Respon 10 Tahun E-Bacaan (9)

 


From:
oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, March 6, 2012 12:45 AM
Subject: Respon 10 tahun laman e-bacaan!


Salamun a'laikum..

Syabas Kepada Tuan Pengurus laman E-Bacaan. Para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum mariam. Semoga tuan/puan sentiasa berada didalam pengasihan Allah dan diberi rahmat oleh Nya.

Segala puji bagi Allah, kerana Dia telah mempertemukan jodoh saya kepada laman ini. Kerana Nya juga laman ini dapat bertahan sepenuh jari yang sempurna (10 tahun). KepadaNya saya memohon agar laman yang penuh ilmu ini dapat diteruskan walau apa jua rintangan yang mendatang. Agar jenerasi anak cucu saya dapat mengambilnya sebagai gedung pembentuk rohani.

Walaupun didalam Arus pembangunan manusia kian mundur terhadap PETUNJUK Allah. Terkapai-kapai mencari pegangan dalam meniti hidup. Dalam pada itu ada juga beberapa golongan yang cuba memadamkan cahaya Allah ini (ALQURAN), namun hajat tidak kesampaian kerana Allah tetap memelihara cahaya Nya kepada hamba-hamba Nya yang hendak kan kebenaran. Lalu diberi Nya izin sedikit demi sedikit manusia dipertemukan dengan laman ini untuk mencari kebenaran. Jelas mesej itu diselitkan oleh Allah dibawah :

61:7. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada islam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

61:8. Mereka hendak padamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah akan sempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang tidak percaya membencinya.


Harapan saya cahaya itu Akan tetap bersinar disetiap hati manusia pencinta kebenaran, lalu dapat menambah nya dengan pengorbanan seumpama bangunan yang tersusun kukuh dan tidak akan roboh walau badai melanda!

Terus menggunakan anugerah Tuhan iaitu Pendegaran, Penglihatan Dan Hati untuk menilai PETUNJUK, mencari BUKTI dengan PETUNJUK, seterusnya bezakan petunjuk manusia dengan PETUNJUK Allah.

Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!

Allah disanjung!


Salamun alaikum,

Demikianlah itu bunyi seorang pejuang perempuan! Tulisannya banyak di sini. Terima kasih. Diharap dapat menulis lagi walaupun didapati sibuk bersilat dengan pendekar-pendekar hitam (tanpa Cahaya), di samping melayani anak-anak tercinta.

Tulisan yang ringkas di sini - kerana sudah rasa penat dan mengantuk - ingin diakhiri dengan dua ayat mengenai berjuang di jalan Allah iaitu:

"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan carilah jalan untuk dekat dengan-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya agar kamu beruntung." (5:35)

"Tetapi orang-orang yang berjuang untuk Kami, sungguh, Kami akan beri petunjuk kepada mereka pada jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang buat baik." (29:69)

Mungkin tiada lebih baik dikurniakan-Nya daripada didekatkan dengan-Nya, dan diberi petunjuk pada jalan-jalan-Nya.


Terima kasih atas sokongan yang diberi.

Allah disanjung!


7 Mac 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman