Suka Dengar Yang Bohong
From: abumuslim
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, July 30, 2008 10:31:56 AM
Subject: Tiada ManfaatSalamun 'alaikum,
Ah, minta maaf mengenai email yang terdahulu mengenai Surah Taubah itu, lupa pulak saya hendak beri salam. Terlalu ' excited' nak bertanya :) .
21:37. Manusia dicipta bersifat tergesa-gesa.....
Walaubagaimanapun saya bersetuju dengan saudara, iaitu mengenai persoalan itu, hanya Allah sahajalah yang tahu. Tidak berniat nak ' mentakwilkankan yang mutasyabihat ' cuma nak menambah pengetahuan dengan izin Allah.
Saya pernah membaca beberapa keterangan daripada pengkaji kitab Injil dan Torah mengenai bahtera Nuh. Mereka mengkaji akan keadaan bahtera itu, dari luas diameternya hingga berapa meter panjangnya. Ada yang mengatakan bahtera itu mempunyai 2 tingkat dimana tingkat yang dibawah adalah untuk binatang-binatang dan tingkat yang teratas adalah untuk manusia.
Ada juga yang menerangkan, kononnya, sewaktu bahtera itu dipenuhi najis (minta maaf) lalu dengan kuasa tuhan untuk membersihkan bahtera itu lahirlah khinzir dari perut gajah (sebab itu mereka mengatakan yang babi rupanya ada ala-ala gajah gitu), lalu khinzir pun memakan keseluruhan najis tersebut. (sebab itu khinzir ni kotor dan tidak boleh dimakan)
Di dalam Al-Qur'an tidak disebut pun berapa besar atau berapa tingkat bahtera Nuh itu, ini kerana persoalan itu tidak beri manfaat, tetapi keseluruhan cerita mengenai Nuh itu yang harus kita renungkan;
54:11. Kemudian Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah,
54:12. Dan buatkan bumi pancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan,
54:13. Dan Kami bawa dia(Nuh) di atas yang dipapan, dan dipaku (bahtera),
Maaf ye, apa yang saya nak sampaikan ialah, para pengkaji Injil dan Torah (terutamanya Yahudi ni) suka benar mengkaji perkara-perkara yang tidak datangkan manfaat kepada mereka. Dan kita mungkin juga telah ikut langkah-langkah mereka dengan mengambil cerita-cerita mereka dari Riwayat Israliyat dan cipta cerita mengikut khayalan kita sendiri.
5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, ''Kami percaya'', tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang dengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya,....
Sebab itu ada cerita Nabi belah bulan, keluar air dari celah jari Nabi, Nabi naik Buraq pergi ke langit ada juga cerita saya dengar sewaktu tazkirah solat Jumaat (ustaz ni kata dia belajar sirah Nabi) iaitu Nabi nak lompat gaung (bunuh diri) sebab terlalu sedih Jibril tak melawat dia ?!?. Saya rasa inilah silapnya jika kita jadikan Al-Qur'an itu sebagai benda hantaran kahwin, sebagai pertandingan melagukan suara siapa yang paling sedap mengalunkan, tapi kita yang mendengar yang tak belajar bahasa Arab, terangguk-angguk ada juga yang tertidur sebab merdu sangat katanya, ada juga yang nak tanam dekat kutub sebagai menandakan hebatnya orang Islam boleh sampai kutub, apa faedah yang kita dapat ?. Allah disanjung ! Segala puji bagi Allah Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Teguran ke atas e-mel lalu adalah hanya gurauan. Alangkah manisnya kehidupan ini dengan adanya senda gurauan! Dan juga cerita-cerita bohong, yang menggelikan hati.
Seperti terdapat dalam kiriman di atas. Cerita-cerita demikian sebaliknya pula jadi kegemaran ramai orang Islam. Benar, ramai orang suka dengar yang bohong! Dari dulu sampai hari ini. Kalau dari dulu cerita-cerita tersebut ditolak maka ia tidak kedengaran pada hari ini.
Jika tidak diusahakan untuk melenyapkan cerita-cerita bohong (atas nama para Nabi) pada hari ini, maka orang Islam esok tidak berubah daripada dulu, atau jadi lebih buruk lagi.
"Allah tidak akan ubah rahmat-Nya yang Dia anugerahkan satu kaum sehingga mereka ubah apa yang ada pada diri-diri mereka sendiri; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui." (8:53)
"Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri." (13:11)
1 Ogos 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman