WTC 11/9 di dalam al-Qur'an?
From: "Irwan"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: WTC...11/9
Date: Thursday, September 02, 2004 1:35 PM
Salam,Saudara.. saya ingin bertanyakan pendapat saudara mengenai ayat-ayat ini. Adakah ia mempunyai kaitan dengan kejadian di WTC pada 11/9/2001 ?
Ini kerana ayat-ayat di bawah terkandung dalam Surah ke-9 & Juz ke 11. Bolehkah juga saudara memastikan adakah huruf terakhir dalam ayat ke 110 itu jika dikira dari awal adalah huruf ke 2001?
Dan adakah lagi ayat-ayat lain yang merujuk kepada peristiwa-peristiwa lain?
9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunannya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.
Terima kasih..
Salamun alaikum saudara Irwan,
Ayat-ayat tersebut adalah jenis muhkamat, iaitu yang jelas maksudnya. Bangunan-bangunan yang dimaksudkan di situ (9:109-110) adalah masjid-masjid yang Allah larang berdiri di dalamnya, selama-lamanya. Sila rujuk ayat 9:108, dan mula baca dari ayat sebelumnya. Terima kasih.
Dan, bangunan WTC adalah bukan masjid, atau tempat lakukan ibadah. Kami tidak pasti sama ada ia jadi keraguan di dalam hati orang-orang yang membinanya, seperti yang disebut di dalam ayat 110. Sebaliknya, kami sangka ia jadi suatu kebanggaan bagi mereka.
Maka, kejadian WTC 11/9 mula kami ragukan sebagai berada tersurat di dalam al-Qur'an.
Saudara yang menulis surat di atas selanjutnya meminta kami "memastikan adakah huruf terakhir dalam ayat ke 110 itu jika dikira dari awal adalah huruf ke 2001?" Permintaan itu sungguh berat. Maaf, kami tidak mampu memastikannya. Lagipun, mahu dikira dari mana? Dari awal surah 9, atau awal Juz 11?
Kalaupun huruf mim (di hujung ayat 110, surah 9) huruf ke-2001, maka tarikhnya menurut kiraan surah haruslah jadi 9/110/2001. Atau mengikut kiraan Juz, jadi 11/17/2001 (di mana 17 bermaksud ayat ke-17). Seperti yang sedia maklum, tidak ada tarikh yang ditulis seperti keduanya.
Juga tidak ada, adalah perkataan Juz di dalam al-Qur'an untuk menunjukkan bahagian-bahagian isi kandungannya. Juz adalah ciptaan orang zaman dahulu supaya mereka dapat membaca seluruh al-Qur'an dalam tempoh 30 hari (satu bulan), dengan membaca satu juz satu hari. Ada juga yang membahagikan kepada 7 juz untuk membacanya dalam tempoh seminggu.
Justeru, sekali lagi, 11/9 (juz 11, surah 9) tidak boleh kami terima sebagai terkandung di dalam al-Qur'an kerana perkataan juz tidak didapati di dalamnya.
Selanjutnya, kami tidak dapat menduga mengapa ayat-ayat muhkamat dijadikan mutasyabihat oleh sesetengah pihak. Apakah yang diperoleh dengan buat demikian? Bagi kami, perbuataan itu nampak seperti tidak kena, dan jadi satu lagi sebab, untuk tidak menerima dakwaan bahawa kejadian WTC 11/9 berkait dengan ayat-ayat al-Qur'an tersebut.
Menurut keterangan penulis surat di atas, yang ditulis dalam surat lain, dia menerima hasil kajian itu daripada beberapa orang rakan "lebih kurang 1 tahun lebih yang lalu..mereka dapatnya melalui program yang mereka ikut.." Dengan itu, kelihatan seperti hasil kajian telah diterima sebagai sahih.
Dan akhirnya, dia bertanyakan
"adakah lagi ayat-ayat lain yang merujuk kepada peristiwa-peristiwa lain?"
Kalau maksudnya ayat-ayat muhkamat dijadikan mutasyabihat, seperti WTC 11/9,
maka kami tidak tahu. Pun begitu, kerana dia agak berminat dengan bulan
September, kami turunkan di bawah senarai kejadian yang berlaku pada bulan
tersebut, dari tahun 1972 hingga 9 September yang lalu, yang terdapat di akhbar
hari ini:
The Star, 12 Sept 2004, muka 29
Demikianlah angkara para
teroris pada bulan 9, atau September, dalam tempoh tiga dekad yang lalu. Bolehkah tarikh-tarikh itu
dikaitkan dengan ayat-ayat surah at-Taubah, surah ke-9, kitab al-Qur'an?
Kesemuanya sama, iaitu dilakukan oleh teroris yang benci sesuatu pihak yang
dikatakan menindas sesetengah golongan. Mungkinkah kezaliman teroris tersebut,
yang mangsanya termasuk kanak-kanak dan orang-orang yang tidak berdosa,
disucikan Allah di dalam kitab-Nya, al-Qur'an, seperti Dia ceritakan mengenai
para Rasul-Nya pada zaman silam?
12
September 2004
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman