Tudung Kepala:
sebuah sandiwara (2)
From: "Ahmad Zahidi Ismail"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Date: Tuesday, September 07, 2004 1:48 PM
Salamun'alaikumSaya tertarik dengan e-mail <danish 15> pada 29Mei04 dan ulasan oleh <pengurus laman> pada 04Sep04 bertajuk Tudung Kepala: sebuah sandiwara. Di sini suka saya mengutarakan sedikit pendapat dari pengalaman saya dan keluarga saya sendiri.
Semasa saya mula kahwin, isteri saya tidak memakai tudung. Kemudian setelah dipengaruhi oleh ibu-bapa, masyarakat dan pendapat-pendapat ustaz-ustaz tradisional dan guru-guru pondok, saya berjaya memujuk isteri saya memakai tudung.
Setelah buat kajian sendiri dengan mendalam, saya sekarang yakin bahawa wajibnya memakai tudung bagi wanita tiada asasnya dari Al-Quran. Ianya tiada lain, hanya di petik dari hadith-hadith dan ianya juga berkaitan rapat dengan adab dan tradisi orang Arab.
Walau bagaimana pun, isteri saya masih memakai tudung. Kenapa ? Kerana ianya sudah jadi kebiasaan. Memakai tudung tidak salah, sama dengan kita memakai topi, tanjak, dsbnya. Yang salahnya ialah mengaitkannya dengan suruhan Allah. Kita bebas mamakai apa saja yang kita rasa selesa, bersesuaian dan bersederhana. Tetapi mengaitkan (tudung) dengan apa yang Allah tidak tetapkan adalah mendustai ayat-ayat Allah.
Anak perempuan saya yang berumur 14 tahun selalu di marahi ustazah sekolahnya kerana tidak memakai tudung. Untuk mengelakkan ketegangan sambil mengekalkan keharmonian, saya membenarkannya memakai tudung. Yang pentingnya saya pastikan pefahaman anak saya bahawa memakai tudung tiada kena mengena dengan Islam. Ianya dinggapkan sebagai pakaian seragam sekolah, sama dengan pakaian baju kurung dan kain warna biru. Tiada lebih daripada itu.
Kalau nak diikutkan, konsep pemakaian tudung pun berbeza-beza di kalangan ulama' tradisi. Ada yang berpendapat bahawa wanita mesti menutup seluruh badan kecuali dua biji mata (ala taliban). Ada yang mengatakan wanita kena tutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Dan ada yang mengatakan had muka tidak termasuk dagu (tidak boleh nampakkan dagu), dan berbagai-bagai lagi pemahaman. Walau apa pun, pendapat ini semua tiada disebutkan dalam Al-Quran. Ianya timbul dari terjemahan para pengkaji-pengkaji hadith yang tidak yakin kepada lengkapnya Al-Quran.
Sekiranya Allah hendakkan demikian, sudah tentu Allah akan menyebutkan perkara tersebut dengan jelas, tanpa keraguan dan kesamaran dalam Al-Quran.
Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami datangkan pengisian semula yang serupa dengan itu." (18:109)
Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (2:2)
Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas. (12:1)
Alif Lam Mim Ra. Inilah ayat-ayat Kitab; dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai (13:1)
Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat al-Kitab, dan al-Qur'an yang jelas (15:1)
Terdapat banyak lagi amalan-amalan harian yang dikaitkan dengan Islam, walaupun perkara-perkara tersebut tidak disebutkan dalam Al-Quran. Hendaklah kita kaji dengan mendalam dengan menggunakan Al-Quran sebagai sumber rujukan dan buatlah keputusan sendiri.
Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya. (17:36)
A zahidi
Salamun alaikum,
Demikianlah juga dengan kami. Kami memakai songkok dalam majlis berbudaya Melayu, seperti perkahwinan. Ada juga orang al-Qur'an yang menyindir dengan menyamakan kami dengan orang Sunni. Kami menyatakan bahawa kami Melayu. Sekiranya ada orang yang terlupa, maka kami ingatkan iaitu bangsa Melayu adalah ciptaan Tuhan. Oleh itu, kerana kami Melayu, dan bangsa Melayu dicipta oleh Tuhan, maka kami berbangga jadi orang Melayu!
Terima kasih saudara A zahidi.
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman