Kumpulan ANTI-PINDAAN pada Al-Quran
dan Kaedah Bersatu Ummah

 

Kandungan surat di bawah sudah banyak dipadam. Namun, tujuan utama ia ditulis jelas kelihatan juga.

 

From: "khalid"
Subject: Kaedah Bersatu Ummah
Date: Monday, October 27, 2003 12:27 AM


Tuan,

<dipadam>

Kumpulan tuan harus dinamakan

' Kumpulan ANTI-PINDAAN pada Al-Quran '

Saya berharap tuan berhati-hati lah

supaya Melayu tidak berpeecah.

 

<dipadam>

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami untuk beri nasihat. Dan terima kasih juga atas cadangan bagi nama untuk kami yang begitu menarik.

Pun begitu, kami keberatan untuk menerima nama tersebut kerana kami tidak tergolong dalam satu kumpulan yang berketua, atau berpengerusi atau berpresident. Kami tidak akan jadi satu kumpulan untuk menambahkan lagi bilangan kumpulan yang banyak yang sedia ada dalam masyrakat Melayu.

Juga, dengan adanya nama bagi kumpulan kami, maka kami seolah berada dalam satu mazhab yang baru. Sebenarnya, kami tidak bermazhab, atau bergolongan dalam agama, lalu tidak bertanggungjawab atas perpecahan orang Melayu dalam agama.

Kami hanya sampaikan ayat-ayat al-Qur'an seperti yang telah dilakukan oleh Rasul pada zaman dahulu. Dengan itu, kami enggan bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa kami tidak mentaati Rasul. 

Sebaliknya, kami hairan mengapa orang-orang yang dakwa mentaati Rasul tidak pula sampaikan ayat-ayat Allah seperti yang dilakukan oleh Rasul yang ditaati dan dikasihi itu. Mengapa mereka tidak menurut teladan baik daripada Rasul? Mungkin inilah sebab mengapa orang Melayu tidak bersatu.

Semua orang percaya bahawa al-Qur'an mampu menyatukan ummah, atau orang Melayu. Justeru itu, kami datangkan ajaran salam hormat daripada al-Qur'an supaya orang Melayu bersalam hormat, saling menghormati, antara satu sama lain dengan lafaz kalimat-Nya Salamun alaikum, yang diberkati-Nya lagi baik.

Setelah orang Melayu tuduk patuh kepada satu ayat-Nya, maka Dia akan membuka ayat lain untuk ditundukpatuhkan. Dan seterusnya. Sehingga orang Melayu bersatu dalam agama, lalu layak dijadikan-Nya khalifah di muka bumi ini. Itu janji Allah. Semua orang tahu.

Tetapi kebanyakan orang Melayu .......


Ramadan 1424
Oktober 2003


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman