Pengalaman Hidup Seorang Muslimah II
From: Sari Nande
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, September 24, 2008 9:56:07 PM
Subject: PHSM II
Salamun alaikum, Saudara Pengurus e-bacaan.
Terima kasih kerana mengongsikan coretan saya dgn pembaca. Saya terharu. Apabila membaca artikel2 dlm e-bacaan saya sering tersentuh, sebak, sedih, dsb. Saya menangis tersedu-sedan ketika membaca kalimah pilihan tentang neraka.
Tulisan saya ini semuanya kisah benar yg terkumpul hingga ke usia saya lebih setengah abad ini. Dengan harapan usaha kita bermanfaat, dapat membuka minda, menjana akal dan fikiran rasional, dan menggalakkan kajian.
Semoga usaha murni kita diberkati Allah.
Selamat Berpuasa dan menyambut Hari Raya.
Semoga berbahagia dgn keluarga tersayang.
Take care, be good.
PERJALANAN HIDUP SEORANG MUSLIMAH II
Dalam menjalani liku2 hidup sebagai seorang Muslimah banyak yg telah saya temui. Saya dapati ramai yg mengamal kebiasaan turun-temurun dan bertaklid tanpa soal jawab.
Kamus Dewan menterjemahkan taklid bermaksud: 1. pegangan pd pendapat ahli hukum yg sudah-sudah; 2. percaya bulat-bulat kata orang, menurut (meniru, meneladani orang lain); 3. = ~ buta hanya menurut (mengikut) sahaja;
Dan seakan menyarankan agar: bertaklid berpegang pd pendapat ahli hukum yg sudah-sudah: namun bagi golongan awam, mereka memang perlu ~ kpd para ulama atau mereka yg lebih mengetahui;
Justeru itu ramai yg malas membaca dan mengkaji apa yg diperintah:
5:48. Dan Kami turunkan kpd kamu Kitab dgn yg benar, ..., dan jangan ikut keinginan mereka untuk mengabaikan yg benar yg datang kpd kamu. Bagi setiap kamu, Kami tentukan satu peraturan, dan satu jalan yg terbuka. ... kpd Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia beri tahu kamu apa yg pdnya kamu selisihkan.
5:49. ... sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.
7:187. ... Katakanlah, "Pengetahuan-nya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu."
10:92. Maka pd hari ini Kami selamatkan kamu dgn badan kamu, supaya kamu jadi satu ayat bagi orang2 yg sesudah kamu. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai drp ayat2 Kami."
Kebiasaan yg sering dilakukan ialah menjemput habr2 untuk sampaikan ’syarahan agama’. Malangnya habr2 ini telah ’...menjual ayat2-Ku untuk harga yg sedikit.” dan tidak hakimkan menurut apa yg Allah turunkan... (5:44)
Seringkali apa yg disampaikan itu dipetik drp hadis dan sunnah. Tidak memetik drp al-Quran kerana itu bukan ajaran-Nya. 42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu2 yg mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yg dgnnya Allah tidak izinkan?
Pd syarahan yg baru lepas, pendakwah bebas yg baru dua tahun pulang dari belajar di Timur Tengah, bercakap tentang aurat. Instead of menangis, seperti yg selalu kita dengar (kerana ’insaf’) pelajar2 wanita ramai yg tersipu2 menahan geli. Lucu mungkin membayangkan jika mereka hanya boleh lihatkan muka dan dua tapak tangan sahaja. Dan alangkah gerunnya hidup yg sentiasa dalam maksiat dan rasa bersalah, jika pantang itu dilanggar. Dan tentunya sukan2 di tengah padang juga tidak digalakkan.
”Apa yg lucu?” saya bertanya mereka kemudian.
”Wajib ke? Macam mana ye nak tutup belakang tangan ni?” tanya mereka sambil ketawa. Alhamdulillah sebenarnya golongan remaja ini telah disedar tentang penyelewengan hukun-hukum agama yg diajar selama ini, namun mereka masih bertudung ke kuliah demi menjaga kemaslahatan.
Anda juga boleh lakukan perbezaan jika anda rajin berdakwah secara perlahan-lahan dan berhemah serta dilengkapi dalil dan hujah yg bernas. Terima kasih e-bacaan.
Sebaliknya golongan yg lebih berumur yg mempunyai mind set yg teguh (taksub) sukar menerima kebenaran. Bila saya ajukan tentang ’wanita dan aurat’, dgn kesal dia menjawab, ”Semuanya tertulis dgn jelas dalam Quran supaya wanita menutup aurat.” Entah mengapa mulut ini cepat saja menerangkan dalil2 seperti yg pernah dibaca:
33:59. ... merapatkan penudung mereka pd mereka;
24:31. ... dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yg nampak drpnya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pd dada mereka,
dan jelaskan tentang apa yg dimaksudkan dgn aurat atau perhiasan. Selama saya berhujah itu jelas ketidaksenangan terpapar di wajahnya, walaupun dia hanya membisu.
Salah seorang pelajar yg hanya nampakkan dua biji matanya, menangis apabila bercerita mengenai cara berpakaian yg bukan kerelaannya. Kpd golongan seperti ini apa yg boleh saya katakan ialah, taatilah kedua-dua ibu bapa.
Penampilannya itu banyak menimbulkan usikan2 nakal dan pertanyaan2 yg tidak diundang. Dia seorang yg lincah seperti gadis2 lain dan berkeinginan bersukan dan berbual2 dgn pelajar2 lelaki juga. Tapi pakaiannya itu jadi benteng dan mengubah personalitinya mengikut tanggapan orang lain. Secara tidak langsung dia jadi ’pemberontak’ dgn berpakaian agak menonjol dan lincah di asrama seakan ingin mengatakan, aku tidak berbeza dgn kamu. Bagi yg kurang faham menganggap dia hipokrit dan jauhkan diri.
Syurga Isteri di Telapak Kaki Suami
Kawan yg ini pula selalu membawa isterinya bersama apabila kursus. Suatu hari, tanpa angin atau ribut dia berkata, ”Ni yg saya suka bawa bini bersama ni. Dia layan kita macam raja.” Sememangnya pun, setiap kali dia cuma duduk. Si isteri sibuk melayan, ambil makanan dan minuman. Berulang-alik ambil untuk dua orang.
”Jangan amalkan,” jawab saya spontan. ”Nanti dia mati, awak susah.” Maksud saya, ditakdiran isteri mati dulu, sementara dapat pengganti takkan nak makan nasi kedai. Anak2 bolehlah bertahan sebulan dua. Kalau jodoh seterusnya liat?
”Eh, dah memang kewajipan isteri, melayan suami.” Senyum kemenangan.
”No, no, no. Awak silap...” kata saya. “Awak dan dia ibarat pakaian, pelengkap antara satu sama lain.” 2:187
”Eh, banyak hadis cakap, isteri paling senang masuk syurga hanya dgn melayan suami. Kita kena ikut hadis.”
”Layan macam mana? Isteri juga penat. Cari duit lagi bantu suami.”
”Dia kena redha.”
”Redha dalam keterpaksaan? Kadang2 saya tak salahkan lelaki juga. Terlampau sayangkan suami hingga ada yg sanggup pikul tanggungjawab suami.”
”Isteri taat tempatnya disyurga. Ingat, syurga isteri di telapak kaki suami.” isteri pula menyampuk.
”Sapa kata?” saya mula sinis.
”Banyak kitab yg cakap. Hadis, sunnah. Kita kena ikut...”
42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu2 yg mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yg dgnnya Allah tidak izinkan?
”Kalau dah suami masuk neraka, isteri nak bergayut...” (saya dah dapat bayangkan seorang perempuan yg bergayut -- kerana nak masuk syurga -- di kaki suami yg dicampak ke neraka.)
”Jadi awak tak percaya ikut hadis dan sunnahla?”
”Bukan hadis macam ni, sorry, bro.”
”Tau tak, tak percaya dgn hadis, kesilapan besar? Berdosa!”
Kesilapan? Saya hampir tersedak menahan lucu.
”Tau. Tapi hadis yg adil dan logik...”
”Adillah tu kalau wanita dibuat dari tulang rusuk lelaki, dia mesti ikut cakap lelaki.”
”Kitab mana pulak yg cakap tentang tulang rusuk tu?”
”Alim ulama, ustaz.”
”Dalil?”
”Jangan persoal ketetapan Tuhan.”
”Now you are saying mereka itu tuhan? Kalau tak ada dalam Quran jangan percaya.”
4:87. Dan siapakah yg lebih benar hadisnya drp Allah?
7:185. Maka dgn hadis apakah yg mereka, sesudah ini, akan percayai?
”Masya-Allah...” mereka merenungku tajam sambil menggeleng-geleng kepala.
Sebelum peserta2 yg duduk semeja dgn kami terus jadi bisu, biarlah saya beredar.
”Excusez-moi.”
Salam drp Putri Nande.
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi untuk ceritakan kisah benar mengenai pengalaman hidup dengan Kitab Allah. Sudah tentu cerita seperti ini akan beri manfaat kepada para pembaca. Al-Qur'an juga mengandungi cerita pengalaman orang-orang zaman dahulu dengan ayat-ayat Tuhan.
Debat yang diada-adakan itu sejajar dengan kehendak Allah berbunyi,
"Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (16:125)
Syabas! Allah disanjung!
26.9.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman