Hadis Bukhari, Monyet & Hukuman Zina
From: sipekan
To: E-bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, August 21, 2008 11:14:06 PM
Subject: Hadis Bukhari, Monyet, & Hukuman ZinaSalam,
Harap sdr dalam keadaan sihat hendaknya.
Saya terbaca di sebuah blog yg anti anti-hadis (anti-Quran?) dan terpandang komen seorang pembaca blog beliau yang siarkan sebuah hadis daripada Bukhari sambil meminta jurublog mengulasnya kerana kecondongan jurublog mengkritik kumpulan yang dilabelkannya anti-hadis sebagai sesat.
Membacanya sahaja buatkan saya tersenyum sendirian kerana aspek humor hadis itu yang begitu tinggi. Patutlah pakar agama ASWJ begitu tekun dan bersungguh-sungguh mempertahankan kompilasi hadis-hadis ini.
Hadis ini dipetik daripada Buku Hadis Kompilasi oleh Bukhari, seperti dibawah:
Volume 5, Book 58, Number 188:
Narrated 'Amr bin Maimun:"During the pre-lslamic period of ignorance I saw a she-monkey surrounded by a number of monkeys. They were all stoning it, because it had committed illegal sexual intercourse. I too, stoned it along with them."
Perkara yang menarik tentang hadis yang dikumpul oleh Bukhari ini:
1) Perhatikan "...pre-Islamic period of ignorance..." dan "They were all stoning it, because it had committed illegal sexual intercourse."
Adakah ini bermakna hadis ini sendiri mengakui bahawa perbuatan "rejam menggunakan batu" adalah perbuatan orang-orang di zaman Jahiliyyah yang tidak dapat petunjuk?
2) Fikirkan mengenai ayat ini: "They were all stoning it, because it had committed illegal sexual intercourse."
Apa, monyet-monyet menjalankan hukum Syariah atau Hudud? Adakah ini fiksyen atau fakta?
Sekian.
Nota:
Pautan Hadis Bukhari tersebut boleh dibaca di http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/058.sbt.html#005.058.188
Salamun alaikum,
Terima kasih. Alhamdulillah, segalanya baik belaka.
Hadis di atas sudah ada di sini bersama beberapa yang lain dalam kategori menghina Islam. Ia diterbitkan lagi sebab kandungan e-mel yang lain turut menarik perhatian.
Telah banyak ayat al-Qur'an mengenai penolakan hadis diterbitkan di sini. Namun, penagih-penagih hadis terus dengan kehendak mereka menolak ayat-ayat-Nya. Mereka adalah orang-orang tidak percaya (kepada ayat-ayat Allah). Bagi mereka Allah telah tetapkan seperti berikut:
"Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.
Allah letak penutup pada hati mereka, dan pada pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka, penudung; dan bagi mereka, azab yang besar." (2:6-7)
Oleh kerana hati ditutup, dan mata serta telinga ditudung oleh Allah, maka mereka tidak akan percaya kepada ayat-ayat Allah. Lagi, mereka akan tunjukkan kebencian terhadapnya melalui kecaman hebat terhadap orang-orang yang menegakkan ayat-ayat Allah. Dipamerkan pula kebencian mereka di khalayak ramai!
Ada orang tresenyum apabila hadis monyet dilemparkan kepada mereka. Tapi mereka menerimanya sebagai suci (kerana Bukhari) seperti kaum yang percayai kepada kewujudan monkey god.
Dengan adakan blog-blog mengecam orang-orang yang berpegang pada al-Qur'an penganiayaan terhadap mereka dipertingkatkan lagi. Tindakan itu harus dibalas, seperti firman Tuhan berbunyi,
"Demikianlah, dan sesiapa membalas dengan yang serupa apa yang dibalas (ditimpa) kepadanya, dan kemudian disalahi lagi, sungguh, Allah akan menolongnya; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun." (22:60)
Allah menolong pihak yang benar. Pun begitu, kami terus merayu kepada mereka supaya percaya kepada ayat-ayat Allah, dan tidak meraguinya, agar umat dapat bersatu menentang kejahilan demi kesucian agama Allah yang sejati.
Satu Tuhan, Satu Kitab, Satu Umat. Allah disanjumg!
23 Ogos 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman