Amin
From: kaisar
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Perkataan Amin dihujung al-ikhlas
Date: Saturday, February 11, 2006 1:45 PMSalamun alaikum...
Tuan, saya telah jadi org yang percaya sejak tahun 1997 iaitu selepas membaca buku tulisan Dr. Kassim Ahmad - Hadis Satu Penilaian Semula. Namun setelah diharamkan, saya mencari lagi mana2 sumber yang boleh menambah ilmu, walaupun saya yakin bahawa Allah lah yang mengajar ayat2 Nya. Akhirnya saya menerima kata-kataNya bahawa terlalu sedikit yang membaca ayat-ayat Ku. Namun setelah terjumpa laman ini 3 hari yang lalu, saya rasa bersyukur bahawa saya telah bertemu dengan sekelompok umat yang percaya sama seperti saya. Segala puji bagi Allah. Dan terima kasih kepada tuan dan semua pembaca yang menyokong laman ini. Terima kasih.
Di sini saya ingin bertanya sedikit kemusykilan mengenai perkataan amin di penghujung al-ikhlas dan kebanyakan doa typical masyarakat melayu kita. Sepengetahuan saya (sila betulkan tuan, sekiranya salah) perkataan amin ini adalah ajaran penganut yahudi dan nasrani yang biasanya menyebut amen pada setiap doa mereka. Malah dalam bacaan sekalipun (maaf sekiranya saya tidak terjumpa) tidak terdapat pula perkataan amin ini.
Oleh itu tuan, saya memohon agar dimenjelaskan kemusykilan ini dan sekiranya saya silap dalam mengutarakan soalan dan bahasa mohon dimaafkan. Saya sentiasa menyokong dan berharap laman ini terus kekal dan jadi panduan utama umat Islam di seluruh dunia, dengan izin Nya jua.
Terima kasih, alhamdullillah.
Kamarul
Salamun alaikum,
Terima kasih saudara Kamarul. Alhamdulillah. Semoga saudara tabah menghadapi ujian daripada Allah yang pasti datang. Firman Allah,
"Adakah manusia sangka mereka akan dibiarkan untuk berkata, 'Kami percaya', dan tidak akan diuji?" (29:2)
Mengenai perkataan 'Amin' dan penggunaannya seperti yang disebut di atas, ia tidak disyariatkan Allah di dalam Kitab-Nya, al-Qur'an. Akan tetapi di dalam Bible ada. Begini bunyinya,
"Lalu Ezra memuji Tuhan, Allah yang maha besar, dan semua orang menyambut dengan, "Amin, Amin!" (Nehemia 8:7)
Untuk mengetahui siapa Ezra, atau Uzair (mengikut al-Qur'an), sila rujuk artikel "Hanya al-Qur'an untuk Islam?" di bawah tajuk kecil "Ezra". Terima kasih.
Jangan pula ada pihak mengatakan kerana kita disuruh Allah supaya percayai kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an maka kita dibolehkan ikut segala ajaran Bible. Pada hemat kami, tidak boleh. Hanya yang serupa dengan ajaran al-Qur'an sahaja boleh. Kerana antara sebab-sebab al-Qur'an diturunkan adalah untuk mengesahkan kitab-kitab sebelumnya di samping mengawal mereka. Firman Tuhan,
"Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya." (5:48)
Oleh sebab ia tidak disyariatkan di dalam al-Qur'an, iaitu kitab yang mengawal kandungan kitab-kitab sebelumnya, maka adalah wajar untuk tidak memakai 'Amin' seperti yang dipakai dewasa ini.
Tambahan pula, kitab Bible didapati sukar untuk dibuktikan datang dari sisi Allah.
12 Feb 2006
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman