Ramadan akan tercemar lagi

 

From: "sky 5ire"
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Ramadhan akan tercemar lagi
Date: Sunday, 9 September, 2007 6:08 PM

salamun alaikum

ramadhan akan menjelang tidak lama lagi dan akan tercemar dengan perkara-perkara dan kepercayaan orang-orang melayu kita

Sesungguhnya, Kami turunkannya (al-Qur'an) pada malam yang berkuasa.
Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?
Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu bulan,
Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,
Sejahteralah ia, hingga terbit fajar." (97:1-5)

(ini adelah pendapat saya dan andaikata salah maka betulkanlah)
pade ayat 97:4 menurut kepercaayan orang melayu kita hingga kehari ini adelah keluarnya roh-roh yg telah meninggal dunia dan pulang ke rumah-rumah keluarga mereka dan mengharapkan doa-doa dan ape saje amalan yg dpt menerangi kubur mereka
Tetapi Firman Allah;
apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka ....... dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan" (23:99-100).

bukankah itu menunjukkan bahawa mereka yg sudah mati tidak akan keluar atau turun atau kemane-mane pon

"Dan trompet ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, 'Celakalah kami! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat tidur kami? Inilah apa Yang Pemurah janjikan, dan para utusan berkata benar'" (36:51-52).

bukankah ayat itu beritahu kita perihal mereka yg sudah mati tidak akan dibangkitkan dan akan terus tido dan akan dibangkitkan pade hari kebangkitan

jadi, hingga kehari ini apabila tiba bulan ramadhan ramai orang melayu kita akan kata roh si mati akan pulang kerumah melihat kelakuan ahli keluarganya dan meminta simpati dengan doa-doa dan sebagainya agar azab kuburnya dapat diringankan

begitulah halnya kita yang selama ini ditipu oleh cerita-cerita mengenai ramadahan oleh ulama-ulama yg mane mereka sendiri telah pon mambaca al-quran beratus kali malahan beribu kali tetapi tidak memahami akan al-quran itu sendiri, hinggakan kita semua tertipu dengan penjelasan dari mereka

"Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup," (36:69-70)


Salamun alaikum,

Terima kasih atas pandangan saudara. Maaf lewat menerbitkannya.

Selamat Berpuasa.

14 Sept 2007

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman