Melontar itu Rukun Haji?
From: ramlan
To: "pengurus laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Adakah melontar merupakan rukun ibadah haji?
Date: Saturday, January 14, 2006 10:16 AMSalamunalaikum semoga tuan berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Saya hanya ingin bertanya ringkas sahaja walaupun pada mulanya saya ingin beri refleksi dan komen tentang amalan ibadah haji yang panjang lebar. Mungkin faktor masa buatkan saya tangguhkan dulu refleksi saya itu.
Pertanyaan saya pada kali ini ialah tentang ibadat haji yang dilakukan oleh kebanyakkan orang termasuklah yang telah dikerjakan oleh datuk dan nenek saya dahulu. Adakah perbuatan melontar ketiga-tiga jamrah itu termasuk di dalam ibadat sah haji. Selepas saya meneliti Ibadah Haji Mengikut Al-Quran di dalam Bacaan, hanya terdapat 15 perkara sahaja yang tercatat sebagai amalan dan tidak tercatat tentang amalan melontar? Kalau dilihat dari sejarah, amalan melontarlah yang banyak mengundang kemalangan jiwa di kalangan umat yang lakukannya. Mungkin tuan boleh beri pandangan.
Terima kasih.
RH
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Perkara yang dibangkitkan amat sensitif bagi sesetengah pihak, namun, dirasakan perlu diketengahkan buat renungan bersama.
Amalan melontar tidak disebut di dalam al-Qur'an. Maka ia tidak jadi rukun ibadah Haji dalam agama Allah. Dan seperti yang dinyatakan, amalan melontarlah yang banyak mengundang kemalangan jiwa di kalangan umat yang lakukannya. Tambahan lagi, mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kekerapannya agak kerap juga.
Manusia beri sebab mengapa ia berlaku seperti kelemahan dalam pengurusan, ketiadaan disiplin di kalangan para jemaah Haji, dan sebagainya.
Pada hemat kami, sebab-sebab tersebut mungkin jadi "helah" untuk Allah tunjukkan kemurkaan-Nya. Iaitu murka terhadap sesuatu yang dilakukan atas nama agama-Nya, yang Dia tidak anjur.
Allah amat murka terhadap orang-orang yang mensyariatkan sesuatu sebagai agama yang tidak disyariatkan-Nya. Dia terangkan mereka sebagai sekutu-sekutu. Firman Allah,
"Atau, adakah mereka punyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak izinkan?" (42:21)
Kemurkaan jadi jelas apabila Dia mengatakan dosa sekutukan-Nya tidak diampun. Ayat berikut jelaskannya:
"Allah tidak ampun apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki. Sesiapa sekutukan Allah, sungguh dia ada-adakan dosa besar." (4:48)
Mungkin kemalangan yang berlaku semasa melontar merupakan satu mesej yang nyata kepada seluruh umat Islam di dunia supaya tidak mengadakan sesuatu dalam agama di samping tidak mengingkari sebarang ajaran Allah. Sedang umat, pada zaman IT ini, mudah didatangi ajaran al-Qur'an melalui orang-orang yang begitu ramai yang membaca, menuruti dan menyebar ayat-ayat-Nya.
Lagipun, untuk menunjukkan penolakan terhadap syaitan dan ajakannya tidak payah melontar tetapi hanya dengan menuruti ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Kitab, yang sebelum membacanya harus berdoa seperti yang diajar:
"Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." (16:98)
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)
Maaf jika tersinggung. Terima kasih.
15 Januari 2006
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman