diutarakan tentu menarik perhatian para pembaca. Mereka diharap dapat beri pandangan atas perkara tersebut.

Pihak kami tidak akan buat sebarang komen, kecuali satu, yang tidak bersangkut-paut dengan Nabi dan Maksum pula.

Ia mengenai beri salam. Kami telah menerima sepucuk e-mel daripada seorang pembaca beberapa minggu lalu, yang melahirkan perasaan kecewanya terhadap pengirim-pengirim e-mel yang tidak beri salam. Baginya amalan itu tidak harus dilupakan dan menyuruh pihak kami menegur mana-mana pihak yang tidak buat demikian.

Kami setuju dengannya kerana ia suruhan Allah. Malah, kepada orang-orang bodoh pun disuruh-Nya beri salam.

Kami benar-benar berharap saudara AS tidak berkecil hati atas teguran itu. Atau, tersinggung dengannya.

Maaf. Terima kasih.

15.11.08

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman