Cerita Haji
From: abumuslim
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, August 3, 2008 1:18:46 AM
Subject: Cerita HajiSalamun 'alaikum,
Apa khabar saudara ?. Diharap berada dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarga.
Musim Haji sudah hampir tiba, maka terdetik dihati ini nak berkongsi cerita dengan para pembaca sekalian tentang 2 ibadah sewaktu Haji yang dilaksanakan oleh orang-orang kita.
Ibadah yang dimaksudkan ialah melontar Jamrah dan mencium Batu Hitam (Hajar Aswad).
MELONTAR JAMRAH
Mengikut riwayat dan beberapa pendapat, perkara melontar jamrah ini dilakukan oleh (Nabi) Ibrahim ketika diperintah untuk mengorbankan Ismail. Ketika Ibrahim sedang berjalan melalui satu laluan dalam perjalanan untuk laksanakan perintah tersebut, ternampak akan beliau kelibat Iblis di belakang timbunan longgokan batu sedang bersembunyi untuk menghalang beliau. Lalu tiba-tiba muncul Jibril dan perintah Ibrahim ambil batu dan lemparkan kepada Iblis. Lalu Ibrahim melempar batu 7 kali berturut-turut dan Iblis pun hilang dari pandangannya. Kemudian Iblis muncul pula di longgokan yang ke-2 dan begitulah yang dilakukan oleh beliau sehingga ke longgokan yang ke-3.
Nota: Nasib baik Iblis tak balas lontaran...
Pada zaman sekarang ini, longgokan batu itu dibina pada awalnya berbentuk tiang yang tinggi tetapi kerana isu keselamatan pihak berkuasa Arab Saudi telah menggantikannya dengan dinding yang panjang. Jamrah-jamrah itu dinamakan sebagai yang terkecil sekali (jamrah al-ula) yang tengah (jamrah al-wusta) dan paling besar (jamrah al-kubra).
Nota: Kalau dulu, jika benarlah cerita yang disebut; Ibrahim melontar untuk menghalau Iblis (malah Ibrahim boleh nampak Iblis kononnya). Tetapi kita lontar dinding untuk apa ?. Bolehkah kita melihat Iblis ? Sudahlah dulu ianya selonggok batu bertimbun ditukar jadi tiang dan sekarang jadi dinding; esok lusa entah tak tahu jadi apa pulak.
HAJAR ASWAD
Hajar Aswad ataupun Batu Hitam; ada juga yang kata dulu ianya Batu Putih bercahaya yang jatuh dari syurga dan disebabkan terlalu ramai yang cium dan pegang lalu jadi hitam.
Ada juga yang percaya batu ini jadi hitam kerana telah menyedut akan dosa-dosa di dunia ini lalu berubah 'kaler'. Entahlah mana satu yang betul, tetapi begitulah kalau kita mendengar 'cerita' yang entah kita pun tak tau dari mana sumbernya.
Apa istimewanya batu ni ?. Dikatakan bahawa Saidina Umar khalifah yang pertama telah berkata, '' Tidak syak lagi engkau adalah batu yang tidak boleh beri mudarat ataupun manfaat. Jika aku tidak lihat Nabi Muhammad mencium engkau, sudah tentu aku tidak akan lakukan perkara yang sama. ''
Nota: Pelik juga ye, perkataan ini hanya diucap oleh Umar khalifah yang ke-2, tetapi tidak pulak kita mendengar dari Abu Bakar khalifah yang pertama. Bagaimana pula dengan Uthman ataupun Ali ?. Yang lagi pelik, untuk apa Nabi Muhammad cium batu tu ?. Kita sekarang berebut-rebut nak cium, tolak orang sana-sini, elok ke perangai macam tu, ada ciri-ciri muslim ke ? Yang paling penting, ada ke tertulis didalam Al-Qur'an ?.
6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
Ada juga yang berkata, pada hari Kiamat kelak , Batu Hitam ini akan diberi mata dan mulut untuk berkata-kata dan akan beri syafaat kepada sesiapa yang menyentuhnya dengan ikhlas.
Batu pun boleh bagi syafaat ke ?. Lucu tak cerita ni. Lucu kan ?.
Janji Iblis,
15:39. Berkata(Iblis), "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah buat aku bersalah, aku akan nampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan buat mereka bersalah, kesemuanya,
15:40. Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus."
(Saya percaya mungkin ada pelbagai versi cerita mengenai perkara ini. Apa yang ditulis adalah berdasarkan cerita-cerita yang didengar dan dibaca oleh saya.)
Salamun alaikum,
Terima kasih. Harap saudara juga sihat dan bergembira bersama keluarga.
Cerita Haji saudara, walaupun sudah diketahui umum, tetapi perinciannya belum lagi disebut di laman ini. Ia jelas menunjukkan satu lagi ibadah suruhan Tuhan yang dicemari ajaran manusia. Apa yang diada-adakan itu menipu diri mereka sendiri. Firman-Nya,
"Apa yang mereka ada-adakan menipu mereka dalam agama mereka." (3:24)
Cerita tersebut melucukan. Tidak kurang lucunya ialah satu lagi amalan ajaran manusia iaitu melambai tangan kepada Kaabah. Ia dilambai juga ketika berlari anak di Safa-Marwa. Mengapa Kaabah dilambai-lambai, atau siapa yang memulakannya, kami tidak tahu.
Amalan melontar, mencium dan melambai adalah bukan ajaran Tuhan. Dia tidak akan menyuruh buat sesuatu yang lucu dalam ibadah untuk-Nya. Amalan-amalan tersebut terbit daripada cerita orang-orang zaman dulu, yang buta al-Qur'an. Mereka kelihatan ingin mengadakan hiburan (dengan perkara-perkara lucu) lalu jadikan agama macam diperolok-olokkan. Justeru, keadaan begitu jadi seperti firman Tuhan berbunyi,
"Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina." (31:6)
Kalau mereka tahu kandungan al-Qur'an tentu amalan-amalan tersebut tidak lagi diamalkan hari ini. Kandungan al-Qur'an yang melarang mengadakan amalan selain disuruh Tuhan berbunyi,
"Katakanlah, 'Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan jangan ikut keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan sesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul.'" (5:77)
Semua orang Islam ingin ikut jalan yang betul, dengan ikut kitab yang betul. Keinginan mereka akan tercapai apabila ayat Allah seperti berikut dipercayai dan dituruti:
"Segala puji bagi Allah yang turunkan kepada hamba-Nya Kitab (al-Qur'an), dan tidak buatkan padanya sebarang kebengkokan, Yang betul, untuk beri amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik , bahawa bagi mereka upah yang baik," (18:1-2)
Kitab yang betul hanya al-Qur'an.
6 Ogos 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman