Bingung
From: "zahida ninik"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: bingung
Date: Saturday, February 14, 2004 9:39 PM
Ass.wr.wb.
Mula2 saya tertarik membuka laman web ini, sebab dipromosikan di TVI.
dikarenakan saya ingin lebih tau sedikit sebanyak mengenai islam, maka serta merta saya membukanya. yg ingin saya tanya, kenapa ajaran yg diketengahkan di sini berbeda dg ajaran islam yg saya tau sedikit banyak pada umumnya.
saya harap saudara segara beri jawabannya...terimakasih..
Salam,
Terima kasih atas kesudian saudari menulis kepada kami.
E-mel di atas sudah dibalas secara peribadi. Kini dibawa ke laman web ini untuk tontonan umum kerana masalah yang dihadapi turut dialami oleh kebanyakan orang yang baru ditemukan dengan ajaran al-Qur'an.
Kebingungan itu, bagi kami, adalah suatu tanda baik. Kerana, sesetengah orang akan jadi seperti hilang akal, marah, dan terus menulis kepada kami dengan bahasa kasar. Seperti Kata Allah berbunyi,
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu kenali pada muka orang-orang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami." (22:72)
Ada juga yang mencarut, dengan tanpa sedari bahawa apa yang dicarutkan itu, adalah ajaran Tuhannya.
Akan tetapi, bagi orang yang dadanya terbuka luas untuk islam, lain pula reaksinya. Ada yang menangis, ada yang jatuh bersujud, dan ada pula yang kulit bergentar kerana rasa takut, apabila ayat-ayat Tuhan dibacakan kepada mereka. Demikianlah beberapa contoh reaksi mereka yang tersurat di dalam al-Qur'an. Ayat-ayat berikut jelaskannya:
"Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar." (5:83)
"Katakanlah, 'Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,'" (17:107)
"Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab (al-Qur'an) .......... dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk." (39:23)
Begitu perbezaan reaksi manusia apabila ayat-ayat Allah dibaca atau didatangkan kepada mereka! Dengannya dapat dikenali siapa yang menerima dan siapa yang menolak.
Dan akhir sekali, mengenai perbezaan yang saudari tanya, antara ajaran yang diketengahkan di laman web ini dengan ajaran Islam yang saudari tahu, adalah disebabkan oleh sumber rujukan yang tidak sama. Kitab yang dipegang, dan diimani, berbeza. Di sini al-Qur'an. Di sana kitab lain. Itu pokok perbezaannya.
Terima kasih.
Merdeka!
31 Ogos 2004
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman