Cerita Haji (2)
From: Ayonz Mohd
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, August 6, 2008 9:57:25 PM
Subject: Haji.Salamun alaikum,
Apa khabar ?. Selamat berkenalan.
Saya tertarik dengan email dari abumuslim mengenai Haji. Memang benar yer, lepas membaca emailnya dan penerangan saudara, rasa macam mengarut jer apa yang dibuat waktu haji tu.
Saya juga nak dapatkan pendapat saudara mengenai satu lagi perkara yang saya rasakan lebih mengarut lagi. Perkara itu ialah mengupah orang untuk mewakili orang yang dah meninggal dunia untuk melakukan haji. Boleh ke perkara ni ?
Boleh ker kita tunaikan haji untuk orang yang dah mati ?. Sekarang ni perkara ni dah jadi bisnes orang-orang tertentu yang pangkal namanya ada gelaran Haji jugak.
Saya ada tanya orang yang alim-alim tentang perkara ni. Jawabnya, boleh !!. Katanya ibadah itu akan sampai kepada si mati. Aihh, betul ke nie ?. Abih batu nisan kena tempah lain la...buh title Haji ?
Mengarutlah benda ni !!
Salamun alaikum,
Selamat berkenalan. Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami untuk menyambung cerita Haji dengan perkara lebih mengarut lagi.
Amalan mengupah orang kerjakan Haji untuk mewakili si mati adalah bukan ajaran Allah dalam agama-Nya. Perkara tersebut tidak dicatat di mana-mana halaman kitab al-Qur'an.
Apabila seseorang meninggal dunia akaun amalannya ditutup. Sejurus sebelum dia dimatikan malaikat maut akan beritahu apa yang dia akan peroleh daripada akaunnya pada Hari Kiamat. Bermaksud, akaunnya tidak ditambah selepas dia mati.
Perhitungan pada Hari Kiamat berdasarkan apa yang dibuat sendiri semasa hidup di dunia. Itu jelas dengan firman-firman berbunyi,
"Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan mereka, Dan sesiapa yang buat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya, Dan sesiapa yang buat jahat seberat satu atom, akan melihatnya." (99:6-8)
"Pada hari apabila Allah bangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia beritahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah jumlahkannya, dan mereka melupakannya." (58:6)
Maka kepercayaan bahawa orang lain boleh membantu buat sesuatu amalan, seperti Haji, sesudah mati adalah angan-angan belaka. Sementara orang-orang yang menjalankan bisnes tersebut hanya beruntung di dunia sahaja.
7 Ogos 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman