Hadis Tanda Kenabian
From: sky5ire
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, October 16, 2007 11:39:05 AM
Subject: Tanda KanabianSalamun Alaika
Segala di langit & bumi menyanjung Allah.KepunyaanNya kerajaan dan kepunyaanNya puji-pujian,dan DIA berkuasa diatas segala sesuatu.
Segala puji bagi Allah yang kepunyaanNya apa yang dilangit & apa yang dibumi,bagiNya segala pujian di akhirat,sesunggunya Dia Yang Bijaksana & Yang Menyedari
Salam sejahtera buat saudara penulis sekeluarga
saya hanya ingin kepastian maka dari itu saya mengajukan soalan pade saudara agar semua pembaca memahami konsep yg diketengahkan oleh saudara iaitu Allah semata-mata
dari hadis muslim;
Hadis As-Saib bin Yazid r.a katanya:
Emak saudaraku pernah menemui Rasulullah s.a.w bersama-samaku. Emak saudaraku berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anak saudaraku ini diserang sakit perut. Maka aku melihat baginda mengusap kepalaku dan mendoakan aku supaya dapat berkat. Selepas itu baginda berwuduk lalu minum air lebihan wuduk baginda kemudian aku berdiri di belakang baginda. Aku melihat ada tanda pada tengah-tengah bahu baginda dengan terang seperti telur burung merpati (tanda kenabian baginda)
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4328
apekah itu satu amalan yg baik dengan berwuduk lantas dari air wuduk itu diberi minum atau mandi untuk perubatan dan sebagainya?
sedangkan yg kita tahu bahawa berwuduk hanya untuk mendirikan solat
apekah benar ade tanda kenabian pade nabi muhammad seperti yg tertulis pade hadis tersebut?
dan jika benar maka adekah ianya difirmankan didalam Quran? (maaf,bukan saya tidak membaca quran cuma buat masa ini saya tidak temui ayat yg menyatakan perihal itu atau mungkin saya terlepas akan ayat tentang perihal itu)
jika tidak benar tentang tanda kenabian maka ternyatalah nabi dihina tidak ubah seperti binatang ternakan yg diberi tanda oleh pemiliknya
dan jika ianya benar maka tiada penghinaan yg dilakukan keatas Nabi seperti yg difikirkan oleh sesetengah manusia dan saya percaya pade ape yg dibawa oleh Nabi iaitu Al-Quran dan tiada selain dari kitab itu yg dibawa oleh Nabi
segala puji bagi Allah dan sejahterah keatas hamba-hambanya yang dipilih
Engkau Disanjung, kami tiada pengetahuan kecuali ape yang telah Engkau ajarkan kepade kami,
sesungguhnya Engkau Yang Mengetahui,Yang Bijaksana
Salamun alaikum,
Terima kasih. E-mel sudah lama diterima, iaitu sewaktu kami "berpuasa" daripada menulis di komputer.
Terima kasih juga atas hadis yang dikirim. Ia mendedahkan satu lagi kekalutan dalam agama yang beriman kepada hadis.
Air dalam wuduk adalah untuk membersihkan (5:6). Setelah bersihkan (mulut dengan berkumur, bahagian di dalam hidung dan telinga - antara yang dibersihkan dalam wuduk mereka) ia jadi kotor. Jika diminum dan menyembuhkan penyakit maka ia dikotori lagi dengan ilmu sihir.
Tidak disebut di dalam al-Qur'an mengenai tatu seperti dikatakan terdapat pada Nabi untuk menunjukkan kenabiannya. Tanda kenabian seseorang ialah Kitab yang dibawa dan putusan yang diberi. Sila lihat ayat di bawah:
"Tiadalah bagi seseorang manusia bahawa Allah berikannya al-Kitab, dan Putusan, dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku selain daripada Allah." (3:79)
Penulis tidak bercadang memanjangkan lagi kata-kata ke atas hadis tersebut. Lebih cepat meninggalkannya lebih baik.
28 Julai 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman