Tudung Kepala:
sebuah sandiwara
From: "danish15"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Syukur
Date: Saturday, May 29, 2004 1:57 AM
Assalamulaikum,
Saya adalah seorang hamba Allah yang bernasib baik dapat bertemu halaman web ini dan bersyukur dapat membaca pandangan saudara dalam kebanyakan isu agama terutamanya isu bertudung. Saya telah lama mencari kebenaran berkaitan pemakaian tudung ini selama beberapa tahun dan saya tidak sangka ada segelintir kecil hamba Allah seperti saudara dapat membuka jalan kepada manusia yang berpegang kepada Al-Quran semata-mata biarlah orang lain mengelarkan saudara Anti-Hadis yang penting niat suci Saudara-Saudari diberi pahala oleh Allah S.W.T.
Saya telah berkahwin dan menpunyai ibu mertua dari parti politik tertentu. Memaksa saya untuk bertudung dan saya bertudung hanya pada waktu ibu mertua saya datang sedangkan suami saya sendiri tidak mengalakkan saya betudung litup. Suami saya lebih selesa dengan penampilan tidak bertudung. Selama hampir 7 tahun berkahwin saya terpaksa bersandiwara dengan ibu mertua sedangkan suami saya berulang kali menyatakan dia tidak mahu saya bertudung. Saya menyatakan kepada ibu mertua saya berpeganglah kepada Al-Quran yang satu. dan katanya semua ayat Quran perlu dirujuk dan ditafsir. Dan pada pendapat saya terlalu banyak tafsiranlah yang menyebabkan umat Islam terkeliru dengan pelbagai isu yang melibatkan agama.Memang terfikir oleh kita Al-Quran dibuat pindaan sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Hanya orang yang menilai secara matang dan bertenang Insya Allah akan nampak jalannya.
Saya harap saudara boleh membalas e-mail saya.
Terima kasih banyak dan saya akan mengirimkan halaman ini untuk tatapan sahabat sahabat saya. Insya Allah.
T'sara
Salamun alaikum. Terima kasih. Semoga sentiasa berada dalam kebenaran.
Saudari datangkan secebis pengalaman yang elok dikongsi bersama terutamanya dengan kaum wanita yang tidak memakai tudung kepala. Isu tudung kepala sungguh sensitif, walaupun tanpa sebab.
Tidak dinafikan bahawa sesetengah wanita harus bersandiwara kerananya. Kerana takut dimarahi bos, takut dibuang kerja, dan ada pula yang takut didenda, dan sebagainya. Lalu perasaan takut dijadikan pakaian selanjutnya ke atas kaum wanita.
Sandiwara lakonan penulis e-mel di atas mungkin juga dilakonkan oleh wanita lain. Penulis lakukannya untuk hiburan ibu mertua. Apatah lagi jika ibu mertuanya jadi ahli sebuah parti politik yang dasarnya penuh dengan larangan dalam kehidupan bahagia.
Jangan pula sangka sandiwara seperti itu adalah lakonan orang munafik. Kerana dengannya, hubungan rapat terus terjalin, supaya peribadi mulia daripada ajaran al-Qur'an dapat diperlihatkan, dan ayat-ayat Tuhan dapat dibacakan kepadanya dengan tenang. Ayat-ayat Tuhan harus didedahkan kepadanya, sebab, kerana tidak didedahlah, lantas dia, atau orang lain, menerima ajaran agama yang bengkok, iaitu yang datang dari selain daripada Allah.
Sandiwara saudari untuk pendingin mata ibu mertua yang berpendirian menurut sebuah parti politik tertentu mengingatkan kita kepada seorang lelaki mukmin daripada keluarga Firaun, yang turut sembunyikan keimanannya. Oleh kerana Firaun seorang yang zalim maka lelaki tersebut terpaksa sembunyikan keimanannya. Namun, dia tidak sembunyikannya buat selama-lamanya. Suatu hari, dia bersuara, seperti yang diceritakan dalam ayat berikut:
"Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang sembunyikan keimanannya, 'Apa, adakah kamu akan bunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.'" (40:28)
Faktor-faktor yang menyebabkan lelaki itu akhirnya berani untuk bersuara adalah keyakinan yang mendalam terhadap kebenaran yang diterimanya, dan benci akan kezaliman yang bakal dilakukan oleh Firaun.
Seperti itu juga dengan saudari, dan suami, atau siapa saja, setelah membaca dan memahami kandungan al-Qur'an, percaya kepadanya, ikutinya, justeru miliki hujah-hujah yang mantap, kami yakin, selepas itu, saudari juga akan jadi seorang yang berani untuk menyuarakan yang benar. Dan akan diganjari pula dengan hidup tanpa ketakutan dan kesedihan selama-lamanya. Firman Allah,
"Sesiapa yang ikut petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:38)
Namun begitu, berhati-hatilah, kerana telah wujud segolongan manusia dalam masyarakat Melayu yang berfahaman agama berbau kezaliman.
Terima kasih. Semoga dapat berita selanjutnya daripada saudari dan suami.
4 September 2004
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman