DARI SUDUT MANA ISLAMnya SESEORANG?
oleh Azahidi
Sekarang ni, pada kebiasaannya, Islamnya seseorang itu dinilai dari sudut pandangan luar, terutama sekali cara berpakaian. Bagi perempuan tudung kepala sudah jadi satu ukuran yang utama. Sesiapa yang tak tudung kepala (bertelekung) dianggap bukan Islam yang baik. Perempuan yang tudung kepala secara otomatik dianggap lebih baik dari yang tak tudung kepala. Bagi lelaki pula, sesiapa yang berketayap dan berjanggut secara otomatik akan dipilih untuk mengimamkan solat atau mengepalai majlis tahlil.
Salah satu definasi Islam ialah tunduk patuh kepada Allah. Sebagai contoh (2:131), bila Allah berkata Aslim kepada Nabi Ibrahim, dia menjawab Aslamtu kepada Pemelihara semua alam.
Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, "Tunduk patuhlah", dia berkata, "Aku tundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam." (2:131)
Tunduk patuh boleh dikaitkan dengan percaya, ikut perintah dan taat, sebagi contoh. Adakah itu semua berkaitan dengan perbuatan fisikal atau zahir seseorang? Sebahagiannya ya, sebahagiannya tidak. Perhatikan ayat 2:177 berikut :
Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar. (2:177)
Daripada ayat 2:177 kita boleh faham dengan jelas bahawa ketaatan kepada Allah itu bukanlah dengan sekadar perbuatan atau kelakuan yang pada kebiasanya dianggap taat. Ketaatan ialah tunduk patuh kepada Allah. Dalam ayat 2:177 tersebut juga Allah beri definasi jelas perkara-perkara yang membawa kepada ketaatan. Terdapat banyak lagi ayat-ayat Quran yang berkitan dengan ketaatan.
Jadi, bagaimana pula ramai orang yang menilai ketaatan kepada Allah dengan mengaitkan dengan tudung kepala (telekong), janggut dan ketayap dan sebagainya. Kita harus ingat Allah telah beri amaran berikut :
Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan. (6:116)
Mereka ikut sangkaan, semata-mata dugaan, kata Allah. Mereka sangka hadith-hadith, buku-buku ciptaan manusia dan perbuatan ulamak dahulu kala itu adalah betul dan benar belaka.
Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. (6:114)
Bila Allah kata jelas, jelaslah ia. Allah kata Quran jelas. Secara reverse psychology Allah beri amaran supaya jangan mencari sebarang panduan selain dari Allah. Islamnya seseorang itu sudah tentu ciri-cirinya terdapat dalam Quran. Ayat 2:177 adalah salah satu contoh.
Dalam Quran, ada beberapa ayat yang menyebut pasal pakaian yang berkaitan dengan ketaatan kepada Allah. Tetapi tiada satu ayat pun yang berkaitan dengan tudung kepala (pakai telekung), janggut dan kopiah, atau yang seumpamanya. Satu ayat Quran yang sering digunakan oleh orang Islam tradisi ialah ayat 24:31
dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, . (24:31)
Ayat Quran adalah jelas apabila ianya berkaitan dengan hukum, suruhan dan larangan. Secara logiknya ianya tidak sepatutnya jadi samar. Dalam ayat 24:31 jelas tidak diperintah untuk menutup kepala. Jelas disebutkan ialah letak penudung pada dada. Kepala atau rambut tidak disebut langsung.
Berbeza dengan terjemahan tradisional yang selalunya diterjemahkan dengan pengaruh hadith-hadith dan dorongan dan kecenderungan pendapat ulamak-ulamak tanpa menggunakan perkataan asal yang digunakan oleh Allah. Sebagai contoh, A.Muhammad Basmeih (cetakan JPM) menterjemahkan subjek diatas (24:31) sebagai berikut,
. dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka,
(perkataan-perkataan asal di ganti terus dengan kecenderungan kepada tudung kepala)
Tiada satu ayat lain pun yang menyuruh wanita menutup kepala. Bila orang Islam tradisi kesuntukan hujah, mereka menggunakan hadith. Apakah hadith boleh menambah kepada Quran atau memperbaiki Quran? Tidak mungkin. Hadith adalah rekaan manusia tetapi Quran adalah dari Allah. Masakan manusia boleh membetulkan Pencipta.
balik kepada pakaian lelaki, tidak terdapat suruhan khusus pasal pakaian. Samada digalakkan pakai kain pelikat ke, tutup lutut ke, pakai jubah ke, simpan janggut ke, tidak boleh pakai sutera atau emas ke, semuanya tidak dijelaskan. Lelaki tidak boleh pakai pakaian nampak lutut mungkin ditiru dari hukum Vatican yang masih dikuatkuasakan sehingga hari ini.
Memakai tudung, memakai jubah, memakai ketayap, simpan janggut atau apa saja pakaian adalah hak invididu. Tiada salahnya. Sama juga dengan memakai topi atau track bottom. Mengaitkannya dengan suruhan Allah dan Rasul dan dapat pahala lebih adalah tidak tepat. Masakan cara berpakaian harian, cara berpakaian untuk solat pun Allah tidak tetapkan.
Allah ada memerintah kita supaya membersihkan pakaian dan memakai pakaian yang baik-baik semasa di mesjid.
Dan pakaian kamu, bersihkan (74:4)
Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir. (7:31)
Wahai Bani Adam, Kami telah turunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati. (7:26)
Allah tidak jelaskan definasi perhiasan pakaian fisikal yang baik. Terpulanglah kepada individu dengan menggunakan akal masing-masing. Apa yang baik di Malaysia mungkin tidak sesuai di Eropah. Memakai jubah atau kain pelikat di Kepulaun Falkland sudah tentu bukan sesuatu yang baik dan bersesuaian. Yang jelas ialah pakaian takwa, itu lebih baik, dimana saja kita berada. Takwa adalah diantara individu dengan Allah.
Lagi pasal pakaian lelaki. Orang Islam tradisi mengatakan lelaki tidak boleh pakai sutera dan emas kerana hadith mengatakan demikian. Untuk menguatkan hujah, mereka menggunakan ayat berikut dan mengatakan sebab sutera dipakai dalam syurga, maka tak boleh dipakai di dunia.
Mereka itu, bagi mereka Taman-Taman Adn yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; di dalamnya mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang emas, dan mereka dipakaikan pakaian hijau daripada sutera dan broked, di dalamnya bersandar di atas sofa yang indah - betapa sangat baiknya ganjaran! Dan betapa baiknya tempat istirahat! (18:31)
ambil jalan hujah yang sama, bagaimana pula dengan mutiara, pakaian warna hijau, sofa dan lain-lain benda yang dibayangkan (dalam ayat-ayat lain) akan ada dalam syurga. Yang anihnya pakaian warna hijau dijadikan sunat pula, bercanggah dengan hujah haram pakai sutera.
balik kepada subjek taat, seseorang itu dianggap seorang Islam yang baik hanya apabila sehaluan dengan amalan-amalan tradisi. Mesti sama dengan mereka. Baca Yasin malam Jumaat cara mereka (biarpun tanpa memahami), tahlil cara mereka, berzanji cara mereka, makan cara mereka, simpan janggut cara mereka, salam cara mereka, semuanya cara Islam mereka. Ingatlah amaran Allah
Adakah kamu suruh manusia berlaku taat, dan lupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu baca al-Kitab? Tidakkah kamu faham? (2:44)
Tidakkah mereka
faham? Tidakkah mereka faham?
Kita mesti ingat,
Ucapan orang-orang mukmin apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung. (24:51)
Orang Islam sebenar taat hanya kepada perintah Allah. Perintah Allah hanya terdapat dalam Quran. Rasul sampaikan Quran. Rasul pun hakimkan dengan apa yang ada dalam Quran sahaja. Allah yang mengajar Quran dan Dia yang beri petunjuk.
Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa Dia hendak disesatkan, Dia buatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah letak kotoran kepada orang-orang tidak percayai. (6:125)
25 Mei 2005
Bacaan
lanjut:
Tunduk
Patuh
Artikel
/ English
Articles
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada
Pengurus Laman