Kanak-kanak jadi Syeikh

 

From: Idham
To: pengurus bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, October 15, 2008 2:58:00 AM
Subject: Skeih Sharifuddin Al Khalifah


Salam buat saudara;

Sekadar ingin mendapatkan pandangan peribadi saudara mengenai kes kanak-kanak berusia 5 tahun dari Somalia dari keluaga kristian yang dapat mimpi lalu dilantik jadi skeih.

Soalan saya:

1. Jika benar dia dapat petunjuk dan faham kandungan Al Qur'an mengapa dia tidak membongkar soal ajaran Quran sebenarnya seperti solat hanya 3 waktu, perlakuan solat iaitu berdiri, tunduk dan sujud serta tidak menafikan apa yg dilakukan oleh kebanyakan orang Islam masakini.

2. Dia berceramah sepertimana ulamak-ulamak kini berceramah.

3.  Kini muncul kes bebudak jadi ulamak pula? Jika dulu ramai bebudak yang dapat mimpi lalu jadi bomoh?

Sekian semoga dapat jawapan/pandangan dari pihak saudara. 

Salam.
 

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis untuk mengingatkan tentang kanak-kanak di Somalia itu.

Kami tidak tahu banyak tentangnya kecuali apa yang diberitakan di TV. Antara yang menarik perhatian kami ialah bahawa bapa tirinya mengaku pendapatannya jadi banyak dengan adanya budak tersebut.

Syeikh kecil itu memang luar biasa. Darjatnya lebih tinggi daripada mana-mana Rasul atau Nabi pilihan Allah kerana mampu beri petunjuk dalam agama kepada orang ramai pada usia kanak-kanak lagi.

Kecuali Nabi Isa (anak tuhan Kristian) yang mampu berkata-kata kepada ibunya sejurus selepas dilahirkan, dan beberapa hari kemudian, kepada orang-orang yang mendekati ibunya pula, berbunyi,

"Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia beri aku al-Kitab, dan jadikan aku seorang Nabi.
Dia buat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia wasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,
Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak buat aku sombong, sengsara.
Sejahtera ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup" (19:27-33).

Selanjutnya, dia dikatakan memetik ayat-ayat al-Qur'an dan hadis dalam penyampaiannya. Memang lebih daripada Nabi kerana Nabi hanya sampaikan al-Qur'an sahaja.

Kami tidak tahu dari mana datangnya kuasa yang membolehkan dia jadi secerdik itu, kalau benar dia sangat cerdik.

Yang kami tahu iaitu kami tidak memerlukannya untuk dapat petunjuk kerana al-Qur'an yang dibawa oleh Nabi/Rasul ada di sisi kami untuk menjadi petunjuk ke jalan lurus.

Kerana al-Qur'an tidak dipakai di sana maka budak itu diangkat jadi seperti Rasul, bergelar Syeikh, dalam masyarakat yang sangat dahagakan petunjuk yang benar.

Kepada soalan pertama di atas kami menjawab dengan jawapan yang agak keterlaluan - sekiranya dia telah membongkar ajaran al-Qur'an sebenarnya, seperti solat, tentu dia tidak dapat kita ketahui kehandalannya melalui kaca TV pada hari ini, kerana sudah lama dibunuh, atau dihumban ke laut oleh lanun-lanun yang merampas kapa-kapal dagang di negaranya.

Harap tulisan kami mengenai budak ajaib di Somalia itu tidak menyinggung mana-mana pihak.

Terima kasih.


15.10.08

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman