Terharu
From: <abdman...........com.sg>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: salamun alaikum
Date: Tuesday, March 29, 2005 9:47 AMTuan
Terperanjat, Kagum, dan terharu , sekali bila saya melayari Bacaan, yang baru saja saya temui.
Terperanjat : Kerana "kebingungan" yang saya alami selama ini terjawap. Saya akui ,selama ini semua urusan Islam saya berpegang pada Mazhab Shafie." Kebingungan" yang saya maksud , bila terdapat berbagai Mazhab di Singapura ini selain Shafie , kita ade Hambali, Maliki , Hanafi ... dan ada juga fahaman lain saperti Muhamadiah , tareqah, Qadiani dll. Juga terdapat mereka mereka yang belajar secara " tertutup" ( maksud nya belajar dengan Guru Guru di rumah yang kita tak tahu apa fahaman yang mereka bawa )
Kebingungan , takut dll semakin bertambah , kerana selalu saya dengar Ustaz Ustaz berkata bahawa Rasullah pernah bersabda se belum wafat nya : Umat ku akan berpecah pada 72 puak , hanya satu yang di terima ia itu ahli sunnah waljamaah. Dan saya bertanya pada diri saya saya dalam gulungan yang mana?
Kagum : Kerana melihat , meneliti, membaca, menyemak dll segala hujjah , jawapan, tulisan di Bacaan benar benar berlandaskan AlQuran , yang selama ini saya "ketepikan" AlQuran kerana saya hanya berpandu kepada apa yang di sampaikan oleh Ustaz Ustaz disini melalui kuliah atau Syarahan di Masjid.
Terharu : Kerana setiap waktu dan hari saya doa / mohon pada Allah agar senantisa beri saya petunjuk jalan yang lurus,jalan yang Allah redhai, berkahi dan rahmati bukan jalan yang sesat. dan inilah yang Allah telah ketemukan saya dengan BACAAN.
Semoga perjuangan Tuan senantiasa dapat keberkahan , kerahmatan dan keredaan dari Allah , dengan harapan agar Tuan dapat pengtirafan dari Dunia Islam , lebeh dari Jakim , MUIS semua yang mahu petunjuk jalan yang lurus untuk membangunkan ISLAM TULEN dan ,SEJATI , dari Allah melalui kitab Al Quran Nya.
Thank you and Regards
Salamun alaikum, saudara.
Kami juga terharu apabila membaca kandungan e-mel saudara. Semoga kita semua berada dalam kesejahteraan kurniaan-Nya.
Thank you and Regards to you too.
30 Mac 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman