Kami kepada Aku
From: sky5ire
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, November 19, 2007 1:09:39 PM
Subject: Doasalamun alaika
saya inginkan pendapat saudara doa-doa yg diajarkan Allah didalam al-quran banyak menggunakan perkataan kami apekah jadi kesalahan jika saya tukarkan bacaan nya dari kami kepade aku kerana hanya saya yg membaca & berdoa seperti contoh;
"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api." (3:16)
tapi saya membaca seperti dibawah ini
"Wahai Pemelihara ku, sesungguhnya aku percaya; ampunilah aku atas kesalahan-kesalahan ku, dan lindungilah aku daripada azab Api." (3:16)
jika ianya salah maka saya akan membaca doa yang asal tanpa tukar ape pun
kepade Allah kita semua menyeru
"Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh." (2:67)
terima kasih
Salamun alaikum,
Terima kasih saudara sky5ire. E-melnya sudah lama diterima dan mungkin sudah dibalas tetapi dengan sedikit perkataan sahaja, yang boleh menyebabkan penerima rasa tidak puas hati. Sekiranya berlaku kepada saudara, atau saudara lain, maka kami mohon maaf di sini.
Pertanyaan saudara mengenai menukar sebutan kami kepada aku dalam doa amat baik. Pertukaran tersebut tidak mudah dilakukan kerana melibatkan kalimat daripada Allah.
Lantas al-Qur'an dirujuk. Ia bagai guru untuk mendapatkan penjelasan. Lalu beberapa ayatnya jadi renungan, seperti yang berbunyi,
"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan," (4:43)
Dalam solat disuruh ucap kata-kata yang diketahui atau difahami. Bagi penulis dalam doa juga serupa, kerana ia juga ucapan kepada Allah.
Adalah difahamkan, perkataan kami dalam bahasa Melayu berjenis jamak. Sekiranya itu diterima bulat-bulat maka ia tidak harus diucap dalam solat atau doa untuk bermaksud diri sendiri. Oleh yang demikian, perkataan saya atau aku jadi lebih wajar diguna.
Dia juga menyuruh orang-orang yang percaya, atau beriman, supaya guna perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran dalam ucapan. Firman-Nya,
"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran." (33:70)
Maka saya dan aku kelihatan lebih tepat daripada kami dalam ucapan kendiri kepada Tuhan.
Pun begitu, saya atau aku adalah maksud kedua kepada perkataan kami menurut Kamus Dewan. Ia dirakam seperti berikut:
2. saya, aku: tidakkah ~ panjangkan cerita tersebut
Andaikata maksud kedua itu tersemat di dalam hati, dan jadi basahan, penulis tidak nampak sebab mengapa kami tidak harus diguna dalam solat atau doa.
Namun, jika ingin menggunakan kedua-duanya sekali untuk maksud diri sendiri, misalan pada satu ayat guna kami dan ayat lain guna saya atau aku, maka Allah telah pun buat demikian. Sila lihat contoh di bawah:
"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antaraorang-orang tidak percaya (kafir)." (2:34)
"Berkatalah Dia, 'Apakah yang halangi kamu daripada sujud ketika Aku perintah kamu?' Berkata (Iblis), 'Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat.'" (7:12)
Alasan-alasan daripada al-Qur'an mengenai kegunaan perkataan kami dan aku atau saya, dalam doa atau solat, mungkin sudah cukup untuk dipertimbangkan. Lalu, tepuklah dada, tanyalah selera!
Salam.
24 Julai 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman