Puasa di Radio

 

 

From: abumuslim
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Monday, July 21, 2008 11:20:39 PM
Subject: Puasa

 

Salamun'alaikum,

 

Terpanggil saya untuk berkongsi pengalaman dan pendapat di dalam laman ini setelah membaca artikel-artikel di dalamnya.

 

Pada suatu hari ketika saya sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, terdengarlah saya di dalam radio penjelasan seorang ustaz mengenai puasa. Sebelum itu ustaz itu telah ditanya tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa.. Lalu ustaz itu pun menjelaskan kepada si penanya bahawa antara perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah mengorek telinga dan hidung atau masuk sesuatu ke dalam telinga atau hidung seperti batu atau tanah lalu masuk ke dalam rongga perut maka puasanya batal. Berenang di dalam kolam renang sehingga dikhuatiri air masuk ke dalam lubang dubur lalu mengalir ke dalam rongga perut maka puasanya batal !!!

 

Ish, betul ke ni ?

 

Bukankah puasa itu menahan diri dari makan dan minum serta menahan diri dari bercampur dengan isteri kita pada siang hari ?

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

Ada juga yang berkata,” Bulan puasa jangan cakap-cakap yang tak elok, jaga mata tu jangan pandang yang tak elok, jaga sikit perangai tu “, perkara-perkara ni sepatutnya hari-hari kena jaga.

 

Kemudian terdapat pula seorang ni bertanya kepada ustaz dalam nada yang agak marah, dia bertanya, “ Ustaz, dekat tempat saya ada seorang ni bermazhab lain dari Syafie kerana cara solatnya berlainan, boleh ke dia bersolat bersama kami ?. Kenapa tak pergi solat dengan mazhab puak dia ?!?.”

Saya kata dalam hati; ada jugak lagi orang yang macam ni...

Salamun alaikum,

Terima kasih. Orang yang macam tu akan berada di dunia ini hingga Hari Kiamat. Dan orang yang mengajar begitu dalam hingga ke lubang tersebut pun akan kekal di dunia ini. Melainkan .....

28 Julai 2008

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman