Respon 10 Tahun E-Bacaan (15)

 

From: achedeen
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, June 16, 2012 11:50 PM
Subject: Re:


Salam.

Terima kasih sebanyak-banyaknya, syukur kepada Allah.

Saya doakan semoga sahabat dan keluarga senantiasa dikasihani dan dilindungi Allah.

Tahniah ulang tahun ke-10 e-bacaan, dengan harapan ia terus jadi antara bahan rujukan ke arah memahami al-Qur'an.

Allah disanjung.

Che Deen


Salamun alaikum,

Kebetulan ucap selamat 10 tahun diterima semasa e-bacaan mengalami kegemparan akibat diblock. Pengalaman itu adalah yang pertama dalam tempoh tersebut, selain disuntik dengan worm atau dihack sebanyak dua kali. Pernah kami terpaksa upload semua fail yang ketika itu berjumlah kira-kira 700 (kini sudah berjumlah lebih 1200) dan semua fail dipindah ke server lain.

Kesemua pengalaman pahit yang menimpa sudah tidak dirasai pahit lagi, cuma rasa terkilan jika tidak dapat terus menyambung pengorbanan yang sudah lama dimulakan.

Terima kasih atas respon sahabat kepada emel kami tentang pemblockan laman web. Semoga semua di sisi sahabat berada dalam kesejahteraan adanya.

Allah disanjung!


18 Jun 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman