Buku Pendita Za'ba
From: "afizah nor"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Cc: <afizah_nor@
Subject: Buku bertajuk Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Date: Wednesday, June 20, 2007 12:46 PMSalaam kepada penulis bacaan,
Saya sedang membaca sebuah buku bertajuk Perangai bergantung kepada diri sendiri tulisan Pendita Za'ba.
Mungkin penulis bacaan dapat mengaitkan pemikiran pendita za'ba ini dengan pemikiran penulis bacaan. Itupun jika penulis bacaan belum lagi membaca buku yang agak hebat ini. Namun, buku ini sukar diperolehi kerana ia telah diharamkan sebagaiman buku bacaan sendiri.
Saya memperolehinya di perpustakaan negara malaysia M297.448 ZAB dan buat salinan fotokopi buku ini.
Antara kandungan buku tersebut ialah:
"Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya sendiri - tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapatkan kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari orang apabila mati kelak!!" Pendita Za'ba.
Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai buku ini.
Sekian, wasalaam.
Sekian, dan salaam.
Salamun alaikum,
Terima kasih afizah. Berita baik dipanjangkan kepada para pembaca laman web ini.
Dengan rasa ralat dimaklumkan iaitu kami belum lagi baca buku tersebut. Apatah lagi bila ia diharamkan. Entah mengapa orang-orang di sini suka mengharamkan sesuatu yang mampu membuka minda! Mungkin dicucuk syaitan kot!
"Tidakkah kamu lihat bagaimana Kami utus syaitan-syaitan terhadap orang-orang tidak percaya untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?" (19:83)
Sekian, terima
kasih.
Salam.
23 Jun 2007
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman