Majoriti Umat Islam Kini Pengamal Kristian Yang Taat

 

From: zukeri ya
To: bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, September 25, 2008 10:54:29 AM
Subject: Mejoriti Umat Islam Kini Pengamal Kristian Yang Taat.

Salamun Alaikum,

 

Selamat berpuasa kepada tuan yang budiman. Sesungguhnya laman e-bacaan telah banyak membantu umat islam yang dibutakan mata dan hati oleh pihak tertentu. Selepas membaca laman ini dari satu tajuk kepada satu tajuk, terlintas di fikiran saya bahawa mejoriti umat islam kini merupakan pengamal ajaran kristian yang taat. Contoh yang paling mudah ialah amalan menutup kepala. Banyak lagi contoh-contoh lain. Persoalan saya adakah amalan ini satu perbuatan yang salah?

 

Saya tanya, saya jawab. Saya rasa perbuatan atau amalan ini tidak salah. Umat islam boleh lakukan amalan ini asalkan kita faham dengan keadaan yang sebenar. Kita mungkin mengamalkan amalan menutup kepala mungkin untuk kelihatan lebih cantik, menutup uban dan menutup daripada sinar matahari yang terik. Tetapi yang jadi salahnya ialah apabila kita mengakui bahawa amalan itu dituntut oleh Islam dan sesiapa yang engkar akan dibalas oleh Allah. Sedangkan perkara itu tidak terdapat dalam Quran.

 

Islam kini, walaupun tidak mengakui bahawa Muhammad itu Tuhan tetapi daripada apa yang mereka amalkan, daripada apa yang mereka ucapkan seolah-olah Muhammad itu Tuhan. Sama seperti Umat kristian yang bertuhan Isa. Apabila kita bertanyakan sesuatu, jawapannya, Muhammad kata begini, Muhammad buat begini. Langsung tak ada Quran mengatakan begitu dan begini. Jadi salahkah kalau saya katakan mereka ini bertuhankan Muhammad. Sedangkan Nabi Muhammad bukan begitu. Beliau hanya utusan Allah untuk sampaikan ayat-ayat Allah sahaja. Apa pendapat tuan dalam soal ini?

 

Saya sangat hairan dan sedih kenapa orang-orang bijak pandai dan berkelulusan tinggi di negara ini  tidak dapat menerima ajaran yang berpandukan Quran ini. Apabila kita mengutarakan pendapat ini, kita dikatakan membawa ajaran sesat. Namun begitu dalam keadaan sedih dan hairan saya masih mampu tersenyum dan gembira kerana keluarga saya, (ayah dan ibu serta isteri) boleh menerima keadaan ini. Moga Allah akan membuka pintu hati mereka semua.

 

Sekian,

 

Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana mengingatkan lagi tentang kehadiran ajaran Kristian dalam Islam. Kami setuju dengan apa yang diutarakan di atas.

Kesedihan yang menimpa sahabat atas ketidakpercayaan orang lain juga menimpa Nabi seperti diriwayatkan Allah di dalam Hadis-Nya berbunyi,

"Boleh jadi, jika mereka tidak percayai hadis ini (al-Qur'an), kamu binasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka." (18:6)

Nabi kelihatan macam hendak bunuh diri kerana orang-orang tidak mahu percaya.

 

Teruskan mengutara pendapat, yang sekali gus menyebar ayat-ayat Allah. Dia melihat.

 


26.9.08

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman