Solat Tengah Hari

 

From: zukeri ya
To: bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Cc: zukeriy
Sent: Saturday, July 26, 2008 1:08:51 PM
Subject: Solat.

Salam,

Sebelum ini saya solat 5 waktu.Tapi selepas diperkenalkan dengan laman tuan ini, saya mula yakin yang solat sebenarnya tiga waktu sahaja iaitu fajar ,wusta dan isyak. Dan waktu-waktunya seperti yang dijelaskan dalam laman tuan iaitu;

Solat yang pada waktu tepi siang pertama ialah solat fajar, sementara solat wusta, atau solat yang di tengah, pada tepi siang yang kedua. Solat yang dilakukan pada awal malam itu ialah solat isyak.

 

Pada fahaman saya, solat-solat tersebut masanya lebih kurang solat subuh, maghrib dan isyak yang dilakukan oleh mejoriti islam sekarang.

 

Kekeliruan saya mula timbul apabila saya terbaca laman http://allah-semata.com. Di laman tersebut mengenai aturan solat boleh dikatakan sama dengan apa yang tuan tulis, tapi mengenai waktu solat ada sedikit perbezaan, dimana penulis laman berikut mengatakan solat wusta, masanya ketika matahari di kemuncak atau pada waktu zohor sekarang.

 

Bila bangun di akhir malam dan kepekatan malam sudah mulai berkurang maka itu sudah waktunya untuk shalat Fajar, batasnya adalah sampai terbit matahari.  Pada tengah hari ketika matahari berada pada titik puncak dan bayang-bayang benda teramat pendek adalah waktunya untuk shalat Wusta, batasnya adalah sampai matahari condong dan bayang-bayang benda kembali memanjang.  Ketika matahari terbenam dan cahaya siang mulai memudar itu adalah waktu untuk shalat Isyaʼ, batasnya adalah sampai bagian malam yang singkat.

 

Tolonglah tuan, saya amat terkeliru sekarang. Pada saya ini amat penting kerana dalam quran ada menyatakan

"Sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin." (4:103).

Terima kasih atas kerjasama tuan.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Pertanyaan saudara boleh dikatakan kerap diajukan oleh orang lain. Kali ini jawapan disemadikan di sini dengan harapan tidak ditanya lagi.

Kekeliruan tersebut mungkin disebabkan terjemahan yang berbeza kepada sebuah ayat. Ayat dimaksudkan berbunyi,

"Lakukan solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam," (17:78)

Penterjemah lain mengertikan frasa duluk asysyams kepada tergelincir matahari. Lalu solat didirikan sewaktu matahari berada di atas kepala.

 

Frasa tersebut kami terjemah menurut erti diberi oleh Kamus Hans Wehr iaitu sunset. Concordance Hanna Kassis pun sama, di samping penterjemah al-Qur'an lain dalam bahasa Inggeris.

 

Demi kebenarannya, seorang rakan telah menelefon beberapa kedutaan Arab di sini bertanya tentang makna frasa tersebut. Pelbagai jawapan telah diterima seperti tidak tahu, atau ia adalah ungkapan lama dan tidak dipakai lagi. Namun ada juga yang tahu, iaitu seorang pakar, dengan beri maksudnya kepada (the sun) crossing the line. Atau, matahari melintasi garisan.

 

Garisan tersebut, pada hemat kami, ialah horizon, yang jelas kelihatan. Sementara langit di atas kepala sewaktu matahari berada di situ tidak kelihatan sebarang garisan.

 

Lalu kami kekal menggunakan ungkapan terbenam matahari.

 

Hari terbahagi kepada dua, siang dan malam. Solat pada waktu siang adalah di dua tepinya (11:114). Iaitu, waktu terbit dan terbenam matahari.

 

Waktu matahari berada di atas kepala, pada hemat kami, adalah pertengahan siang bukan di tepinya. Waktu itu seakan waktu zuhur yang tidak disebut adanya solat atau solat zuhur. Sebaliknya pula, pada waktu tersebut Allah menyarankan supaya manusia berehat dengan menanggalkan pakaian. Firman-Nya,

"dan apabila kamu tanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur" (24:58).

Justeru, setelah keterangan di atas, disimpulkan bahawa Solat Tengah Hati tidak dianjurkan Tuhan. Namun, sekiranya terdapat pihak yang menidakkannya lalu bersolat pada waktu itu maka penulis akan hanya mendiamkan diri.

 


30 Julai 2008

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman