Puasa di kutub

 

From: Taufiq
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Friday, August 15, 2008 9:01:01 PM
Subject: Puasa Orang di kutub

Salamun Alaykum!

 

Saya dari Makassar, Indonesia dan setuju dengan pokok pikiran Bapak tentang kedudukan Al Quran sebagai satu-satunya sumber hukum dalam islam. Alhamdulillah..

 

Salah satu perkara yang 'mengganggu' saya adalah pertanyaan Bagaimana puasa seseorang yang tinggal di daerah yang siangnya sangat panjang, misalnya di kutub?

 

Setelah meyakini bahwa Allah tidak akan meng-alpakan sesuatu di dalam kitab-Nya, saya yakin perkara makan dan minum hingga nampak perbedaan benang hitam atas benang putih adalah sesuatu yang tidak dapat ditawar-tawar.

 

Tetapi sebagai suatu petunjuk kepada seluruh umat manusia, dimana pun dia berada, Al Quran ternyata punya solusi untuk orang-orang yang berat melaksanakan puasa semisal 24 jam penuh atau berbulan-bulan tanpa berbuka:

 

2:184. Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang buat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

 

Solusi untuk orang di kutub adalah dia boleh tidak berpuasa, dan kewajiban dia hanya memberi makan seorang miskin. Solusi ini adalah yang paling masuk akal menurut saya dibandingkan dengan memaksakan diri berpuasa, tetapi ikut jam puasa negeri Islam terdekat, karena akan tetap bertentangan dengan perintah Allah yang mewajibkan berpuasa dari Fajar hingga malam hari.

 

Solusi ini juga berlaku untuk orang-orang yang bekerja kasar (maaf kami tidak tahu istilahnya dalam bhs malaysia, tapi kurang lebih seperti pekerjaan yang berat dilakukan jika sambil berpuasa) Betapa pun miskinnya orang itu. Semiskin-miskinnya seseorang, saya yakin jika dia masih dapat pekerjaan, tentunya bisa memberi makan seorang miskin.

 

Saya ingin tahu pendapat Bapak pengurus halaman bacaan tentang hal ini.

 

Terima kasih


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Dan selamat berkenalan.

 

Seperti dinyatakan Tuhan, jika tidak boleh berpuasa harus diganti pada hari-hari lain, atau memberi makan orang miskin. Tapi berpuasa lebih baik.

 

Orang-orang bekerja kasar tidak termasuk golongan yang dibolehkan tidak berpuasa, cuma yang sakit dan dalam perjalanan sahaja. Mungkin alasan paling baik bagi mereka ialah takut akan sakit jika berpuasa. Pun begitu, mereka diberi cuti oleh majikan. Jika cutinya sehari dalam seminggu maka mereka mempunyai maksimum 52 hari setahun untuk mengganti puasa Ramadan yang terpaksa ditinggalkan.

 

Agama Allah tidak membebankan atau menyusahkan hamba-hamba-Nya.

 

Bagi orang-orang yang tinggal di tempat di mana waktu fajar dan malam dapat dicam, pada hemat kami, mereka harus ikut waktu-waktu tersebu untuk berpuasa. Andaikata waktu siangnya panjang, seperti di kutub (dan Allah tidak membebankan) mungkin ujian menahan daripada makan, minum dan bersatu dengan isteri tidak dirasakan seberat seperti yang kita jangkakan. Dan mungkin bagi orang-orang yang waktu siangnya pendek akan merasakan ujian yang sama tetapi dengan agak berat sedikit. Pemberian daripada Allah disyukuri.

 

Akan tetapi, bagi di kutub di mana terdapat enam bulan siang dan enam bulan malam, bermakna waktu fajar atau malam tidak dapat dikesan, dan Ramadan pun tiba, maka manusia yang menetap di sana guna budi bicara untuk mentaati Allah. Waktu siang, menurut Allah, adalah waktu untuk mencari kehidupan dan malam untuk berehat atau tidur.

 

Musim enam bulan gelap tidak buat manusia tidur sepanjang musim. Begitu juga dengan siang, tidak mungkin mereka tidak tidur sepanjang musim. Maka manusia dengan tabiatnya akan mengagihkan masa untuk bekerja, dan untuk tidur. Waktu yang mereka tetapkan untuk bekerja, yang dianggap siang (selama 12 atau 13 jam) adalah sesuai untuk berpuasa. Allah tahu apa yang di dalam hati.

 

Apapun, cadangan saudara supaya mereka tidak berpuasa tetapi diganti dengan memberi makan kepada orang miskin adalah baik juga. Namun, itu bagi kami adalah untuk orang-orang sakit dan dalam perjalanan. Tambahan pula, Allah mengatakan berpuasa adalah lebih baik jika kita ketahui.

 

Setakat itu sahaja pendapat kami, yang tidak bebas daripada kesilapan. Terima kasih.

 

19 Ogos 2008

 

Tambahan 16 Ogos 2012

 

From: ahmad.nadzri
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, August 13, 2012 11:57 AM
Subject: waktu berbuka puasa

 

Salamunalaikum Tuan Pengurus laman

 

Semoga sihat sejahtera di sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

 

Saya  ada terbaca di akhbar mingguan  (12 ogos 2012 ,BH) terdapat di suatu tempat yang cuacanya sentiasa siang (cerah). Dalam situasi sebegini  ,waktu bilakah  yang sesuai bag penduduk setempat  di daerah/negeri tersebut  berbuka?

 

Sekian dan didahului dgn ucapan terima kasih.

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Walaupun sudah lama dijawab, kerana soalan boleh dikatakan sama dengan saudara Taufiq di atas, namun kami ingin beri sedikit lagi pandangan mengenainya.

Kalau kami tinggal di kawasan itu - segala puji bagi Allah yang menjauhkan kami daripadanya! - dan kerana tahu waktu a.m. dan p.m.-nya, mungkin kami pilih kira-kira pukul 8.00 p.m. untuk berbuka.

Atau kami melihat "nature" yang dipercayai akan menolong. Contoh, perubahan hue atau warna di langit, atau kegiatan haiwan, seperti bunyi bising kumpulan-kumpulan burung pada waktu-waktu tertentu, dan sebagainya. Demikianlah itu, pada hemat kami, adalah juga ayat-ayat Allah.

Sekian pandangan kami. Terima kasih.

Allah disanjung!

16 Ogos 2012


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman