Golongan yang Sedikit
From: notootaksub
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: 1.2 Billion umat Islam
Date: Thursday, June 09, 2005 5:38 PMSalamun alaikum,
Saudara, kali ini saya ingin beri pendapat saya tentang persoalan "who are we against 1.2 billion people?". Setengah-setengah daripada kita kadang-kadang begitu khuatir atau risau dengan mereka yang ramai. Mungkin pada fikiran mengikut mereka yang majoriti akan membawa kesyurga.
Saya berpendapat kenyataan tersebut tidak semesti betul kerana terdapat begitu banyak contoh ayat Tuhan yang beri peringatan kepada yang golongan yang ramai berkenaan golongan yang sedikit, Berikut adalah diantaranya:
2:83. Dan apabila Kami ambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan buat baik kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakan yang baik kepada manusia, dan lakukan solat, dan berikan zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu palingkan.
2:87. Dan kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian kamu bunuh?
2:88. Dan mereka berkata, "Hati kami tidak dikhatan." Tidak, tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang percayai.2:246. Tidakkah kamu renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah uji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak rasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang ceduk seceduk dengan tangannya." Tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang sangka akan temui Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah kalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", putarbalikkan lidah mereka dan mencela agama. Sekiranya mereka kata, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Perhatikan kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak percayai kecuali sedikit.
4:66. Tetapi, sekiranya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu", tentu mereka tidak akan lakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka lakukan seperti apa yang mereka ditegur, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk teguhkan mereka.
4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka siarkannya; tetapi jika mereka kembalikannya kepada Rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk selidikinya, tentu akan ketahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan ikut syaitan, kecuali sedikit.
Saya berharap contoh diatas dapat membuka fikiran minda kita iaitu jangan khuatir atau gelisah jika kita tergolong didalam yang sedikit itu.
Sekian. terima kasih.
Salamun alaikum,
Sebenarnya frasa "who are we against 1.2 billion people?" tidak diguna untuk menunjukkan perasaan "begitu khuatir atau risau dengan mereka yang ramai" seperti disebut. Lagipun, kita sedari kalau kita berada di kalangan golongan majoriti maka kita ada sesuatu yang harus dibimbangkan. Firman-Nya,
"Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan" (6:116), dan,
"Walaupun kamu sangat inginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (percayai)" (12:103).
11 Jun 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman