Etiket Hidup Anjuran Quran
Oleh Azahidi
Disember 2008
Sesungguhnya al-Qur'an ini beri petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik bahawa bagi mereka upah yang besar, (17:9)
Kalau kita membaca Quran dari awal hingga akhir, memahami dan menghayati ayat-ayatnya, kita akan dapati banyak ayat-ayat yang mudah difahami untuk dijadikan pedoman harian. Pedoman yang akan jadikan kita insan yang baik disisi masyarakat. Pedoman yang sudah mencukupi yang tidak perlu dirujuk atau disandarkan kepada lain-lain sumber. Pedoman yang di restu Allah kerana tunduk patuh kepada perintah dan suruhanNya dan menjauhi dari laranganNya.
Berikut adalah diantara suruhan dan larangan berkaitan dengan pembawaan peribadi harian kita yang penulis ingin kongsi bersama pembaca setakat ini. Pengkaji dan pembaca sekelian sudah tentu akan berjumpa banyak lagi contoh-contoh lain.
1) Ingatlah Allah Selalu
Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Peringatan Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan. (29:45)
2) Buat kebaikan
Yang betul, untuk beri amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik , bahawa bagi mereka upah yang baik, (18:2)
Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sesungguhnya Kami tidak sia-siakan upah orang yang amalannya baik. (18:30)
3) Menjawab Salam
Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu. (4:86)
4) Berkata-kata Dengan Baik
Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah buat persamaan? Kata yang baik seperti pokok yang baik - akarnya teguh, dan cabangnya di langit, (14:24) Ia memberi hasilnya setiap masa dengan izin Pemeliharanya. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan bagi manusia supaya mereka mengingati. (14:25)
5) Jangan Berkata Buruk
Dan persamaan kata yang buruk seperti pokok yang buruk - membantun di atas bumi, tanpa kestabilan. (14:26)
6) Rendah Diri, Bersederhana dan Berlembut
Sederhanakanlah dalam berjalan kamu, dan rendahkanlah suara kamu; seburuk-buruk suara ialah suara keledai. (31:19)
Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk. (16:125)
Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam", (25:63)
7) Berunding Dalam Urusan
Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling kamu. Maka maafkanlah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam urusan. Apabila kamu sudah putuskan, tawakallah kepada Allah; sesungguhnya Allah suka orang-orang yang tawakal. (3:159)
8) Jangan Sombong
Janganlah palingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak suka setiap orang yang sombong dan banggakan diri. (31:18)
9) Buat Baik Kepada Ibu-Bapa
Pemelihara kamu tentukan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia, dan buat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga herdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia. (17:23)
Dan rendahkanlah kepada mereka sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka pelihara aku semasa aku kecil." (17:24)
10) Sayangkan Isteri/Suami dan Keluarga
Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa." (25:74)
Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia ciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, isteri-isteri, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia adakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan. (30:21)
11) Tahankan kemarahan dan maafkan
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan kepada sebuah taman yang luasnya seperti langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa, (3:133) Yang nafkahkan dalam kesenangan dan kesusahan, dan tahan kemarahan mereka, dan maafkan manusia; dan Allah suka orang-orang buat baik, (3:134)
12) Balas Kejahatan dengan Kebaikan
Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, jadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat), sahabat yang setia. (41:34)
Orang-orang yang sabar, dengan inginkan Wajah Pemelihara mereka, lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang tolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad, (13:22)
13) Jangan Mencaci Mereka Yang Tidak Sehaluan Dengan Kita
Jangan mencaci-maki orang-orang yang mereka seru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami nampakkan indah bagi setiap umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka kembali, dan Dia beritahu mereka apa mereka buat. (6:108)
14) Jangan Menghina atau Mengherdik Orang lain
Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan diri-diri (sesama) kamu, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim. (49:11)
15) Jangan Bersifat Perkauman
Wahai manusia, Kami cipta kamu lelaki dan perempuan, dan buat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari. (49:13)
16) Jangan Syak Wasangka dan Mengumpat
Wahai orang-orang yang percaya, jika orang fasiq datang kepada kamu dengan satu berita, maka telitilah supaya kamu tidak timpa satu kaum dalam kejahilan, dan kemudian jadi sesal daripada apa kamu buat. (49:6)
Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih. (49:12)
17) Jaga Keindahan Alam Semulajadi
Dan jangan kurangkan sesuatu daripada manusia, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan. (26:183)
18) Jangan buat Kerusakan Di Bumi
Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu buat celaka di bumi dengan buat kerosakan." (2:60)
19) Merantau / Melancung Untuk Menyedari Kebesaran Allah
Dia yang buatkan bumi patuh untuk kamu; maka berjalanlah di lorong-lorongnya, dan makanlah daripada rezeki-Nya; kepada-Nya Kebangkitan. (67:15)
20) Jaga Kebersihan, Zahir dan Batin
Dan pakaian kamu, bersihkan, Dan kecemaran, tinggalkanlah! 74: 4-5)
. …., dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka. (2:222)
Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka bersihkan diri mereka; dan Allah suka orang-orang yang bersihkan diri mereka. (9:108)
21) Berjimat, Jangan Boros
Orang-orang yang boros adalah saudara syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya. (17:27)
Dan berikan sanak saudara haknya, dan orang-orang miskin, dan musafir; dan janganlah boros, memboroskan. (17:26)
22) Amanah dan Jangan Menipu
Dan tepatilah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus; itulah yang lebih baik, dan lebih baik kesudahannya. (17:35)
23) Jangan Membazir dan Jangan Kedekut
Yang, apabila mereka nafkahkan (belanjakan) tidak membazir, dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian yang saksama, (25:67)
Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir. (7:31)
24) Jangan Berputus Asa
Dan jika Kami merasakan kepada seseorang manusia dengan pengasihan daripada Kami, dan kemudian Kami merampasnya daripada dia, dia berputus asa, tidak percaya (kafir). (11:9)
Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah ampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih. (39:53)
PENUTUP
Senarai yang disusun penulis bukanlah yang terhad. Banyak lagi yang boleh di senaraikan bergantung kepada pendekatan masing-masing.
Walau apa pun, janganlah termasuk dalam golongan mereka yang Allah terangkan dalam Quran (16:108) sebagai berikut - “Mereka itu, Allah letak penutup pada hati mereka, dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.”
Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. (6:114)
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman