Mengapa Hukuman Maksima?
From: "fad"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: hukuman
Date: Tuesday, June 22, 2004 11:53 PM
salamunalaykum,
perkenalkan diri saya, ali dari singapura, saya sangat kagum dengan lelaman saudara yang penuh informasi,
saya ada sedikit soalan, yakni mengenai hukum hudud;
mengapa hukuman yg ditetetapkan di dalam al-quran ( hukuman zina, curi, bunuh) diambil hanya sebagai hukuman maksima? mengapa hukumannya tidak dilakukan begitu sahaja?
bolehkah saudara jelaskan, saya tidak begitu faham
terima kasih
salam sejahtera,
saudara ali dari singapura
	
	 Salamun alaikum, dan terima kasih kerana sudi melayari laman web kami.
 Salamun alaikum, dan terima kasih kerana sudi melayari laman web kami. 
	
Hukum hudud nampak seperti jadi perkara terpenting di kalangan umat Islam. Di sana sini terdapat orang bertanya dan orang yang menjelaskan. Minat itu bagus.
Hudud bermaksud had-had, atau batas-batas. Maka Hudud Allah bermaksud had-had atau batas-batas yang ditetapkan Allah. Manusia dilarang melampauinya. Kerana itu, kami menganggap hukum hudud sebagai hukuman maksima.
Misalnya, seratus sebatan bagi penzina. Manusia tidak seharusnya tetapkan hukuman yang lebih berat daripada itu, seperti hukuman mati, dengan melontar batu, umpamanya.
Manusia harus memikir dan tetapkan hukuman daripada satu hingga ke seratus sebatan. Perkiraan harus berkisar di sekitar sebab-sebab berlaku zina, seperti zina untuk berseronok, untuk menyara hidup diri sendiri atau keluarga, atau untuk memuaskan nafsu buas dengan merogol kanak-kanak, atau anak dan cucu sendiri.
Seperti itu juga pertimbangan yang harus dilakukan ke atas memotong tangan bagi pencuri.
Pertimbangan diambil dengan semangat yang diberi Allah dalam ayat berbunyi,
"Dalam pembalasan (qisas) ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang empunya minda, supaya kamu bertakwa." (2:179)
Dalam hukum bunuh pun Tuhan menyuruh pertimbangkan supaya nyawa manusia dapat diselamatkan! Supaya tidak jadi seperti orang-orang yang tidak bertakwa, atau tidak takut kepada Tuhan, yang di dalam kepala mereka, tiada lain, melainkan bunuh, bunuh, dan bunuh! Tetapi mereka mengaku Islam, dan cuba sedaya upaya pula untuk melaksanakan fahaman mereka yang tidak berminda.
Terima kasih.
	
	Merdeka!
31 Ogos 2004
	Halaman Utama   
	Terkini   Perpustakaan  
	Artikel   Bacaan  
	
	E-Mail   
	Hiasan   
	Kalimat Pilihan
	Keratan Akhbar  
	Penemuan   
	Soalan Lazim  
	Sudut Pelajar   
		
		Senarai Penulis   English 
Articles
	 Tulis kepada Pengurus 
Laman
 
	Tulis kepada Pengurus 
Laman