JURUCAKAP TIDAK RESMI
Oleh: Azahidi
November 2008
Secara tradisi kita diajar – bila hendak mengaji Quran, hendaklah berguru; mestilah berwudhu’, mesti pakai kain pelikat tutup lutut, duduk bersila dan mengadap kiblat, mesti pakai ketayap atau songkok Quran mestilah lebih tinggi dari paras lutut, dan seumpamanya. Ini adalah diantara syarat-syarat ciptaan manusia yang ditkekan dan ditanamkan oleh jurucakap-jurucakap tidak resmi. Quran sendiri tidak tetapkan semua itu.
Ramai orang yang mengaku Islam cuba jadi jurucakap tidak resmi Allah dalam hal-hal ugama, terutamanya tentukan hukum-hakam, yang ini haram, yang itu harus, halal dan sebagainya. Mereka juga selalunya menambah kepada apa yang Allah tidak tentukan, walau pun Allah telah mengatakan bahawa Quran itu cukup lengkap dan Dia tidak tinggalkan sesuatu pun dalamnya.
Rasul
Bila disebut Rasul, pada lazimnya ia dikaitkan dengan Rasul Allah dan selalunya dirujukkan kepada Muhammad, sebagai Rasul yang terakhir diutuskan Allah. Maka ramailah orang-orang yang melantik diri mereka sendiri sebagai “jurucakap” Allah yang telah mendarjatkan Muhammad lebih tinggi dari Rasul-Rasul yang lain walaupun Allah dengan jelas turunkan ayat berikut.
Dan orang-orang yang percaya kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan mereka tidak beza-bezakan antara seorang pun antara mereka, maka mereka itu, pasti Kami akan beri mereka upah mereka; Allah Pengampun, Pengasih. (4:152)
dan beberapa lagi ayat yang menyuruh kita supaya tidak beza-bezakan antara Rasul-Rasul.
Tugas Rasul hanya sampaikan. Allah yang beri petunjuk.
Maka jika mereka debat kamu, katakanlah, "Aku tundukkan wajahku kepada Allah, dan sesiapa yang ikut aku." dan katakan kepada orang-orang diberi al-Kitab , dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), "Sudahkah kamu tunduk patuh?" Jika mereka tunduk patuh, mereka dapat petunjuk yang benar, dan jika mereka berpaling, maka bagi kamu hanyalah untuk sampaikan; dan Allah lihat hamba-hamba-Nya. (3:20)
Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu sampaikan Mesej-Nya. Allah lindung kamu daripada manusia. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya (5:67)
Dan taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa atas Rasul Kami hanyalah untuk sampaikan yang jelas (5:92)
Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan, dan Allah tahu apa yang kamu nampakkan, dan apa yang kamu sembunyikan. (5:99)
Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka bagi kamu hanyalah untuk sampaikan, dan bagi Kami menghitungkan (13:40)
Maka, jika mereka berpaling, bagi kamu hanyalah untuk sampaikan yang jelas (16:82).
Janganlah menggerakkan lidah kamu dengannya untuk menyegerakannya, Atas Kamilah untuk mengumpulkannya, dan untuk membacakannya. Maka, apabila Kami membacanya, kamu ikutlah bacaannya. Kemudian atas Kamilah untuk menjelaskannya. (75:16-19)
Tugas manusia hanya untuk tunduk patuh kepada perintah Allah. Untuk tunduk patuh kepada perintah Allah kita dikehendakki memahami suruhan dan larangan yang termaktub dalam al-Quran. Untuk memahami, kita hendaklah membaca al-Quran di mana kita dapat memahami suruhan dan larangan dan apa jua yang dianjurkan secara terus, bukan dari tafsiran-tafsiran dari ‘jurucakap-jurucakap” yang tidak resmi.
Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta, (96:1)
Orang-orang yang kepada mereka kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka percayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi. (2:121)
JURUCAKAP TIDAK RESMI
Sekarang ini terdapat banyak orang-orang yang melantik diri sendiri sebagai jurucakap Allah dan Rasul, malah sejak beratus-ratus tahun dahulu. Mereka ini biasanya diberi gelaran oleh pengikut-pengikut mereka dengan gelaran ustaz, syeikh, kiai, al-fadhil, mursyidul dan sebagainya. Jurucakap-jurucakap ini telah banyak menanamkan kefahaman berlainan dari mesej sebenar yang telah dibawa oleh Rasul dalam al-Quran. Apa saja yang dikatakan oleh mereka ini dipercayai dan di ikut sepenuhnya tanpa soal atau ragu-ragu walaupun Allah berkata
Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya. (17:36)
Satu perkara yang paling suka dibuat oleh jurucakap-jurucakap (yang tidak resmi) ialah tentukan hukum, pahala dan dosa terhadap sesuatu perbuatan atau amalan. Walaupun sesuatu perkara tidak dijelaskan atau disentuh langsung dalam al-Quran, jurucakap-jurucakap ini masih mahu menambah kepada al-Quran yang Allah kata sudah lengkap dan sempurna. Mereka melantik diri mereka sebagai jurucakap Allah dalam hal-hal ugama.
Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan. (6:38)
Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui. (6:115)
Bacaan lanjut: http://www.e-bacaan.com/artikel_antaraHdanQ.htm
Mereka masih lagi mahu menokok-tambah dengan mengatakan ini haram, itu harus, ini sunat, itu halal dan sebagainya atas nama hukum Islam. Hukum-hukum yang ditentukan juru-jurucakap tersebut adalah rekaan semata-semata dan tidak di resmikan oleh Allah. Apa yang resmi ialah apa yang tertulis dalam Quran.
Sedangkan Rasul pun tidak dibenarkan oleh Allah untuk menentukan hukum sendiri, selain daripada apa yang diwahyukan kepadanya.
Wahai Nabi, mengapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih. (66:1)
Beratus-ratus buku ditulis berkaitan dengan hukum halal haram, sisebarkan dan di ulaskan oleh jurucakap-jurucakap yang tidak resmi di merata-rata mesjid, madrasah dan majlis-majlis syarahan ugama atas nama islam.
Untuk bacaan lanjut: http://www.e-bacaan.com/artikel_islammasjid.htm
Mereka menyentuh perkara-perkara dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya dan banyak perkara adalah berlawanan dengan apa yang Allah telah tetapkan atau Allah biarkan tanpa ketetapan untuk kemudahan manusia.
Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa “batal air sembahyang sekiranya menyentuh kemaluan dengan tapak tangan”. Ini diajar di sekolah-sekolah dan ditulis dalam beratus-ratus buku yang kononnya menggariskan hukum Islam. Hukum Islam ciptaan manusia dan dikembangkan oleh jurucakap-jurucakap yang tidak resmi. Hukum rekaan ini tidak terdapat dalam al-Quran. Yang anehnya, menyentuh anjing tidak pula di hukumkan membatal air sembahyang, tetapi menyentuh perempuan (yang dibolehkan kahwin) pula batal, dan bermacam-macam lagi.
Berkaitan dengan anjing pula, mereka mengatakan bahawa anjing itu najis. Sekirannya tersentuh, hendaklah dibasuh tujuh kali dan salah satu daripadanya hendaklah dengan air selut (air bercampur tanah). Allah tidak tetapkan demikian. Mereka juga mengutarakan hadith yang mengatakan kononnya malaikat tidak akan memasukki rumah yang ada anjing. Mana mungkin malaikat takut kepada ciptaan Allah. Disebaliknya Allah ceritakan bagaimana anjing adalah kawan kepada sekumpulan pemuda yang percaya kepada Pemelihara mereka.
Kamu sangka mereka jaga, sedang mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang. Sekiranya kamu lihat mereka, tentu kamu berpaling daripada mereka, melarikan diri, dan dipenuhi ketakutan yang amat sangat terhadap mereka (18:18)
18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, " Lima , dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu bilangan mereka, dan tiada yang ketahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah tanya seseorang pun antara mereka atas satu keputusan.
Satu lagi contoh : http://www.e-bacaan.com/artikel_sentuhQ.htm
Inilah diantara perkara-perkara yang manusia tertentu cuba memperkemaskan atau membetulkan lagi al-Quran walaupun Allah telah jelas mengatakan al-Quran telah sempurna dan Dia tidak tinggalkan sesuatu pun bagi manusia tunduk patuh kepadaNya. Banyak perkara yang diajar oleh jurucakap-jurucakap tidak resmi itu adalah dipetik dari tulisan orang-orang dahulu kala beratus-ratus tahun dahulu dan tidak di usul kesasihannya.
Ikut Buta
Ramai orang yang mengaku Islam yang menuntut dengan juru-jurucakap tidak resmi ini mengikut bulat-bulat apa yang di ajarkan tanpa usul periksa atau dirujuk kepada Quran. Walaupun kebanyakan perkara jelas bercanggah dengan Quran, mereka masih percaya kepada jurucakap tersebut dan meragui Quran. Mereka takut untuk merujuk sendiri kepada Quran kerana telah diajar bahawa belajar Quran mestilah melalui guru.
Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan (9:31)
Bacaan lanjut : http://www.e-bacaan.com/artikel_iktibarquran.htm
Sedangkan Allah mengatakan
Yang Pemurah, ajar al-Qur'an. Dia cipta manusia, Dan Dia mengajarnya Penjelasan. (55:1-4)
Tidak boleh Soal
Apa yang di tentukan, dicakap dan diulas oleh jurucakap-jurucakap tidak resmi itu tidak boleh dipersoal usahkan untuk dibahas. Biarpun pendapat mereka itu jelas bercanggah dengan apa yang jelas dibawa oleh al-Quran. Semuanya dendaklah diterima sebulat-bulatnya. Sekiranya dipersoalkan, alasan mereka ialah kita bukan ahli dalam ugama, sedangkan mereka adalah lulusan universiti Islam dari negara Timur Tengah dan telah berguru dengan sheikh-skeikh muktabar bertahun-tahun. Apakah kriteria sheikh-sheikh muktabar tidak diperincikan.
RUMUSAN
Penulis ingin menyarankan pembaca supaya jangan terpengaruh sangat dengan jurucakap-jurucakap tidak resmi dalam jadi seorang yang Muslim yang benar-benar tunduk patuh kepada Pencipta dan Pemelihara yang satu. Quran adalah untuk semua untuk dibaca, difahami dan diikuti, bukan diberi hak kepada sekumpulan orang-orand tertentu sahaja.
Penutup
Satu ketika dulu, di daerah Tumpat, Kelantan patung Budha tidur terbesar di Malaysia diserang oleh panahan petir dengan sengit sekali untuk beberapa hari. Maka ketua sami Budha di situ pergi jumpa salah seorang alim di kawasan itu untuk pertolongan dan nasihat. Mereka disuruh letak senaskah Quran di atas kepala patung Budha tersebut. Dengan itu petir pun berhenti serang patung tersebut.
Tidak heranlah ramai orang-orang yang menggantung tulisan-tulisan Quran di dinding rumah mereka. Bertahun-tahun ayat itu digantung, tetapi tidak tahu sedikit pun maksud ayat yang digantung.
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman