Di Mana Silapnya
From: "ramlan"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Dah Lama Tak Menulis
Date: Monday, July 25, 2005 8:48 AM
Salamun alaikum SaudarakuSemoga diri saudara dan keluarga berada di dalam rahmat Allah
Saya menulis kali ini hanyalah untuk melaporkan kepada saudara tentang apa yang berlaku pada diri saya minggu lepas. Pertama seorang remaja Melayu ingin keluar dari Islam dan kini sedang berjinak2 dengan Gereja. Keputusannya 50-50. Sebab keluar ialah kekeliruannya untuk memahami Islam yang sebenar.
Remaja ini bukanlah dari kalangan keluarga yang bermasalah tetapi datang dari keluarga yang sederhana dan dipenuhi dengan kemesraan dan kasih sayang. Remaja ini juga mendakwa bahawa pegawai yang berada di Pejabat agama tidak langsung mahu membantunya dengan alasan sibuk dan meminta remaja ini mencari guru agama yang lain.
Benar dia mencari guru agama, tetapi dia dapat seorang guru agama kristian yang telah menjinakan hatinya. Insyallah saya sedang berusaha untuk menjinakkannya kembali dengan Islam yang paling asas yang diajarkan oleh Allah melalui wahyunya Al Quran.
Perkara kedua ialah, baru2 ini saya ada menulis kepada Mingguna Malaysia tentang pegangan dan kepercayaan saya terhadap Al Quran dan tulisan itu tersiar semalam. Tetapi pagi ini kotak e-mail saya dipenuhi oleh e-mail dari peminat. Ada yang mengkeji dan anda juga yang memuji. Tetapi biasalah mengeji lebih banyak dari memuji.
Tetapi ada seorang insan yang berkelulusan Azhar menulis kepada saya dengan cara berhikmah dan lembut. Dia menyatakan jika saya berpegang semata-mata kepada Al Quran maka amalan saya kurang lengkap. Dia juga mempertahankan Mazhab yang 4. Saya tertarik dengan tulisannya maka saya beri jawapan saya kepadanya. Jawapan saya itu ingin saya kongsikan dengan saudara. Semoga kita dapat faedah dari usaha kita untuk meletakkan Al Quran di tempat yang sepatutnya.
Terima kasih.
Salamun alaikum dan perkenalan kepada saudaraku AMM,
Saya ucapkan terima kasih kepada saudaraku kerana ambil masa untuk membaca dan membalas e-mail saya. Saya mohon maaf jika tulisan saya di dalam laman saudara Astora menganggu saudara.
Bukan saya tidak percaya kepada Mazhab yang 4 dan bukan tidak percaya kepada Hadith. Saya percaya kepada mereka dan saya hormat kepada mereka kerena mereka telah sedaya upaya cuba menyusun peraturan beribadah mengikut situasi dan suasana mereka. Kalaulah mereka boleh menyusun hukum, peraturan dan cara kita beribadah bolehkah agaknya kita juga menyusun mengikut kaedah kita dan cara kita sesuai dengan budaya dan zaman kita tetapi dengan syarat berpandukan kepada Al Quran.
Adakah kita ini terlalu 'rendah diri' sehinggakan untuk mengkaji Al Quran dan cara beribadah kita, kita serahkan kepada orang Parsi dan Arab sahaja. Tidak bolehkah kita menggunakan fikiran kita sendiri yang juga dianugerahkan oleh Allah untuk kita mencari kebenaran yang hakiki.
Salahkah kalau kita katakan bahawa Al Quran itu adalah wahyu Allah dan peraturan Allah yang hakiki dan apa juga sumber hukum kita hendaklah kita sandarkan kepada Al Quran tersebut yang diamanahkan kepada nabi untuk diajarkan kepada kita. Salahkah kalau kita kata Al Quran itu adalah untuk semua manusia. Bagaimanakah orang2 di Eropah sana dapat dijinakkan hati mereka kalau selain Al Quran mereka terpaksa membaca hadith yang banyak itu dan juga terpaksa memilih di antara 4 mazhab yang ada.
Saya juga pernah pergi ke negara2 Islam yang lain seperti Mesir, Iran, Yemen, Turki, Uzbek, China malah Mekah sekalipun, apabila saya melihat orang2 di sini bersembahyang maka timbul kekaguman di dalam diri saya. Di situlah saya melihat kebesaran Allah kerana dapat melihat pelbagai cara mereka lakukan ibadah solat. Walaupun pelbagai cara tetapi matlamatnya satu iaitu tunduk dan sujud kepada Allah yang satu.
Saya tidak akan terganggu sekiranya cara berlainan solat mereka ini di sebabkan tafsiran mereka terhadap Ayat Allah tetapi saya akan terganggu sekiranya kepelbagaian cara solat ini adalah disebabkan oleh berlainan Mazhab. (Saya percaya segaja Allah berikan fleksibiliti tentang cara kita beribadah kepadanya, mengikut kemampuan dan keikhlasan kita seperti apa yang terdapat di dalam Al Quran. Tuan fikir bagaimana, kalau saya kata Allah mungkin akan menerima solat subuh saya secara bersendirian sebanyak 6 rakaat dengan penuh kyusu dan ikhlas. Mungkin ada ustaz yang akan marah kepada saya, mana boleh, awak mesti bersembahyang 2 rakaat sahaja. tak sah sembahyang awak tadi. Kalau ini terjadi, siapa yang berkuasa agaknya, Allah atau ustaz?)
Saya rasa itu sahaja yang jadi tema dan topik saya dalam mengutarakan isu tentang AL Quran ini. Saya melihat kepada gejala yang berlaku kebelakangan ini. Orang Melayu yang beragama Islamlah yang paling banyak menimbulkan masalah sama ada masalah sosial atau masalah lainnya. Mengapa ini terjadi.
Adakah Islam ini terlalu sukar. Kalau sukar ia sangat bertentangan dengan jaminan Allah bahawa islam adalah mudah. Jadi di mana silapnya. Adakah Al Quran ini terlalu komplikated, susah nak difahami, kalau benar begitu maka telah bersalahan lagi dengan jaminan Allah bahawa Al Quran itu jelas.
Adakah agama yang kita anut ini telah dipesongkan oleh tangan2 yang kita tidak lihat maka kita merasakan agama Islam itu sendiri kebelakangan ini sudah semakin kurang popularnya yang buatkan orang lari tinggalkan agama ini. Adakah Islam yang kita pegang sekarang ini telah menyeleweng maka kita dapati bahawa tidak ada lagi kekuatan dan semangat orang Islam untuk berjihad di dalam pendidikan dan di dalam bidang2 lain yang boleh membawa kepada kemajuan kita. Inilah yang saya ingin lihat dan cari. Saya juga tidak mahu bermusuh dengan mana2 individu atau ulama, malah saya alu-alukan untuk mereka beri pandangan dan pendapat tetapi hendaklah dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Jangan maki hamun dan sumpah seranah kerana nabi sendiri melarang kaedah itu.
Saya juga pernah berbahas dengan rakan2 Kristian dan Buddha. Apabila saya tunjukkan Al Quran terjemahan Inggeris dan suruh mereka membacanya kebanyakkan mereka mengakui kekagumannya tetapi ramai di antara mereka bertanya mengapa mereka melihat dan merasakan cara dan budaya Islam itu sangat sukar dan takut untuk diikuti.
Malah pada masa ini pun saya sedang cuba memujuk seorang remaja Melayu kita yang telah keluar dari agama Islam dan setiap minggu akan menghadiri upacara gereja. Dia mendakwa bahawa orang kristian ada perasaan dan kasih sayang tidak seperti orang 'Melayu Islam' yang hanya tahu beri hukum sahaja. Dia juga pernah mendapatkan bantuan nasihat dari Pejabat Agama tetapi pegawai2 di pejabat agama tidak menunjukkan "Islam" yang sebenar kepada belia kita ini, maka dia hanyut jauh dan berjanji untuk mencari lebih ramai lagi kawan untuk bersama2 dengannya. Inilah yang paling saya takut, orang inilah yang perlu kita tarbiahkan. Kerana dia berjanji untuk mencari kawan2 yang lain untuk bersamanya.
Setakat itu dulu saudara semoga Allah beri kita kekuatan untuk mencari KeridhaanNya.
Terima Kasih.
Ramlan Hamzah
Salamun alaikum,
Terima kasih, terutama atas kesudian saudara Ramlan untuk hiasi laman web ini dengan warna-warna pengalaman peribadi yang kami percaya pasti akan jadi contoh serta teladan bagi semua yang ingin berjihad dengan al-Qur'an.
Kehadiran dan sumbangan beliau dapat dirasai oleh mereka yang sedang berjuang sambil berasa amat gembira atas peluang yang diberi kepadanya untuk menyebarkan ayat-ayat Tuhan. Tiada yang kami harapkan melainkan sukses baginya, dengan pertolongan Allah.
Sehubungan itu, diturunkan dua ayat untuk dijadikan renungan buat kita semua kali ini:
"Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (16:125)
"Jika Allah tolong kamu, tiada yang dapat kalahkan kamu, dan jika Dia abaikan kamu, maka siapakah pula yang dapat tolong kamu sesudah-Nya? Maka kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal (mempercayakan)." (3:160)
Terima kasih.
26 Julai 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman