Respon 10 Tahun E-Bacaan (11)

 

From: Sari Nande
Date: 2012/3/8
Subject: Respon 10 Tahun E-Bacaan
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>


Respon 10 Tahun E-Bacaan

Salamun alaikum,

Syabas untuk keluarga besar E-Bacaan amnya dan Pengurus Laman khasnya.

Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih, restuilah cita-cita murni kami dan bantulah kami meneruskan penyebaran Peringatan dan pemberi amaran dan pemberi berita gembira bagi kaum yang percayai.

Satu dekad. Anggaran begitu lama jugalah saya mendekati E-Bacaan. Setelah mula berkenan, lebih lima tahun pada mulanya saya merisik, membanding, mengkaji, mentelaah dan akhirnya saya jatuh cinta. Surat cinta saya yang pertama pada tanggal September 21, 2008 jam 3:36:14 pagi. Subject: Pengalam Hidup Seorang Muslimah I. Saya menulis setelah E-Bacaan ketika itu menyepi (membeku) agak lama. Saya mula bimbang Laman Web yang telah berjaya mencuri hati saya ini akan hilang. Syukur Alhamdulillah sememangnya Dia lebih berkuasa. E-Bacaan kembali dan terus berjuang hingga kini.

Bukan mudah untuk seorang yang mengaji pondok dan ditambah tiga tahun lagi pengajian Islam (ASWJ) untuk menerima E-Bacaan bulat2. Tapi Dialah yang beri petunjuk ke jalan-Nya yang lurus. Kini saya tekad jadi ahlul Quran tulen… Insya-Allah.

"Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya (3:103).

Semoga usaha murni kalian diberkati Allah.

Salam.


Salamun alaikum,

Kesyukuran kami dipanjangkan lagi dengan ketibaan emel puan. Tersebak juga bila membacanya. Telah juga pergi ke halaman puan yang pertama di web ini untuk membacanya sekali lagi, dan didapati kandungannya masih segar dalam ingatan, misalan mengenai tren, LRT yang telah buat kami tersenyum.

Begitu tebal kepercayaan dahulu, namun mudah disental sehingga jadi nipis dan akhirnya hilang, bila Dia hendaki untuk beri petunjuk kepada orang yang Dia hendaki. Orang yang Dia hendaki itu pula adalah dia yang hatinya Dia sangat-sangat tahu.

Hati manusia boleh jadi keras, seperti batu atau lebih keras lagi, terhadap percayai ayat-ayat Allah (syukur, hati kita tidak macam itu!):

"Kemudian hati kamu jadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat." (2:74)

Terima kasih. Sila jenguk lagi!

Allah disanjung!


10 Mac 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman