Keyakinan Terhadap Ayat Tuhan
From: notootaksub
To: "pengurus laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Yakinlah dengan ayat-ayat Allah bukan yang lain dari itu
Date: Thursday, June 09, 2005 6:24 PMSalamualaikum,
Berikut pula adalah pandangan saya terhadap keyakinan kita kepada ayat-ayat Tuhan (Al-Quran) iaitu yang bukan selain daripadanya.
Al Quran sebuah kitab yang sempurna sepatutnya jadi 'guide' untuk kita mengharungi ujian hidup ini sehingga lah hari yang dijanjikan itu, yang kekal abadi. Kitab ini diturunkan bukan untuk ulama sahaja, bukan untuk nabi sahaja tetapi untuk semua makhluk Tuhan. Apakah kita harus ambil yang lain sebagai 'guide' sedangkan segala-galanya telah pun dimenjelaskan dengan buktinya. Apakah mungkin ada kitab-kitab manusia ribuan tahun dahulu ceritakan bagaimana langit berdiri teguh tanpa tiang? Hanya kitab Tuhan sahaja yang beri peringatan sedemikian rupa. Cuba perhatikan sebahagian petikan ayat berikut mengenai keyakinan kita terhadap ayat-ayatNya:
2:118. Dan orang-orang yang tidak tahu berkata, "Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat (isyarat) tidak datang kepada kami?" Demikianlah berkata orang-orang sebelum mereka, seperti ucapan mereka ini; hati mereka serupa. Namun demikian, Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.
13:2. Allah ialah Dia yang naikkan langit tanpa tiang yang kamu dapat lihat, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga satu tempoh yang dinyatakan. Dia mengarah urusan; Dia jelaskan ayat-ayat supaya kamu yakin akan pertemuan dengan Pemelihara kamu.
27:13. Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini sihir yang nyata."
27:14. Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada ketinggian diri. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan!27:82. Apabila Ucapan jatuh kepada mereka, Kami keluarkan untuk mereka dari bumi, suatu haiwan yang berkata-kata kepada mereka - manusia tidak yakin akan ayat-ayat Kami.
32:12. Dan sekiranya kamu dapat lihat orang-orang yang berdosa menundukkan kepala mereka di hadapan Pemelihara mereka, "Wahai Pemelihara kami, kami telah lihat dan dengar; maka kembalikanlah kami supaya kami akan buat kerja-kerja baik kerana kami telah yakin."
32:24. Dan Kami lantik daripada kalangan mereka imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka sabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami.
45:4. Dan dalam ciptaan kamu dan apa-apa yang merayap yang Dia taburkan di merata-rata adalah ayat-ayat bagi kaum yang yakin,
51:20. Di bumi ada ayat-ayat bagi orang-orang yang yakin,
Jadi kepada mereka yang Yakin dengan Al Quran jangan lah gelisah dan gundah gulana kerana Tuhan telah pun ajar kita supaya sabar:
30:60. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar; dan janganlah orang-orang yang tidak yakin gelisahkan kamu.
Sama-samalah kita termenung dan fikirkan.
sekian. Terima kasih.
Salamun alaikum,
Terima kasih kepada saudara penulis surat di atas yang telah meluangkan masa untuk menulis dan selanjutnya berkongsi dapatannya dengan kita semua.
10 Jun 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman