YANG HAQ TELAH DATANG

 

Empat e-mel daripada saudara sam turut jadi pilihan kami kali ini sebagai hidangan bagi para pengunjung laman web. Tajuk dipetik daripada subject surat pertama dan ulasan kami menyentuh mengenai padahan setelah yang haq datang.

Terima kasih kepada sam yang sudi menulis untuk berkongsi pendapat.

E-mel Pertama:

From: Jantan Lama <sam_1946@----------->
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Tuesday, April 8, 2008 12:11:31 AM
Subject: YANG HAQ TELAH DATANG

Salaamun'alaikom,

Saya sependapat dengan saudara di dalam perkara ini. Sebelumnya, secara tidak sengaja, saya telah ditemukan dengan web site Dr Rashad Khalifa (http://submission.org). Setelah saya baca dan semak apa yg ditulis di dalam web site tersebut, saya dapati apa yg dikatakannya adalah benar belaka. Saya amat bersyukur kehadrat Allah yg telah membawa saya ke arah kebenaran. Umat islam hendaklah kembali kepada ajaran Al Quran semata-mata.

Iblis berputus asa kerana segala usahanya untuk menyesatkan umat islam melalui Al Quran gagal kerana Allah tidak mengizinkan dia buat demikian. Dengan terciptanya hadis-hadis iblis amat gembira sekali kerana peluangnya untuk menyesatkan umat islam sudah terbuka luas. Sebagaimana yg saudara katakan, Al Quran seolah-olah sudah jadi tak lengkap tanpa adanya hadis bagi kebanyakan umat islam. Banyak sekali ayat-ayat Al Quran yg melarang kita dari percayai hadis, malangnya ramai juga umat islam yg tak percaya akan ayat-ayat tersebut. Benarlah kalam Allah di dalam Surah 2 Ayat 6 dan 7.

Syabas saudara. Sudah tentunya Allah beserta saudara.

Sam.


Kedua:

From: Jantan Lama <sam_1946@----------->
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, April 10, 2008 6:10:16 PM
Subject: Re: LAMAN WEB SUDAH DITUTUP?

Salaamun'alaikom tuan,

Alhamdulillah, saya ingatkan dah tutup maklumlah dah setahun tak dikemaskini. Saya cadangkan jangan malas di dalam berjihad menentang yang batil. Bayangkan apa yg terjadi sekiranya Nabi Muhammad dulu malas. Saya sarankan agar tuan teruskan dakwah demi menegakkan kebenaran ini kerana ilmu tuan tentang Al Quran amat dalam dan luas. Malahan ilmu tuan di bidang lain pun amat baik sekali.

Saya berpendapat zaman jahiliah sudah kembali merebak sekarang ini (malahan sudah lama menularnya). Cuba tuan bandingkan perkara-perkara yg berlaku di zaman jahiliah di waktu Nabi dulu dengan apa yg berlaku sekarang ini. Pada saya jahiliah yg berlaku sekarang ini jauh lebih dahshat lagi daripada yg dialami olih Nabi dulu. Jadi saya berpendapat islam memerlukan orang-orang seperti tuan ini untuk terus berdakwah demi untuk menegakkan kegemilangan islam kembali. Dakwah-dakwah ulamak tradisional tak beri kesan apa-apa kerana unsurnya syrik. Sebab itulah tidak direstui Allah dengan kemenagan yg berterusan. Malahan kalau di bandingkan sebagai lampu, lampu ini makin hari makin malap cahayanya. Saya amat khuatir akan akibatnya terhadap anak-anak dan cucu-cucu kita nanti.

Saya berpendapat tuan adalah tunas harapan di dalam perkara ini i.e untuk menegakkan kembali haq islam yg sebenarnya. Saya berharap Allah akan rahmati tuan dangan semangat perjuangan yg lebih gigih dan kuat lagi. Tunas yg tuan mulakan ini wajib dihidupkan dengan lebih subur lagi supaya haq thagut dikuburkan dan haq Allah dimenangkan kembali.

Sam.


Ketiga:

From: Jantan Lama <sam_1946@----------->
To: ebacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Sunday, April 13, 2008 11:45:36 AM
Subject: BERKONGSI PENDAPAT DEMI YANG HAQ

Salaamun'alaikom,

Saya ingin berkongsi pendapat tentang perkara yg di bawah, kalau salah silalah ditegur kalau benar sebarkanlah supaya kebenaran itu dapat dimanfaati bersama:

Pertama, Allah larang umat islam solat di dalam keadaan mabuk sehingga mereka faham apa yg mereka katakan di dalam solat mereka. Kedua, Allah juga mengatakan celaka bagi orang-orang yg solat ia itu yg lalai di dalam solat mereka.

Kes yg pertama, saya berpendapat ramai sekali umat islam dewasa ini yg "mabuk" di dalam solat mereka kerana ramai sekali yg tak faham apa yg mereka katakan di dalam solat mereka. Ramai juga umat islam yg solat, pada hari jumaat sampai melimpah keluar dari kawasan mesjid kerana tak cukup tempat, malangnya kebanyakan mereka ini solat di dalam keadaan mabuk berdasarkan firman Allah itu. Sia-sia sajalah solat mereka ini.

Berkenaan dengan kes yg pertama juga, ada juga umat islam yg faham apa yg dikatakan di dalam solat mereka tetapi mereka tidak prihatin tentang apa yg mereka perkatakan. Saya mengatakan demikian kerana apabila ditanya kepada mereka apakah, yg wajib, yg mereka mohon kehadrat Allah di dalam solat mereka, mereka tak tahu. Mereka lupa yg mereka telah meminta "petunjuk ke jalan yg benar" setiap kali mereka lakukan solat. Ini pun bolih dikategorikan sebagai "mabuk". Bayangkan bagaimana teruknya keadaan kita di dalam solat.

Untuk kes yg kedua pula, ramai yg mengatakan yg dianggap "lalai di dalam solat" itu sebagai tak khusuk. Pada pendapat saya jawapan itu tak tepat walaupun nampaknya logik. Pada pendapat saya orang yg lalai itu dia tak tahu apa yg dia buat. Sekiranya kita tak faham apa-apa yg kita perkatakan di dalam solat kita, maka saya kategorikannya sebagai lalai. Orang yg tak tahu apa yg dia buat tapi dia buat juga, ia akan membawa kearah kemusnahan - inilah orang yg lalai. Contohnya, kalau kita hendak isi angin tayar motosikal kita, kita wajib tahu tekanan angin yg diperlukan, kalau kita pakai hentam saja itulah yg dikatakan lalai; ia mungkin akan menyebabkan kemalangan berlaku dan sudah tentu akan merosakkan tayar dengan lebih cepat. Akibat buruk tersebut akan berlaku walaupun kita teramat khusuk di dalam melaksanakan pengisian angin itu.   

Sekianlah dahulu.

Sam.


Dan, Keempat:

From: Jantan Lama <sam_1946@----------->
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, April 29, 2008 5:22:10 PM
Subject: Re: BERKONGSI PENDAPAT DEMI YANG HAQ

Salaamun'alaikom tuan,

Terima kasih kerana menjawab karangan saya.

Saya sungguh hairan dan kesihan akan orang yang kononnya islam. Adalah wajib bagi mereka membaca Surah Al Faatihah setiap kali mereka solat. Sehari semalam tak kurang daripada 17 kali membaca  surah tersebut; dah bertahun-tahun lamanya. Mereka tak sedari yang mereka meminta "petujuk ke jalan yang benar, jalan orang ....... bukan jalan yang sesaaaaaaaat". Kalau tak tahu apa yg diminta, apabila Allah bagi pun mereka tak akan tahu. Ada pula (tak ramai) yang tahu tapi  mereka tak tahu pun yang Allah sudah bagi. Kalau kita minta pada Allah setiap hari 17 kali dah bertahun lamanya takkan Dia tak bagi. Kalau Allah tak bagi zalimah Dia tapi Allah Pemurah dan Penyayang sudah tentu Dia sudah bagi; cuma kita saja yang lalai dan bodoh.

"Petunjuk ke jalan yang benar" itu ialah Al Quran. Antara nasnya adalah Surah Al Baqaraah Ayat 2.

Hari-hari minta pada Allah dengan penuh khusyuk, Allah dah bagi tapi kita tak tahu. Macam mana Allah tak marah kat kita. Bayangkan kemarahan kita kalau kita sudah bagi barang yang diminta olih anak kita, 17 kali sehari setiap hari, tapi dia buat tak endah saja akan barang tersebut.

Saya harap tuan bolih gunakan perkara di atas sebagai menguatkan lagi hujah kenapa kita wajib kembali kepada Al Quran. Maafkan saya kalau terlanjur dan terkasar bahasa. Salaam.

Sam.
 

Salamun alaikum,

Yang haq memang sudah datang kepada bangsa kita. Sudah 20 tahun lamanya. Akan tetapi, pemimpin-pemimpin (kecuali seorang dua sahaja) daripada seluruh lapisan masyarakat bangsa kelihatan seperti tidak mempedulikan, malah, terdapat juga mereka yang menentang.

Hari ini bangsa berpecah-belah. Pemimpin-pemimpin mencakar satu sama lain. Lalu jadi bangsa tidak disegani lagi di buminya sendiri. Namun, sikap angkuh masih jadi pakaian sesetengah pemimpin dan orang biasa.

Kepercayaan kepada selain al-Qur'an jadi semakin ketara dengan bilangan penganut yang melaungkan Allahu Akhbar meningkat. Dari segi jenayah pula, kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh orang Melayu, seperti yang dilaporkan, bukan sahaja mengaibkan malah kelihatan meningkat juga.

Senario digelapkan lagi apabila didapati golongan miskin yang terbesar di negara kita adalah daripada kaum kita sendiri.

Demikianlah tanda-tanda sesuatu kaum yang tidak akan jadi raja di buminya sendiri. Mereka diganti dengan kaum lain, dengan izin Allah. Sebab utama ialah berpaling daripada ayat-ayat-Nya. Dua ayat di bawah menjelaskan:

"Tetapi jika kamu berpaling, aku telah sampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan jadikan satu kaum yang selain daripada kamu, (sebagai) pengganti-pengganti;" (11:57)

"Jika kamu berpaling, Dia akan tukar kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu." (47:38)

Kaum yang mengganti dikatakan tidak serupa dengan yang diganti. Bermaksud, sama ada mereka lebih baik atau lebih buruk dengan kejahatan dan kezaliman mereka.

Atau, bangsa yang berpaling daripada ayat-ayat Allah dihapus sama sekali daripada muka bumi seperti yang berlaku kepada kaum Nuh, Ad, Tsamud, kaum Lut, dan penduduk Madyan.

Jangan sangka (kerana angkuh) ia tidak akan berlaku pada bangsa kita - takkan Melayu hilang di dunia? Jika demikian, sila perhatikan ayat berikut:

"Pemelihara kamu ialah Yang Kaya, Berpengasihan. Jika Dia hendaki, Dia hapuskan kamu, dan sesudah kamu, unuk menggantikan kamu, apa yang Dia hendaki, sebagaimana Dia tumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain." (6:133)

Justeru, mungkinkah kita sudah mula maju, dengan perlahan, di jalan peggantian oleh kaum lain atau jalan penghapusan sama sekali? Tiada yang boleh menghalang kita di jalan itu melainkan kepatuhan kepada ayat-ayat Allah sahaja.


14 Julai 2008

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman