Bulan Ramadan & Panas

 

From: Satu Tuhan Satu Kitab <proquran..............>
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Friday, September 12, 2008 5:12:39 PM
Subject: Bulan Ramadhan

Salamun Alaik,

Saudara, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah AlAhad yang menemukan kita secara maya.  Doa saya kita semua ditetapkan kepada memegang hanya pada SATU TALI dan dikurniakan kesihatan yang baik/elok untuk meneruskan usaha unutk menyeru manusia kembali percaya hanya kepada Al-Quran sebagai sumber sah dari Allah.  Begini,  saya tertarik dengan satu artikel dari Indonesia yang mempersoalkan ketepatan bulan(month) yang selalu kita tunaikan ibadah berpuasa, iaitu apa yang disebut sebagai bulan Ramadhan.  Saya ingin dapatkan pandangan saudara.

<dipadam>

Salam.

Salamun alaikum,

Terima kasih. Doa sahabat itu dikongsi bersama kami dan sahabat-sahabat lain. Semoga Allah berkenan menyatukan kita semua.

Mungkin apa yang dimaksudkannya dengan bulan Ramadan daripada artikel yang dibaca, secara ringkas, ialah bulan panas, dan mungkin juga nama bulan itu ditukar kepada panas, jadi bulan Panas bukan lagi bulan Ramadan.

Kami ingin ceritakan sedikit mengenai perkara tersebut. Kenyataan Ramadan sebagai bulan panas kami jumpa kali pertama kira-kira 20 tahun lalu ketika membaca terjemahan al-Qur'an Marmaduke Pickthall, di mana di halaman Introduction tercatat:

His place of retreat was Hira, a desert hill not far from Mecca, and his chosen month was Ramadan, the month of heat.
Tempat mencari ketenangannya (Muhammad) ialah Hira, sebuah bukit di gurun tidak jauh dari Mekah, dan bulan pilihannya Ramadan, bulan panas.

Kami tidak memandangnya berat kerana menganggap ia sama seperti sebutan, misal, bulan Disember, bulan banjir.

Beberapa tahun kemudian datang dua tiga orang kawan mengesyorkan agar bulan panas dicari untuk menunaikan puasa. Kami syak salah seorang daripada mereka telah membaca Pickthall. Tapi dia telah pergi jauh dari itu dengan rujukan lain. Beberapa alasan yang mereka beri didapati dipakai oleh orang-orang lain yang sama tujuan iaitu tukarkan bulan Ramadan kepada bulan Panas.

Sukar bagi kami beri respon kerana di sini bulan panas bukan satu. Rasa berat nak puasa lebih satu bulan! Selepas itu kami tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi ide tentang bulan panas tetap datang dari semasa ke semasa daripada orang-orang lain melalui e-mel. Dengan alasan agak sama.

Kemudian, baru-baru ini, sebelum puasa, kami terima sepucuk e-mel yang bawa berita mengenai puasa amalan sesetengah pihak berbunyi,

From: azroy
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, August 27, 2008 9:08:18 PM
Subject:

salam,

 tuan. saya ingin bertanya kan tentang ibadah puasa. apakah yang dimaksudkan puasa atau "saum" itu ialah menahan  dari makan dan minum. ada suatu masa sebelum ini saya pernah berlajar bersama sahabat tentang bacaan.beliau pernah beritahu saya saum atau puasa bererti beribadat atau bertakafur mengingati allah, memperkayakan ibadah dan bukan menahan lapar. dan saya mengamal ia sejak itu sehingga puasa yang lalu. tapi kali ini saya x pasti, kerana saya keseorangan dan terputus hubungan dgn sahabat saya kerna dia telah berpindah. harap tuan dapat bantu saya jalan yang sebaiknya.

salam.

Terlintas di fikiran, mungkin kerana tidak dapat tentukan bila bulan panas lalu diadakan satu konsep baru atas puasa. Mungkin, mungkin. Hanya mungkin, kerana tidak mahu tanya pihak berkenaan sebab dasar mind my own business atau jaga tepi kain sendiri.

 

Kepada pengirim, ditunjukkan ayat-ayat puasa iaitu 2:183-187, dan meminta beliau buat keputusan sendiri tanpa mendengar cakap orang lain, takut terikut syaitan jenis manusia pula (kami tidak bermaksud orang yang mengajarnya itu syaitan).

 

Kembali kepada soal Ramadan, bulan panas. Sekali lagi internet jadi tempat mencari maklumat, dan berjumpa dengan laman web wikipedia. Ensiklopedia tersebut beri keterangan segala yang berkait dengan kalendar Arab sebelum dan selepas al-Qur'an diturunkan. Di sini diturunkan keterangan daripadanya dengan ringkas sahaja.

Kalendar Arab sebelum Islam dipanggil lunisolar (campuran bulan dan matahari) untuk disesuaikan dengan musim-musim dalam setahun. Untuk tujuan itu ia menambah satu bulan (jadi 13 bulan setahun) yang dinamakan bulan nasi. (Sila rujuk di sini untuk mengetahui kedudukannya dalam kalendar Arab sebelum Islam). Satu lagi sebab ditambah ialah untuk menunda bulan-bulan haram, yang mereka dilarang berperang dan berbunuhan di dalamnya.

Adalah didapati bahawa nama bulan Ramadan (Ram) wujud dalam kalendar tersebut. Ia terletak di dalam musim panas (summer) lalu digelar bulan panas.

Setelah al-Qur'an diturunkan, dan Allah tetapkan bilangan bulan bagi setahun hanya 12 (ayat 9:36) maka bulan tambahan, nasi, digugurkan. Justeru kalendar Arab tidak lagi mengikut musim seperti kalendar Gregorian.

Oleh kerana kalendar qamari Arab (Islam) kurang 11 atau 12 hari setahun daripada kalendar Gregorian (yang mengikut musim) maka bulan Ramadan, bulan panas, dengan perlahan beranjak dari musim panas ke musim-musim lain termasuk musim sejuk dari setahun ke setahun. Sebab itu bulan Ramadan jarang terdapat dalam musim panas (summer).

Begitu juga bulan-bulan yang dikaitkan dengan musim hujan atau meragut rumput, mereka juga beranjak.

Ramadan adalah nama khas bagi suatu bulan, dan apabila al-Qur'an menyebutnya buat kali pertama dahulu semua orang yang berada di sekeliling mengetahuinya. Ayat yang menyebut bulan Ramadan berbunyi,

"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih." (2:185).

Kami berpendapat bahawa adalah tidak wajar menukar kalimat Allah Ramadan kepada panas pada ayat tersebut untuk berbunyi "Bulan panas yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza ...."

 

Sebenarnya, perkataan panas terkandung di dalam perbendaharaan kata Allah seperti harr, harur dan lain. Contoh ayat mengandunginya adalah:

"Orang-orang yang ditinggalkan berasa gembira dengan ketinggalan mereka di belakang Rasul Allah, dan benci berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka berkata, 'Jangan pergi dalam panas terik.' Katakanlah, 'Api Jahanam adalah lebih panas, jika mereka faham.'" (9:81)

"Dan teduh dengan panas terik." (35:21)

Sekiranya Allah hendak Ramadan bermaksud seperti panas yang difahamkan sesetengah pihak tentu Dia telah merakamkan dengan bunyi "Bulan Harr (atau perkataan lain) yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza ...." Tetapi Dia tidak, kerana Ramadan adalah nama khas. Jika ia ditukar akan mengelirukan umat serta al-Qur'an tidak lagi jadi jelas seperti yang Dia selalu sebut di dalam al-Qur'an.

 

Harap maaf jika ada yang tersinggung. Kami tidak suka bercanggah pendapat dengan sesama sendiri, dan sila betulkan jika kami didapati silap.

 

Terima kasih.

 

14.9.08

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman