RASUL ALLAH :
SATU SALAH FAHAM

Diterjemahkan daripada tulisan asal Damon Clark bertajuk “Messenger of GOD: The Great Conflict”

oleh Azahidi

 

Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul; kemudian, jika kamu berpaling, hanyalah kepadanya apa yang dibebankan kepadanya, dan kepada kamu apa yang dibebankan kepada kamu. Jika kamu taati dia, kamu akan dapat petunjuk. Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan YANG JELAS." (Al-Quran 24:54)

Tajuk tulisan ini adalah berasaskan kepada ayat Al-Quran di atas yang mana orang-orang Islam tradisi selalu terdorong untuk tonjolkan dan biasanya memahaminya diluar konteks. Ada beberapa ayat Al-Quran lagi yang menyebut perkara-perkara seumpama :

“dan taatlah Allah dan Rasul-Nya”

“Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya .. . .”

“orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya”, dan sebagainya

Sebahagian daripada permasaalahannya ialah, kadang-kadang orang-orang yang ikut “hanya Al-Quran” pun boleh buat kesilapan yang sama dengan orang-orang Islam tradisi. Poko masaalah itu ialah mengasingkan Al-Quran kepada masa dan tempat tertentu.

Banyak penganut Islam tradisi lakukan sedemikian dengan memahami ayat-ayat tersebut di luar konteks dan mengatakan kita mestilah mengikut cara, adat, tradisi dan kelakuan nabi yang hidup lebih 1,400 tahun dahulu.

Terdapat orang yang mengutarakan pendapat bahawa Rasul sudah tidak lagi bersama kita, dia telah selesai menjalankan tugasnya apabila dia sampaikan Al-Quran kepada manusia dan kita sekarang ada mesej Tuhan yang kekal sebagai petunjuk.

Walaupun itu adalah betul, kita masih tidak menuju kepada cara penghujahan yang betul bila kita buat hujah atau pembelaan secara demikian.

Al-Quran bukanlah statik. Ianya kekal dan ianya juga dinamik. Kita anggaplah ianya demikian dan kita hendaklah sampaikan kepada manusia dalam cara pemahaman yang sedemikian. InsyaAllah, akan diutarakan hujah-hujah kepada orang-orang Islam tradisi yang mengatakan wajib ikut hadith dan juga kepada mereka-mereka yang cuba membenarkan hadith dengan menyebut ayat Al-Quran “taati Allah dan taati Rasul-Nya”

RASUL MANAKAH YANG PERLU DI TAATI ?

Pertama sekali, kita perlu tanya “Rasul manakah yang perlu kita taati?”. Allah menyuruh kita taati Rasul, tetapi Allah tidak pernah tetapkan Rasul mana, sedangkan Allah boleh menetapkan. Nama Muhammad disebut dalam Al-Quran, tetapi tidak pula kita di suruh taati, ikut dan sokong “Allah dan Muhammad” secara langsung.

Ada ramai Rasul yang disebut nama dalam Al-Quran dan ada yang tidak disebut nama. Jadi Rasul manakah yang Allah suruh kita taati dan ikut. Isa juga Rasul Allah. Ada Musa dan saudaranya Harun. Kemudian ada Nuh, Ibrahim, Isyak, Ismail, Saleh, Hud, Lut dsbnya.

Jika ditanya kepada orang Islam tradisi Rasul mana yang harus di ikut, mereka sudah pasti akan menjawab Muhammad kerana kepadanya Al-Quran diturunkan. Itu adalah satu hujah yang lemah dan tiada penetapan dalam Al-Quran. Kenapa Muhammad sedangkan dalam Al-Quran :

Rasul percaya kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang  percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. "Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan." (2:285)

BAGAIMANA PULA DENGAN HADITH IBRAHIM ?

Orang-orang Islam tradisi mahukan kita memahami bahawa ayat 33:21 memerlukan kita ikut hadith.

“Kamu ada teladan yang baik pada Rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir, dan mengingati Allah dengan banyak.” (33:21)

Kalaulah ayat 33:21 memerlukan kita ikut hadith Muhammad, maka mengikut lojik yang sama, kita mesti juga ikut hadith Ibrahim, mengikut ayat 60:4

Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.” Melainkan apa yang Ibrahim ucapkan kepada bapanya, “Sungguh, aku akan minta ampun bagi kamu; tetapi aku tidak ada kuasa untuk melakukan sesuatu bagi kamu terhadap Allah.” “Wahai Pemelihara kami, kepada Engkau kami tawakal; kepada Engkau kami berkesesalan; kepada Engkau kepulangan (60:4)

Ayat tersebut jelas beritahu kita bahawa contoh dan teladan yang yang baik ada pada Ibrahim, sebagaimana juga pada ayat 33:21. Mengikut hujah Sunni, kita juga sepatutnya ikut hadith-hadith Ibrahim. Adakah terdapat hadith-hadith yang berkaitan dengan Ibrahim.

ADAKAH RASUL MASIH HIDUP ?

Orang-orang Islam tradisi bila bercakap tentang Nabi Muhammad, mereka bercakap seolah-olah Nabi Muhammad itu masih hidup. Mereka akan menyebut ungkapan “rujuk semua perkara kepada Allah dan Rasul-Nya”. Mereka juga menyebut nama Muhammad dalam doa-doa dan wirid-wirid seolah-olah Nabi Muhammad boleh mendengar mereka. Apabila mereka menyebut “sallallaahu alaihi wasallam” seolah-olah Nabi Muhammad berada dalam kalangan mereka.

Bagaimanakah kita boleh merujuk masaalah kita kepada Muhammad? Bagaimanakah kita boleh sokong, taat dan ikut dia?

Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin. (Al-Quran 2:278) Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan Rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi. (2:279)

Jelas boleh difaham kalau Allah memerangi kita, tetapi bagaimanakah Nabi Muhammad dapat memerangi kita sebab beliau telah wafat dan tak boleh lagi memerangi oranq-orang tidak percaya. Dengan percayai bahawa Muhammad masih boleh berperang pada zaman ini letak kemampuan dia lebih daripada manusia. Kepercayaan sedemikian di kalangan orang-orang Islam tradisi terhadap Muhammad samalah dengan kepercayaan orang-orang Kristian terhadap Jesus, yaitu mereka percaya bahawa Jesus masih hidup atau pun Jesus boleh nampak dan dengar kita.

Untuk membolehkan Rasul-Nya berperang terhadap manusia yang tidak percaya, Rasul itu mestilah masih hidup. Maka tidak mungkin ianya Muhammad.

RASUL DIUTUS KEPADA SETIAP UMAT

Setakat ini kita telah menyentuh kesilapan beza-bezakan diantara Rasul-Rasul dan ketidakupayaan Rasul yang sudah mati untuk menjadi ketua masa kini. Kita juga telah sangkal kesilapan orang-orang Islam Sunni yang ikut hadith Muhammad mengikut ayat 33:21 sedangkan hadith Ibrahim mengikut ayat 60:4 tidak diikuti.

Sekarang kita cuba memahami konsep Rasul dikalangan manusia.

“Tiap-tiap umat ada Rasulnya; kemudian apabila Rasul mereka datang, dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.” (Al-Quran 10:47)

Sesungguhnya Kami telah bangkitkan dalam tiap-tiap umat seorang Rasul, "Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut." Kemudian antara mereka ada yang Allah beri petunjuk, dan antara mereka wajar dengan kesesatan. Maka mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan. (Al-Quran 16:36)

Dua ayat Al-Quran di atas jelas menerangkan bahawa Allah utuskan Rasul kepada semua kaum. 16:36 jelas sekali menegaskan bahawa mesej yang dibawa oleh Rasul ialah "Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut."

Allah juga beritahu kita dalam ayat 14:4 bahawa Dia utuskan Rasul kepada manusia di kalangan mereka sendiri dan sampaikan dalam bahasa kaumnya.

Dan Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia menjelaskan kepada mereka; kemudian Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana. (Al-Quran 14:4)

Jadi bolehlah kita memahami bahawa Rasul yang perlu ditaati dan diikuti mestilah datang dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami supaya mesej Allah boleh dijelaskan.

Kalau nak diikutkan, bahasa pertuturan Arab pada zaman kurun ke-6 tidaklah sama dengan bahasa pertuturan Arab di Arab Saudi hari ini. Yang penting di sini ialah Rasul datang dalam bahasa kaumnya dan mesej Al-Quran itu sendiri yang penting, bukannya perkataan atau bahasa yang digunakan utuk sampaikan mesej.

Terdapat ramai orang diseluruh dunia yang tak tahu langsung bahasa Arab. Dan ada juga yang tak tahu menahu siapa Muhammad, tak pernah dengar tentang Al-Quran dan tidak tahu apa itu Islam. Adakah Allah akan menghukum mereka terhadap apa yang mereka tidak disampaikan.

Sesiapa dapat petunjuk, dia hanya dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak pikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami bangkitkan seorang Rasul (Al-Quran 17:15)

ADAKAH MUHAMMAD RASUL YANG MESTI DITAATI ?

Untuk menjawab soalan tersebut dengan tepat, kita mesti dulu memahami perbezaan diantara nabi dan Rasul. Kita mesti tentukan samaada Muhammad adalah nabi yang terakhir atau pun Rasul yang terakhir atau keduanya sekali.

Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku beri kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi." (Al-Quran 3:81)

Dalam memahami ayat di atas (3:81), ramai mungkin berpandangan bahawa Rasul mengesahkan apa diturunkan sebelumnya. Kalau begitu, apa pulak perlunya kepada Rasul-Rasul lagi.

Kalu kita perhatikan secara teliti, ayat tersebut tidak memaklumkan langsung tentang Rasul yang terakhir. Ayat tersebut memaklumkan bahawa seorang Rasul akan datang untuk buat pengesahan tentang kitab. Ianya tidak ada kena mengena dengan penamatan Rasul. Perkataan “musaddiqaan” dalam ayat tersebut datang dari perkataan “sadiq” yang membawa makna benarkan, sahkan, tentukan, beri kebenaran, dsbnya.

Dalam Al-Quran, perkataan yang sama (musaddiq) ada digunakan sama saperti dalam ayat 3:81. Berikut adalah beberapa contoh.

2:41. Dan percayalah kepada apa yang Aku turunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu, …

2:89. Apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa yang bersama mereka, …

2:91. …. sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, …

2:97. … dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."

Dan juga dalam ayat-ayat 3:3 , 5:48 , 35:31 , 46:12, 46:30

Ingat bahawa Allah berkata “akan datang kepada kamu seorang Rasul…” Tidak dikatakan “akan datang kepada kamu seorang Rasul YANG AKHIR…”

Jadi, persoalan pokok sekarang ialah: adakah kita akan didatangi oleh Rasul atau Rasul-Rasul lagi atau pun tiada lagi Rasul sebab Muhammad adalah Rasul yang terakhir ?

Pada pendapat saya, kita mungkin akan didatangi oleh Rasul-Rasul untuk terus mengingati manusia tentang hari kiamat.

Sebabnya:

Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu. (Al-Quran 33:40)

Dalam ayat tersebut (33:40) Allah menyebut Muhammad sebagai Rasul DAN penutup nabi-nabi. Allah merujukkan Muhammad sebagai keduanya dalam satu ayat dan gunakan perkataan DAN (“wa” dalam bahasa arab) menyarankan bahawa ada perbezaan diantara keduanya.

Allah tidak gunakan “atikel pasti” dalam ayat tersebut bila Dia merujuk Muhammad sebagai Rasul. Tetapi Allah gunakan atikel pasti bila Dia rujukkan Muhammad sebagai Khatim Il-nabiyyeen (penutup segala nabi-nabi). Dalam bahasa Arab, bila atikel pasti tidak digunakan berhubung dengan sesuatu perkataan, ianya membawa makna suatu daripada sesuatu (kitab membawa makna mana-mana buku sedangkan al-kitab ialah buku itu atau pun buku tersebut merujuk kepada buku yang khas)

Dalam ayat 33:40 Allah merujuk Muhammad sebagai dua situasi yang berlainan. Muhammad dipanggil Rasul (tanpa penggunaan atikel pasti “al”) dan dia juga dipanggil Khatim Il-nabiyyeen (penutup nabi-nabi). Atikel pasti digunakan di sini.

Ini beri hujah bahawa pengutusan nabi sudah ditamatkan dan bukanya Rasul. Tidak akan ada lagi nabi yang akan diutuskan. Tetapi ayat tersebut langsung tidak menyebut pasal pengakhiran Rasul/kerasulan.

AKAN DATANGKAH LAGI NABI ATAU RASUL ?

Saya berpendapat bahawa tamatnya pengutusan nabi (sebagaimana dalam ayat 33:40) bermakna tidak akan lagi kitab daripada Allah selepas Al-Quran. dan 5:3 adalah penting dalam pemahaman perkara ini. Dalam 5:3 Allah ada menyebut sesuatu berkenaan dengan nabi yang akhir dan ini beri rujukan penting kepada apa yang dimaksudkan dalam 33:40.

…. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku merelakan Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih. (Al-Quran 5:3)

Kalau Allah sudah sempurnakan agama kita, cukupkan rahmat-Nya kepada kita dan juga menutup kedatangan nabi, adakah kita masih perlu kepada Rasul? Kenapa Allah tidak tamatkan juga kedatangan Rasul/ kerasulan?

Sebabnya – keperluan kepada pemberi peringatan dan amaran akan sentiasa berterusan; peringatan dan amaran kepada manusia untuk tunduk patuh hanya kepada Allah dalam persiapan kepada hari penilaian. Rasul tidak perlu kepada kitab baru. Dia hanya beri peringatan dan amaran kepada manusia dengan kitab yang yang sudah di turunkan oleh Allah.

Hujah utama bahawa Allah tidak menamatkan kerasulan dan kemunculan Rasul ialah Allah tidak menyebut bahawa mesej Al-Quran tidak perlu lagi di sampaikan kepada manusia. Kita perlu hebahkan mesej kepada semua manusia pada setiap masa hinggalah kita ditamatkan hayat. Kalau kita mempromosi mesej untuk tunduk patuh hanya kepada Allah dengan ikhlas, dan mengajak manusia kepada Al-Quran, maka itu akan jadikan kita Rasul Allah.

JADI, SIAPAKAH RASUL YANG DIMAKSUDKAN ITU ?

Kalau Muhammad bukannya Rasul yang sepatutnya menjalankan tugas-tugas yang kita bincangkan di atas pada zaman ini, maka siapakah ia ?

Tentulah, ianya seseorang yang datang beri peringatan dan amaran dengan Al-Quran dan mesej-mesejnya. Muhammad adalah nabi yang terakhir tetapi ianya bukan Rasul yang terakhir. Tidak akan adalagi kitab selepas Al-Quran, tetpai Rasul tidak perlu kepada penurunan wahyu. Rasul beri peringatan kepada manusia dengan kitab yang telah ada.

Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya." (Al-Quran 39:71)

Kalu kita perhatikan ayat diatas, Rasul tidak perlu diwahyukan kitab untuk beri peringatan. Tetapi Rasul boleh beri peringatan dan amaran dengan ayat-ayat Pemelihara yang sedia ada, yaitu Al-Quran.

Tugas / fungsi Rasul-Rasul diterangkan dengan jelas dalam Al-Quran sebagimana ayat-ayat berikut :

2:101,129,143,151

5:67,92,99

6:48 13:40 14:4 16:35 18:56 21:25 24:54 29:18 36:17 42:48 64:12 98:2

Jadi, bila Allah berkata “taatlah Allah dan Rasul-Nya”, kita perlu tanya : Siapakah Rasul yang dimaksudkan dan mesej apakah yang dibawa?

Ayat-ayat Al-Quran berikut beri penerangan siapakah Rasul yang dimaksudkan.

Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih. (Al-Quran 2:128)

Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana." (Al-Quran 2:129)

Bagaimanakah kita dapat mengenali orang tersebut? Dengan mesej yang yang dibawa. Dan apakah mesejnya? Mesej yang terdapat dalam Al-Quran. Dan mesej itu ialah penabdian dan pematuhan hanya kepada Allah.

Dan Kami utus di kalangan mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, "Sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Tidakkah kamu bertakwa?" (Al-Quran 23:32)

Itu mesej dari Al-Quran. Itu mesej yang patut kita ikut, sokong dan taati. Kita patut ikut, sokong dan taati sesiapa yang membawa mesej tersebut. Pada dasarnya apa-apa yang betul-betul ikut mesej Al-Quran.

TUNDUK PATUH HANYA KEPADA ALLAH DAN AL-QURAN

PENUTUP : HUJAH MUKTAMAT TERHADAP HADITH DAN SUNNAH.

Dalam ayat 3:7 Allah memaklumkan bahawa ada 2 jenis ayat dalam Al-Quran. Satunya ialah ayat mutashaabihatun (yang serupa atau pun yang boleh membawa berbagai maksud). Satu lagi ialah ayat muhkamatun (yang menentukan) yang tidak ada kesamaran dan tidak perlu kepada apa-apa penerangan lanjut. Ayat-ayat inilah yang menerangkan dengan jelas dan kemas apa yang dibenarkan dan apa yang tidak (hormati ibu-bapa, sebut nama Allah bila makan, jangan makan daging babi, jangan tipu anak yatim, jangan dekati zina dsbnya). Dengan sistematik, Allah menyebut ayat-ayat muhkamat sebagau “Itu ibu al-Kitab” . Sebabnya ialah ayat-ayat itu mengadungi piagam, undang-undang dan larangan-larangan dan ianya penting untuk kita kehidupan harian kita.

Allah dengan sengaja dan dengan sistematik memilih untuk beri undang-undang dan larangan-larangan-Nya dalam ayat-ayat yang jelas supaya kita tidak ada sebab untuk tidak ikutinya dengan mengatakan bahawa ianya tidak difahami. Allah tidak buat undang-undang, perintah dan larangan-larangan dalam bentuk teka-teki atau pun samar-samar, kemudian terus untuk menghukum hambanya kerana tidak mentaati perintah akibat daripada salah memahami atau salah meneka teka-teki.

Sekarang, kita bincang pula pasal ayat-ayat Al-Quran yang JELAS yang beri HUKUM

Sepanjang Al-Quran, bila Allah menetukan perintah atau pun larangan, Dia mendahuluinya dengan seruan "ya ayyuhallazeena aamanu" (wahai orang-orang yang percaya), “ya ahlilkitab” (wahai ahli-ahli kitab), atau kadang-kadang “ya ayyuhannas” (wahai manusia).

Tiada disebut mana-mana dalam Al-Quran, Allah beri perintah kepada orang-orang yang percaya, ahli-ahli kitab atau pun manusia supaya menikuti hadith dan sunnah Muhammad. Kalaulah ianya sangat penting, sangat diperlukan dalam keperluan hidup kita dan sangat diperlukan sebagi rujukkan sudah tentu Allah akan beri perintah supaya ikut hadith dan sunnah dengan jelas dan terang dalam ayat-ayat muhkamatun.

Tiada satu pun perintah Allah, undang-undang atau pun larangan-larangan yang samar-samar dalam bentuk teka-teki yang memerlukan kita meneka atau pun memerlukan penyelesaian mendalam. Tiada dalam Al-Quran satu perkataan hadith yang dikaitkan dengan perkataan nabi atau Rasul atau nama Muhammad. Semua perkataan-perkataan ini banyak kali disebut tapi tidak pernah bersekali atau pun ada perhubungan diantar satu sama lain. Allah tidak pernah menyebut “Wahai orang-orang yang percaya, ikutilah hadith dan hidupkankan sunnah” atau seumpamanya. Allah tidak pernah memerintah supaya ikut hadith dan sunnah Muhammad, nabi-nabi atau pun Rasul-Rasul.

Sehingga perintah dalam Al-Quran dapat ditunjuk dengan jelas bahawa hadith dan sunnah perlu diikuti, orang-orang Islam tradisi tidak ada hujah yang munasabah. Apa-apa yang dihujahkan mengenai ingatan super dan keikhlasan perawi, keikhlasan pengumpul hadith, isnaad, sains hadith, dsbnya, adalah 100% andaian sahaja.

Secara menyeluruh, ini buatkan kesemua teori hadith dan sunnah batal. Kecuali, ada yang dapat menunjukkan satu perintah dalam ayat Al-Quran muhkamat supaya mengidupkan hadith dan sunnah.

Allah buat satu persamaan: seorang lelaki yang sekutu-sekutu berselisih padanya, dan seorang lelaki yang kepunyaan penuh seorang lelaki. Adakah keduanya sama dalam persamaan? Segala puji bagi Allah! Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu. (Al-Quran 39:29)

Katakanlah, "Dia Allah, Satu. Allah, tempat perlindungan yang berkekalan. Yang tidak beranak, dan tidak diberanakkan. Dan yang setara dengan Dia, tiada sesiapa." (Al-Quran 112:1-4)

Tulisan asal boleh dibaca di halaman:
http://www.free-minds.org/articles/hadith/conflict.htm
 

 

 


Merdeka!
31 Ogos 2004

Artikel / English Articles
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman