Respon 10 Tahun E-Bacaan (8)
From: zamadi
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Saturday, March 3, 2012 5:14 PM
Subject: RE: BACAAN untuk Peringatan (hard copy) Edisi Kedua
Salam,
Tuan,
<dipadam>
Segala puji bagi Allah kerana BACAAN telah mencapai 10 tahun usianya. Tidak ternilai usaha Tuan... Tahniah dan Terima kasih!!
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.110:1. Apabila datang pertolongan Allah, dan kemenangan,
110:2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan,
110:3. Maka sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat.
~Zamadi
Salamun alaikum,
Kita memohon pertolongan Allah untuk mencapai kemenangan. Kemenangan yang dituju ialah kemasukan kumpulan-kumpulan manusia ke dalam agama-Nya. Suatu yang pasti membawa ke arah itu sudah pun diberi-Nya. Maka sampaikanlah al-Qur'an yang kita sudah diberi, kepada manusia yang belum disampaikan, supaya mereka menerimanya.
Demikianlah itu matlamat kita. Terima kasih kepada sahabat Zamadi yang mengingatkannya, dan waktu dipilih untuk buat demikian amat tepat sekali iaitu semasa laman e-bacaan berusia 10 tahun.
Dengan tenaga manusia yang ramai dan matlamat yang jelas maka kemenangan harus dapat dicapai walaupun disentuh musibah, kesusahan, dan digoncangkan oleh pihak menentang. Firman Allah,
"Atau, adakah kamu sangka kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh musibah dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga Rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, 'Bilakah datang pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat." (2:214)
Pertolongan Allah sentiasa dekat. Justeru, kemenangan juga dekat.
Allah disanjung!
7 Mac 2012
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman