Majoriti dan Kebenaran

 

From: "Ramli jalil"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Majoriti
Date: Thursday, 5 July, 2007 9:59 AM

Salam sajahtera,

Pertama kali, saya ingi ucapkan Setinggi-tinggi peghargaan dan terima kasih kepada saudara penulis bacaan kerana telah membuka mata dan minda saya seluas-luasnya mengenai isu-isu agama yang jadi persoalan di pemikiran saya semenjak saya remaja lagi.

Saya sekadar ingin bertanya kepada saudara penulis, kenapakah berbillion-billion umat islam di masa lalu dan juga masa sekarang masih berpegang teguh kepada sunah, mereka masih tidak menerima semudahnya mengenai jenis yang kita bicangkan dalam laman web bacaan ini dan malahan mereka menuduh jenis kita ini sesat dan melampau. Dalil-dalil apakah lagi yang memperkukuhkan kepercayaan dan amalan mereka untuk menolak pendapat kita mengenai al quran dan sunah di masa lalu hingga sekarang. Apa kah majoriti bererti KEBENARAN?

 

Salamun alaikum,

Terima kasih saudara Ramli. Bagi kami, tidak ada lagi dalil bagi mereka untuk menolak pendapat kita mengenai al-Qur'an dan Sunah selain daripada yang telah ditunjukkan oleh mereka. Iaitu bahawa kita bukan ulama lalu tidak tahu mengenai agama dan al-Qur'an.

Kalau kita daripada golongan ulama pun mereka akan menolak jua kerana mereka dalam kelompok yang ramai, lagi tidak percaya kepada ayat-ayat Allah. Sila lihat artikel Kebanyakan Manusia.

Justeru, golongan majoriti tidak bererti kebenaran. Mereka tidak ikut kebenaran. Kepercayaan mereka hanya berlandaskan sangkaan dan dugaan sesetengah orang sahaja. Firman Tuhan,

"Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan." (6:116)

Menurut-Nya lagi, "sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap kebenaran." (53:28)

Mereka tidak berada dalam kebenaran, sebab tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, atau hanya berkata percaya tetapi sebenarnya tidak. Iktibar diambil daripada ayat-ayat di bawah:

"Supaya Dia tanya orang-orang yang benar mengenai kebenaran mereka; dan Dia sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih." (33:8)

"Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan dustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?" (39:32)

"Supaya Allah balas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan azab orang-orang munafik, jika Dia hendaki, atau terima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (33:24)

Kebenaran terletak pada kata-kata Allah. Kata-kata-Nya sudah disempurnakan di dalam Kitab al-Qur'an. Tidak perlu lagi ditukar, misalan dengan menambah atau membatalkannya. Firman Tuhan,

"Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui." (6:115)

Orang-orang tidak percaya, tidak akan percaya ayat itu. Orang-orang munafik pun sama. Mereka berdualah dalam golongan majoriti.


10 Julai 2007


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman