Sinar baru

 

From: "ramlan hamzah"
Subject: Sinar baru
Date: Monday, July 28, 2003 12:22 PM

assalamualaikum wbt,
saudara,

Saya sangat berminat untuk ikut tulisan dan kajian yang saudara jalankan terhadap wahyu Allah. Selama ini setelah 43 tahun umur saya saya dapati islam yang di bawa oleh tok-tok guru dahulu sangat sukar dan menyulitkan. Terlintas dihati saya, "manakah bahagian yang dikatakan islam itu mudah". Mustika 40 hadith itu pun saya tidak hafal bagaimana pula akan saya ikut suruhan yang terdapat di dalam hadith yang beribu banyaknya yang terdapat di dalam sahih bukhari dan muslim. Selepas saya terjumpa laman saudara dan beberapa laman yang lain seperti free-mind org, submitters org, 19 org, maka saya dapati islam itu lebih indah dan lebih mudah difahami. Mungkin bebrapa perkara yang masih lagi memerlukan kajian ialah tetang ibadah yang wajib seperti solat, puasa, haji dan seumpamanya perlu diberikan perincian dan lebih meyakinkan lagi. Saya berharap dan berdoa agar agama islam yang mudah, dan indah itu akan jadi pegangan seluruh umat dunia ini. Al Quran bukan hanya jadi perhiasan semata-mata tetapi ia akan jadi rujukan utama manusia sejagat.

 

Salamun alaikum saudara. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga kenyataan saudara yang terakhir jadi satu realiti pada suatu hari nanti, yang berbunyi,

Al Quran bukan hanya jadi perhiasan semata-mata tetapi ia akan jadi rujukan utama manusia sejagat.

Segala-galanya adalah dengan izin Allah. Kita, sebagai hamba-Nya, hanya mampu untuk berikthiar sahaja dan sabar atas segala dugaan yang menimpa.

 

Merdeka!
31 Ogos 2003


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman