Mencintai Allah dengan lebih cinta
Salamun alaikum,
Dimulakan dengan sebuah firman Allah berbunyi,
"Tetapi ada manusia yang ambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta." (2:165)
Dari semasa ke semasa kami ditemukan, melalui e-mel, dengan orang-orang yang mencintai Allah dengan lebih cinta daripada segala yang selain daripada-Nya. Mereka tinggalkan kepercayaan agama ajaran manusia yang dianuti kian lama untuk menetap di dalam agama Allah yang diajar-Nya melalui Kitab al-Qur'an.
Pelarian tersebut amat berat, berisiko, antara lain, ancaman keselamatan bagi diri sendiri dan keluarga, kehilangan tali persaudaraan dengan orang-orang yang rapat mahupun hanya kenalan, dan celaan daripada orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, atau yang berkata percaya tapi sebenarnya tidak.
Pertemuan dengan mereka membawa pengalaman baru, dan antara e-mel mereka yang belum ditemukan dengan para pembaca sekalian adalah tujuh yang berikut, dikirim oleh lima pencinta Allah. Pertama ialah:
From: "Mohd Suffian"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat
Date: Tuesday, September 26, 2006 2:29 PMSalamun alaikum,
Semoga saudara dan keluarga dirahmati Allah.
Saya begitu teruja sekali menemui laman web e-bacaan dengan secara tidak sengaja dan saya menyokong tindakan saudara sepenuhnya. Di harap saudara dapat beri lagi input-input yang berguna kepada semua pembaca.
Untuk pengetahuan saudara, saya adalah bekas umat Negara Islam Indonesia yang mana saya pernah beri peringatan tentang kata-kata Allah walaupun bermacam rintangan saya lalui hingga hampir mengancam keselamatan saya sekeluarga. Atas desakan kaum keluarga termasuk keluarga mertua yang sememangnya tidak mahu faham al quran (mereka mengikut ajaran nenek moyang) saya tewas lantas ambil keputusan untuk tinggalkan 'Negara' saya. Dan langsung tidak ambil bahagian dalam program-program 'Negara' walaupun saya adalah salah seorang pemimpin Zon Tengah yang meliputi negeri Selangor, Negari Sembilan dan Melaka dan akhirnya saya dilupakan dan diisytiharkan 'kaslan'. Jawatan saya ketika itu adalah Rakib untuk pimpinan Zon Tengah iaitu lapisan kedua bagai Jemaah Malaysia.
Lantas saya kembali kepada anutan Islam sekarang (ASWJ) walaupun hati saya teramat berat. Kembalinya saya kepangkuan masyarakat (ASWJ) mengembirakan hati keluarga saya termasuklah keluarga mertua. Ibarat saya sudah kembali ke pangkal jalan yang mana selama ini saya di cop sebagai sesat, gila dan macam macam lagi. Segala puji bagi Allah kerana isteri saya amat memahami kerana beliau juga pernah bersama-sama dalam misi menegakkan Daulah Islamiah.
Saya rasa tidak perlulah saya menulis panjang lebar tentang diri saya. Kini saya dan isteri sering melawati laman web e-bacaan berjam-jam lamanya dan kami akan buat ulangkaji dengan apa yang kami tahu sebelumnya semasa di dalam NII yang mana misinya sama iaitu Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat.
Sekian.
Salam.
Mohd Suffian.
Pengalaman saudara di atas mengingatkan kami kepada dua peringatan Allah bermaksud,
"Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya (yang sampaikan ayat-ayat-Nya), walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka." (58:22)
"Katakanlah, 'Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.'" (9:24)
Walaupun sudah kembali kepada segala yang meninggalkannya, demi kesejahteraan, saudara di atas, tetap mencintai Allah dengan lebih, dan berjuang di jalan-Nya.
E-mel kedua untuk tontonan pembaca adalah:
From: "Andi Sahbudin"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Salam
Date: Wednesday, September 27, 2006 6:00 PMSalamun Alaikum…
Saya sering perintah agama semenjak berumur 10 tahun (sebelum ini memang rajin) kerana saya merasakan ada sesuatu bermain di fikirkan.
Saya sering berdoa kepada ALLAH supaya menunjukkan jalanNYA yang benar sehingga saya terbaca satu artikel kalau tak silap saya tajuknya ada menyebut ‘Syurga Firdaus’.
Walaupun mula terasa terhina oleh artikel tersebut tetapi kebenarannya tetap ada. Persoalan yang bermain difikiran adalah “Kalau ALLAH ajar untuk membersihkan 4 anggota apabila berwuduk, mengapa pula nabi buat 8? Siapa yang mengikut ajaran ALLAH?”
Saya Cuma masih keliru dengan orang-orang sekeliling jika saya mengikut Ajaran ALLAH yang sebenar ini orang ramai akan melebelkan murtad, sesat dan sebagainya.
Banyak lagi sebetulnya yang hendak dikongsikan Cuma saya ingin bertanya apakah yang harus dilakukan oleh Umat Islam mengikut Ajaran ALLAH yang sebenarnya (ALQURAN).
Andi rasa terhina ketika pertama kali membaca hujah yang berdasarkan ayat-ayat Allah, tetapi setelah akal tenggelamkan perasaan, timbul pula rasa kebenaran terhadapnya. Beliau kemudian rasa keliru kerana jika beliau ikut ajaran Allah, beliau akan dilabel dengan nama murtad, sesat dan sebagainya, oleh orang-orang tertentu.
Atas pertanyaan apa yang harus dilakukan oleh orang-orang yang mengimani al-Qur'an maka jawapannya sudah diberi oleh Allah, iaitu merendahkan diri terhadap orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah, keras terhadap yang tidak percaya, berjuang di jalan-Nya, tidak berpatah balik atau jadi murtad, dan tidak takut akan celaan orang-orang yang mencela. Firman-Nya,
"Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada siapa Dia hendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui." (5:54)
Apa yang dilakukan oleh orang-orang yang mencintai Allah itu merupakan pemberian daripada-Nya.
Seorang lagi saudara dari negara jiran yang e-melnya ingin dipamerkan di sini mengguna nama samaran seperti berikut:
From: "graha mobilindo"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: salam
Date: Tuesday, August 22, 2006 2:09 PMsalam,
wahai saudaraku... kita adalah saudara seiman yaitu sama2 mengimani Alquran saja. kebetulan saya dari Indonesia.
setelah melihat web anda ini adalah sebuah kebenaran yang dimuat didalam Alquran, saya pun telah lakukan dakwah ini ke beberapa bagian daerah di Indonesia, cuma kami banyak sekali menemui kendala2 yang menghambat, wahai saudarakku seiman, bagaimana kalau kita bisa bertemu untuk membahas prihal bagaimana menyadarkan umat dengan membaca dan mengimani Alquran dengan benar, dan jadi satu-satunya pedoman bagi umat manusia dan tidak ada rujukan-rujukan lainnya (hadis-hadis nabi). Perjuangan kami saat ini hanya beberapa orang saja dan itu tersebar di beberapa bumi indonesia. dan anda sudah perhatikan bagaimana bumi Aceh darusalam sudah diperlihatkan atas peringatannya dan begitu dengan kota2 lainnya.. saya mohon atas perhatiannya
saya tunggu balasanya
Salam,
Berdakwah atau berjihad menyebarkan ayat-ayat-Nya seolah jadi pakaian lazim bagi orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat al-Qur'an. Lagi, mereka didapati tidak takut.
Saudara bertanya bagaimana menyedarkan umat untuk menjadikan al-Qur'an sebagai satu-satunya pedoman. Lantas dipilih beberapa buah ayat untuk menjawab. Pertama berbunyi,
"Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. ..... Dan jika kamu membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang kamu ditimpa, dan sesungguhnya jika kamu sabar, ia yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar." (16:125-126)
Kepada orang-orang yang mengaku percaya tetapi sebenarnya tidak percaya (munafik) seruan ke atas mereka menjadi sia-sia. Oleh itu, Allah menyuruh supaya berpaling daripada mereka, dan katakan kepada mereka seperti yang diajar Tuhan berbunyi,
"Mereka (munafik) itulah orang-orang yang Allah tahu apa yang di dalam hati mereka. Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkanlah mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka." (4:63)
Dan, pendekatan yang diguna oleh Nabi Nuh dalam menyedarkan umat harus dijadikan teladan jua. Pendekatannya dijelaskan di dalam ayat-ayat berikut:
"Berkata (Nuh), 'Wahai Pemeliharaku, aku telah seru kaumku malam dan siang, Tetapi seruanku hanya menambahkan mereka dalam pelarian. Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya Engkau ampunkan mereka, mereka letak jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombong, sesombong-sombongnya. Kemudian sesungguhnya, aku menyeru mereka dengan terang-terang, Kemudian sesungguhnya, aku berbicara secara terbuka kepada mereka, dan aku berbicara kepada mereka secara rahsia,'" (71:5-9)
Misi baginda tidak begitu berjaya, namun pendekatannya masih boleh dipakai.
Giliran seorang saudara dari Thailand pula untuk ditemukan dengan para pembaca. Beliau terserempak dengan laman web ini pada bulan Ramadan tahun lepas (September 2006). Beberapa bulan kemudian, setelah berutus beberapa e-mel dengan kami, beliau bergiat cergas dengan membukukan beberapa buah artikel yang terbit di laman web untuk disebar dengan percuma. Selepas itu beliau menulis e-mel di bawah:
From: "mahyosof Haji"
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: maaf banyak tanya ...
Date: Wednesday, March 21, 2007 1:31 PMSalamun alaikum …
Tuan pengurus laman yang saya hurmati ..
Setelah buku saya yang mana saya kutip di laman tuan dan jawapan email tuan kepada saya , telah selesai .Maka ada yang terima ajaran quran itu dan ada yang masih ragu-2 , dan yang masih ragu-2 itu tanya kepada tuan guru agama yang berpengaruh disini , tengan buku ajaran quran itu , beliau berkata “masaalah buku itu , hanya yang dapat penyelesainnya iyalah cola raj manteri ( cola raj manteri iyalah ketua agama islam yang terbesar di thailand ) di kota bengkok yang dapat beri keputusannya . karena kita”, kata tuan guru itu “kita tidak ada kuasa untuk nak beri keputusannya atau handak buat hukumannya terhadapnya ”..
Jadi saolah-2 saya yang membukukan ajaran quran dari laman tuan itu adalah salah yang amat besar di sisi agama islam disini , walaupun pemrentah Thailand beri kebebasan beragama asal saja agama itu tidak pelanpau .. .. gini saya jadi bengong …
Saya harap tuan beri sedikit pandangan terhadap saya yang membukukan buku itu …
pada hal buku itu saya tidak berjuan handak jual di pasaran , coma kalau sesiapa yang mau buku itu , hanya mareka boleh di bukukan sendiri , karena saya buat buku itu bukan tujuan saya handak berniaga hanya handak beramal menurut ajaran quran saja untuk sekeluarga saya dan kawan-2 saya yang setujuinya, itu saja tidak ada maksud yang lain . kalau tidak di bukukan ajaran quran di laman tuan itu , memang susah juga saya dan keluarga saya dan kawan-2 saya yang setuju ajaran quran itu handak beramal dengannya , kalau tidak , terpaksalah saya buka internet hari-2 .sekian terimakasih
Thailand
Beberapa jam kemudian beliau menulis lagi,
From: "mahyosof Haji" <mahyosof@yahoo.com>
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Saya salah sangka ....
Date: Wednesday, March 21, 2007 9:12 PMSalamun alaikum ….
Sambungan email siang tadi .
Saya salah sangka , dulu saya sangka bahwa orang-2 yang menghalangi ikut ajaran quran sebagaimana yang tersebut dalam ayat quran 41:26 itu dituju kepada orng-2 kafir saja . .
( sebenarnya saya dapat tahu ayat itu di laman tuan yang berjudol quran untuk orang-2 islam dan jodul quran untuk orang-2 islam ini sudahpun saya dijadikan buku untuk bacaan saya sekeluarga dan juga kawan-2 saya disini . )Tapi rupa-2nya orang-2 islam itu sendiri menghalanginnya …kini saya jadi bengung siapakah orang-2 yang dimaksudkan oleh ayat quran itu ???
Saya harap tuan dapat masukan email saya yang ini dan yang siang tadi , dan juga pandangan tuan terhadat email saya itu , sepaya orang-2 islam lain dapat tahu rintihan hati saya ini terhadap orang-2 islam di daerah saya , dan boleh juga tuan siarkan serta alamat email saya .
Salam
Thailand
Antara nasihat kami adalah lebih baik beliau tidak menggunakan nama kami atau sesiapa jua tetapi hanya nama Allah dan ayat-ayat-Nya dalam sebaran, dan kalau boleh, tidak menyentuh hal ibadah seperti solat, zakat, dan sebagainya kerana amat sensitif. Juga, tujuan utama adalah memujuk orang ramai supaya membaca, memahami dan ikut ajaran al-Qur'an. Beliau turut dinasihatkan agar berwaspada.
Ini jawapan beliau:
From: "mahyosof Haji"
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: maaf banyak tanya ...
Date: Tuesday, April 10, 2007 12:19 PMsalamun alaikum ...
terima kasih atas nasihat dan jawapan tuan itu ...
memang bernar kalau bicara tentang sholat ini sinsitif sekali pada yang lain ..tetapi oleh kerana saya tinggal berhampiran masjid dan saya tak pernah tinggal sholat jumaat , dan tiba-2 saya tidak bersholat jumaat itu , lalu kawan-2 bertanya mengapa ? maka saya beri jawapan dan alasan-2 menurut keterang-2 di laman tuan itu saja dan bagitu juga tentang waktu-2 sholat , tata cara sholat menurut quran dll ...
dan terpaksalah saya tuliskan keterangan-2 di laman tuan itu dengan tulisan hurup jawi untuk dijadikan buku sebagai bukti bahwa ada keterangan-2 tata cara sholat menurut quran .
dan apabila telah selesai buku yang pertama memang banyak kata-2 bakian terhadap diri saya ,, dan apabila telah selesai buku saya yang kedua yang baik sedikit , yaitu susunan bermula dengan sholat menurut quran , sholat dan kejahatan sholat tahjud , zakat dan zakat pithrah , puasa , i'tikaf , qurban , agigah dan azan telinga bayi , haji dan najis , maka kawan-2 saya yang berkelulusan sarjana di madinah , riak , mesir dan pakistan itu muai reda sikit , keran apa-2 soalan yang ditimbul oleh mareka saya dapat beri jawapan kesemuanya dengan seperna , tapi sebaliknya , soalan-2 saya pula mereka tidak dapat beri jawapan yang jelas . contuh solaannya .
mana dulu , nabi naik kelangit untuk menerima sholat lima waktu dengan nabi menerima quran ?
mengapa orang-2 islam percaya quran , dan membacanya saja mareka percaya dapat pahla, tetapi kalau beramal menurut quran pula kafir ?
apakah ada hadis nabi yang sebenarnya selain quran ??
apakah hadis bukhari dll itu di sahkan oleh nabi sendiri ?
adakah ada hadis nabi yang mengajar shahabat-2nya tentang tata cara sholat bermula dari takbir sampai salam seperti mana guru-2 agama mangajar sekarang ??dan lain-2 soalan saya yang kemuaka terhapat mareka , mareka tak dapat beri jawapan dengan jelas . akhir mareka pun beritahu kepada pengikut-2nya , bahwa saya adalah dajal di akhir zaman .
maka dengan kata-2 ustaz itu maka pengikut-2 ustaz itu pun mulai coriga atas kebenaran ajaran-2 ustaz-2 selama ini . dan kini ustaz-2 itu pun mulai reda sekit mengakan apa-2 terhadap saya .
dan saya pun mulai berasa aman bergaul dengan mareka , karena sudah adapun pengikut mareka percaya terhapap saya kerana apa yang saya sampaikan itu ada buki di dalam quran ...
ustaz-2 yang saya ceritakan itu adalah ustaz-2 yang mengajar di sekolah agama dikampung , dibuka darjah satu hingga darjah sepuluh ..di sini sebut sekolah anak perinja .
sekian cerita tentan diri saya di kampung saya dengan cara tergasa-2
salam
sf
Pengalamannya sungguh menarik. Boleh jadi teladan. Beliau tidak rasa begitu tertekan walaupun setelah dipanggil Dajal akhir zaman. Penerimaan seruannya memuaskan. Syabas! Semoga beliau, keluarga beliau, dan kawan-kawan yang sama-sama mencintai Allah dengan lebih cinta sentiasa dilindungi Allah.
E-mel terakhir adalah daripada seorang wanita yang ketika menulis sedang menuntut di seberang laut. Begini kandungannya:
From: "aida ismail"
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: salam
Date: Monday, April 03, 2006 6:43 PMSalam,
Minta maaf saya tidak ada pertanyaan cuma pendapat sejak ikut laman saudara. Rata-rata saya rasa dimerdekakan apa yang saya ragui sejak saya mula berfikir tentang agama. Peluang yang saya dapat belajar keluar negeri dan bercampur dengan bangsa-bangsa lain lagi buatkan saya ragu dengan apa yang saya belajar sejak kecil walaupun saya yakin apa yang saya anuti. Alhamdullillah sekarang saya nampak Islam dengan kacamata yang lain dan tidaklah saya malu untuk menerangkan ke bangsa-bangsa lain. Cuma saya dapati umat Islam seluruh dunia makin jauh lari ketempat yang semakin dalam. Semakin susah pula saya mahu mendekati mereka kerana saya rimas dengan pendapat2 mereka dan mereka pula melihat saya janggal. Adakah akan selamanya begini. Mungkin pengurus laman ada jawapan untuk saya.
Aida
Setelah mengenali ayat-ayat Allah, dan tidak ragu-ragu lagi dalam agama, Aida tidak rasa malu bercakap mengenai Islam dengan kenalan-kenalan pelbagai bangsa.
Sementara dengan orang-orang Islam pula beliau dapati susah untuk didekati kerana pendapat-pendapat dan pandangan janggal mereka terhadap beliau.
"Adakah akan selamanya begini" tanya beliau. Pada hemat kami, oleh kerana kebanyakan manusia tidak akan percaya kepada ayat-ayat Allah maka selama-lamanyalah keadaan begini berada. Tapi, bilangannya akan berkurangan kerana suatu janji daripada Allah berbunyi,
"Apabila datang pertolongan Allah, dan kemenangan, Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan," (110:1-2)
Beliau juga menyebut mengenai rasa rimas. Perasaan tersebut, atau benci, turut dialami orang lain. Itu adalah kerana cinta pada keimanan yang dianugerahkan Allah. Cinta itu nampak indah di hati. Demikianlah menurut ketentuan Allah berbunyi,
"Allah jadikan cinta pada keimanan kepada kamu, nampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia jadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras." (49:7)
Selanjutnya, orang-orang yang berfikiran waras akan berjuang untuk menyebarkan ayat-ayat Allah. Dan mereka sabar kerana Nabi sendiri tidak dapat beri petunjuk kepada orang-orang yang dicintainya. Allah menjelaskan,
"Kamu (Muhammad) tidak dapat beri petunjuk kepada siapa yang kamu cintai, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk." (28:56)
Hanya Allah, yang dicintai lebih daripada yang lain, beri petunjuk! Maka berpegangteguhlah pada Allah, dan menuluskan agama untuk-Nya.
Terima kasih, terutama kepada pengirim-pengirim e-mel yang ditampilkan kali ini.
2.5.07
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman