Suami tidak mahu percaya

 

From: ADING
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: suami masih akur sunah
Date: Tuesday, October 25, 2005 5:51 PM

Salamun alaikum

Semoga saudara sekeluarga dirahmati Allah.

Ini adalah kedua kalinya saya menulis. Alhamdulillah, saya menjalani Ramadhan mengikut seperti yang dianjurkan dalam al Quran. 

Di sini saya ingin meminta nasihat saudara, pertama-tama saya mulai dengan mengajak suami secara lembut untuk mendampingi al Quran dan mengikut unjuran yang tetap didalamnya. Malangnya fatwa TIDAK BOLEH MEMBACA QURAN TANPA BERGURU, JIKA TIDAK SYAITANLAH GURUNYA sebagai alasannya. Bila saya bacakan ayat-ayat al Quran dan diperbandingkan dengan koleksi hadis-hadis Bukhari. Langsung suami tidak mahu akur, tetap teguh pegangannya pada hadis yang disyariatkan sebagai sebahagian dari Islam hari ini. Suami mengatakan alim ulamak itulah ‘pewaris nabi’ dan kita tidak boleh menurut hukum sendiri (membaca al Quran tanpa merujuk seseorang yang arif) Saya tidak berputus asa dengan kemukakan pula ayat-ayat Allah yang menyatakan al Quran itu jelas difahami namun respon suami adalah zero. Suami tetap taksub dengan ulamak-ulamak Suami membalikkan pula tentang cerita Kamal Attartuk yang membelakangi ulama-ulama akibatnya mayatnya langsung tidak diterima bumi sehingga sekarang. 

Berbeza dengan saya, suami saya bukanlah seorang yang suka membaca (selain dari berkaitan hal ehwal semasa). Seperti katanya selalu, dia memang tidak suka membaca segala macam buku tetapi banyak mendengar. Dan inilah kesilapannya kerana suami tidak bekecenderungan membaca bacaan ilmiah. 

Suami hanya bersandarkan kepercayaan turun temurun dan segala sunah-sunah nabi yang telah berakar umbi dalam dirinya. Suami mempertikaikan kenyataan saya. Dikatakannya saya langsung tidak mampu menjelaskan dengan terang dan tegas dalam penyampaian berbanding pendakwah-pendakwah yeng berintonasi sempurana. Sebenarnya, situasi ini tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi dalam membicarakan tentang isu Islam (mengikut al Quran) suara saya bergetar tika membacakan ayat-ayatNya. Demi Allah! Saya sedikit pun tidak ragu-ragu terhadap al Quran namun saya beremosi. Saya merasakan hati saya berdebar-debar dan sebak. 

Akhirnya setelah beberapa kali mencuba mengajak suami kembali pada al Quran tidak berkesudahan dengan baik (hingga menegangkan urat saya dan suami). Saya berhenti. Saya berputus asa dengan sikap suami dan sekarang ini saya berusaha menanamkan al Quran dalam diri anak saya yang masih terlalu kecil (23 bulan). Setiap kali sebelum tidur saya akan membacakan al Quran, memperdengarkan semasa anak dalam tidur. Suami saya tidak pula membantah tindakan saya. Begitulah saya dan suami kini berbeza fahaman agama.


Salamun alaikum,

Pengalaman di atas dipanjangkan untuk renungan para pembaca. Ia merupakan satu daripada pelbagai cubaan yang dihadapi oleh orang-orang yang mencintai Allah. Seperti yang dihadapi oleh isteri Firaun.

Sebab-sebab mengapa suami tersebut tidak mahu percaya kepada ayat-ayat Allah, yang telah diterangkan dengan jelas di dalam e-mel di atas, adalah juga penyebab-penyebab bagi orang-orang lain yang turut tidak percaya.

Mungkin terlalu awal untuk buat kesimpulan. Mana tahu, suatu hari nanti, hati suami yang keras itu akan jadi seperti batu yang disebut di dalam ayat berikut:

"Kemudian hati kamu jadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat." (2:74)

Harap tidak berputus asa.


15 Disember 2005
 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman