Tunduk Bersama Orang Tunduk
 
 
 
From: "jolobu nogori" <aljolobu@yahoo.com.my>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Rukuk lah bersama orang yang rokok.
Date: Sunday, January 15, 2006 3:40 PM
 
 
2:43. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.
 
Ayat diatas mewajibkan manusia untuk melakukan solat dan berikan solat. Jika 2 perkara yang awal ia itu solat dan zakat adalah wajib maka tunduk bersama orang yang tunduk juga adalah wajib. Di sebut "tunduk bersama orang-orang yang tunduk"  Jika kita tidak tunduk bersama maka itu adalah engkar kepada Allah. Kita tidak boleh tunduk sendirian. Jika Allah maksudkan boleh tunduk sendirian maka Dia akan kata tunduk lah.
 
Cammana tu?
Ada kah ayat Allah yang menyatakan kita boleh tunduk sendirian. Bagaimana untuk tunduk bersama orang yang tunduk?
 
Salamun alaikum,
 
Kelihatan penulis di atas menuduh kami atas sesuatu yang kami tidak buat. Kami tidak pernah menyuruh orang lain supaya tidak tunduk bersama orang-orang yang tunduk.
 
Sebaliknya, kami nampak hanya dia dan orang-orang seperti dia sahaja yang tidak mahu tunduk bersama orang-orang yang tunduk kepada perintah Allah, misalan cara beri salam hormat. Dia tidak mahu tunduk seperti orang-orang yang tunduk lalu tidak beri salam hormat seperti orang-orang yang tunduk kepada perintah Tuhan beri salam berbunyi Salamun alaikum.
 
Atau dia bermaksud tunduk di situ seperti rukuk atau rokok (sila lihat Subject di atas) yang dilakukan dalam solat. Kalau begitu dia buat satu kecuaian yang ketara, kerana di dalam ayat yang dipetiknya terdapat tiga arahan yang berlainan iaitu:

1. solat
2. zakat, dan
3. tunduk.

Mungkin dia menganggap tunduk (perintah ke-3) berkaitan dengan solat (perintah pertama), sementara perintah ke-2 pula tidak. Begitukah cara Allah ajar bahasa Arab?
 
Kalaulah dia bukan seorang yang suka lakukan sesuatu dengan cara membabi buta tentu dia akan turut mengkaji perkataan tunduk seperti diguna oleh Allah di dalam ayat-ayat al-Qur'an.
 
Dan tentu dia akan mengetahui bahawa tuduk bukan sahaja bermaksud tunduk dalam solat tetapi tunduk kepada ayat-ayat atau perintah-Nya jua.
 
Sila lihat ayat-ayat berikut yang mengandungi perkataan yang sama:

"Apabila dikatakan kepada mereka, 'Tunduklah kamu!', mereka tidak tunduk.
Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang dustakan!
Maka dengan hadis apakah sesudah ini (al-Qur'an) yang mereka akan percayai?" (77:48-50)

Pada hemat kami, perkataan 'tunduk' di dalam firman di atas tidak bermaksud tunduk atau rukuk dalam solat. Tunduk di situ bermaksud tunduk kepada al-Qur'an atau hadis Allah. Mereka yang tidak tunduk itu pula dikatakan mendustakan ayat-ayatnya.
 
Pun begitu, kami pertahankan hak pengirim e-mel bebas untuk buat sebarang andaian atas mana-mana ayat Allah, asal saja dia tidak menuduh orang lain dengan cara tidak wajar.
 
Sila lihat Kalimat tunduk di dalam al-Qur'an. Terima kasih.
 

21 Januari 2006
 
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman