Satu Hari Tuhan

 

Salamun alaikum,

Saudara Jamal telah mengirim soalan yang pada mula dimuatkan di ruangan Soalan Lazim. Kini ia dipindah di sini. Soalannya berbunyi:

E-mel kali ini ditulis untuk menanyai pendapat saudara berkaitan ayat-ayat berikut:

Ayat 22:47, 32:5, 70:4

22:47. Dan mereka minta kepada kamu supaya disegerakan azab! Allah tidak akan mungkiri janji-Nya; dan sesungguhnya sehari dengan Pemelihara kamu seperti seribu tahun daripada hitungan kamu.

32:5. Dia mengarah urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang ukurannya seribu tahun daripada hitungan kamu.

70:4. Kepada-Nya malaikat-malaikat dan Roh naik dalam sehari yang ukurannya lima puluh ribu tahun

Soalan saya ialah bagaimana seharusnya ayat-ayat di atas dapat difahami supaya ianya tidak dikatakan bercanggah antara satu sama lain iaitu ayat-ayat 22:47, 32:5 dengan ayat 70:4.


Soalan dijawab oleh sahabat yang berikut:


From: "kazambo mambo"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Hari Tuhan
Date: Sunday, 19 August, 2007 2:19 AM

Salamun Alaikum, Tuan penulis. Sila rujuk emel Sdr Jamal. Pada pendapat saya, tiada percanggahan pada ayat-ayat (22:47,32:5,70:4) yang menyentuh tentang Hari Tuhan.

Kalau diteliti, kita akan dapati bahawa ayat 22:47 menyebut tentang Azab. Ayat 32:5 pula tentang Urusan(Amr). Dan ayat 70:4 tentang Malaikat dan Ruh.

Ternyata disini bahawa masa yang diambil oleh Azab dan Urusan(Amr) Allah untuk turun dan naik (1000 tahun) adalah lebih cepat dari masa yang diambil oleh Malaikat dan Ruh (50 000 tahun) mengikut perkiraan manusia. Tetapi di sisi Allah swt adalah tetap Satu Hari.

Wallahu a'lam. Salamun Alaikum.

P.S - Keep up the Good Work you guys are doing. May Allah bless us all.

 

22.8.07
 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman