Jin dalam Hadis


From: sky5ire
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, August 14, 2008 4:30:50 PM
Subject: Respon artikel "Jin di Dalam Quran"

Salam kepade semua pembaca

 

Izinkan saya menulis sekali lagi sekadar untuk bertukat-tukar pendapat dan fahaman

 

Seperti yang kita fahami bahawa al-Quran itu Indah & Jelas. Namun begitu masih ramai yang tidak menganggapnya jelas lantas memerlukan 'Hadis-2 Nabi' sebagai pelengkap

 

Perhatikan dan renungkan ayat dibawah ini;

 

Katakanlah, 'Diwahyukan kepadaku (Muhammad) bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ʽSesungguhnya kami telah dengar sebuah al-Qurʼan yang mengagumkan, ia beri petunjuk pada jalan yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan sekutukan Pemelihara kami dengan sesiapa.'" (72:1-2)

 

Ayat ini sangat jelas beritahu kepade kita tentang sekumpulan jin yang menerima al-Quran sebagai petunjuk. Dan apabila mereka (jin) ambil al-Quran sebagai petunjuk;

Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu... ."(5:4)

 Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu...(5:5)

Makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin. (5:88)

Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah... (5:3)

Ayat mane pula yang mengatakan jin hanya dibolehkan memakan tulang dan asap?

 

Lalu mereka datangkan 'Hadis-2 Nabi' yang mengatakan jin hanya diperbolehkan memakan tulang dan asap sahaja (maaf- betulkan jika silap)

 

Ade beberape riwayat /hadis yang ceritakan golongan jin berjumpa dengan Nabi dan meminta makanan tambahan selain dari asap dan Nabi membenarkan mereka memakan tulang.

 

Mungkin, ayat dibawah ini lah yang buat Hadis-2 palsu mengenai jin memakan asap dan tulang timbul

Dan Dia cipta jin daripada api yang tiada asap (55:15 )

Agaknya, disebabkan jin itu diciptakan dari api yang tidak berasap maka mereka pun diperintah supaya memakan asap dan setelah kian lama memakannya sampai bosan maka mereka pun berjumpa dengan Nabi meminta menu baru.

 

Hadis-2 seperti ini sangat bertentangan dengan ajaran dan petunjuk dari al-Quran

 

Al-Quran itu diturun untuk semua dan bukan hanya untuk menusia sahaje, dan jika untuk manusia saje maka para jin tentu akan menganggapnya seperti sebuah buku cerite sebab hanya diperintah kepade manusia tapi tidak untuk mereka, tidak begitu?

 

Manusia diperintah mendirikan solat, begitu juga dengan jin.

Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku timpakan dengannya siapa yang Aku hendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk orang-orang bertakwa, dan mereka beri zakat, dan orang-orang yang benar-benar percayai ayat-ayat Kami,(7:156)

Tentunya para jin yang menerima ayat-2 seperti ini akan lakukan zakat juga kerana;

orang-2 yang Mukmin kepade ayat-2 Allah akan laksanakan perintah seperti diatas dan maksud Mukmin itu ialah Percaya dan orang-2 itu pula secara keseluruhan ialah sesiapa saje yang percaya tidak kira manusia ataupun jin.

 

Jadi,

Bagaimana pula penerimaan para jin tentang ayat-2 seperti .(5:4) (5:5) (5:88) (5:3) pastinya mereka menerima sebagaimana kita menerimanya iaitu memakan ape-2 yang halal dan tidak kepade yang haram

 

Maka benarlah ape yang Allah katakan;

Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan.(4:82)
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Ketawa pulak dibuatnya kali ini. Sungguh lucu. Mungkin itu yang dihendaki oleh pengarang hadis - jadikan agama Allah bahan ketawa.
 

15 Ogos 2008

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman